Have an account?

27 August 2008





Ceramah Penulisan Resume & Simulasi Menghadiri Temuduga


Pada 6 Ogos 2008 yang lepas, FKASA telah menganjurkan Ceramah Penulisan Resume & Simulasi Menghadiri Temuduga yang bertempat di Dewan Kuliah Utama 2, Blok W, Universiti Malaysia Pahang. Program ini telah mewajibkan penyertaan mahasiswa/i Tahun 3 dan Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda serta Tahun 3 Diploma Fakulti Kejuruteraaan Awam & Sumber Alam. Pogram ini juga membuka penyertaan kepada mahasiswa/i Tahun 4 Izajah Sarjana Muda dan Tahun 3 Diploma daripada fakulti yang lain. Ceramah ini telah mendapat penyertaan sebanyak lebih kurang 100 orang peserta daripada mahasiswa/i Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam dan mahasiswa/i daripada fakulti yang lain. Ceramah ini dirasmikan oleh Puan Wafty Bt Abd Rahman dan ceramah disampaikan oleh Cik Haslinda @ Robita Bt Hashim pensyarah dari Center of Modern Language and Human Science. Program ini bertujuan untuk menyediakan mahasiswa/i yang bakal pergi Latihan Industri dari segi softskill.


26 August 2008

Mencari AJK untuk Hari Keluarga PERKASA 2008

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Untuk makluman anda semua, PERKASA akan menganjurkan Program Hari Keluarga PERKASA di bawah exco Sukan & Rekreasi. Untuk kesempatan ini, tawaran untuk menjadi AJK akan dibuka ahli PERKASA sehingga 29/8/2008.

berikut adalah butiran mengenai Program Hari Keluarga Perkasa


Tarikh : 11 OKTOBER 2008


Hari : SABTU


Anjuran: PERKASA


Tempat : PANTAI BALOK,KUANTAN


Ajk yg diperlukan ialah :

  1. AJK Logistik(2 orang)

  2. AJK Publisiti(2 orang)

  3. AJK Makanan(2 orang)

  4. AJK Pertandingan(2 orang)

  5. AJK Tugas-tugas Khas(2 orang)

  6. AJK Hadiah(2 orang)

  7. AJK Tajaan(2 orang)

kepada sesiapa yang berminat untuk menawarkan diri, sila hubungi Sima di talian 0179802502 atau pun skype(sima_bnme@yahoo.com).

Sekian, terima kasih.

11 August 2008

KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA PERKASA 2008



08 August 2008

Kejohanan Futsal Terbuka Perkasa 2008


Pada 2 Ogos yang lalu, PERKASA telah menganjurkan “Kejohanan Futsal Terbuka Perkasa 2008” yang bertempat di gelanggang futsal Atlantic Star, Semambu, Kuantan. Kejohanan ini dimeriahkan dengan penyertaan daripada pelajar fakulti lain dan juga staf dari FKASA sendiri. Sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan ini. Program ini juga dapat merapatkan jurang antara pelajar baru dan lama malahan dapat mengerat hubungan silaturahim antara pelajar daripada fakulti yang berlainan. Kejohanan dimulakan dengan gimik sepakan bola ke gawang gol oleh En. Norasman b. Othman.

Keputusan akhir kejohanan ini telah diungguli pasukan Mat Gadis-Gadis FC mengatasi pasukanRezab FC dengan jaringan gol 1-0. Pasukan Mat Gadis-Gadis FC di anggotai oleh pelajar tahun1 PERKASA manakala Rezab FC pula di anggotai oleh staf FKASA. Tempat ke-3 pula dimenangi oleh kumpulan Mangga FC dan ke-4 kumpulan Kim-merz. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan pihak penganjur mencadangkan program ini menyediakan piala pusingan agar kejohanan seperti ini akan lebih diiktiraf. Sekian terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.





STUDENT LIFE IN MALAYSIA AND THE UNITED STATES

Pada 25 Julai 2008, UMP dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat dan ERA Consumer Malaysia telah menganjurkan program Student’s Life In Malaysia And The United States bertempat di Hyatt Regency Kuantan Resort. Program yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin Bin Mohd, Timbalan Naib Canselor UMP telah disertai oleh 100 orang pelajar dari UMP dan 10 orang pelajar dari Amerika Syarikat (AS) yang terpilih untuk berkongsi pengalaman dan idea diantara mahasiswa Malaysia dan mahasiswa dari AS. Pembentangan pembukaan yang pertama telah dilakukan oleh pegawai kebudayaan Kedutaan Amerika Syarikat, Dr. Marjorie R. Harrison.

Pelajar-pelajar AS yang terpilih adalah pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program “2008 Summer Program In Malaysia, Globalization In Southern Asia”. Fasilitator-fasilitator yang terlibat adalah terdiri daripada Pegawai dari Kedutaan Amerika Syarikat, pensyarah dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, UMP serta dari ERA Consumer Malaysia. Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam telah mengamanahkan PERKASA untuk menghantar 16 orang wakil pelajar ke program tersebut. Mereka telah menjalani beberapa modul dalam program tersebut seperti

  1. My Impression of Malaysia By an American Student, and My impression of the United States By a Malaysian Student”.
  2. Campus Life and Extra Curricular Activities in Malaysia and the United States
  3. “Popular Culture Among University Student in Malaysia and United States”

Semoga program ini memberi banyak manfaat kepada para peserta dan diharapkan mereka dapat memanfaatkan peluang berkomunikasi bersama penutur sejati Bahasa Inggeris dari AS.