ANNOUNCEMENT
ChatRoom PERKASA kini berformat baru.
yang terletak di bawah POST.
Berikut adalah cara menggunakan ChatRoom ini
1. Anda dikehendaki Sign Up sebelum meninggalkan pesanan atau kata-kata.
2. Kemudian, Sign In di ruangan yang disediakan.
Terima Kasih.
INFO
-8/10-10/10 - ACARA BOLA SEPAK , BOLA TAMPAR, BOLA BALING..
15/10-17/10 - ACARA PINGPONG
MOH PAKAT RAMAI2 MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA ATLET FKASA
Blog Archive
-
▼
2008
(50)
-
▼
March
(15)
- Buat pengetahuan semua warga PERKASA, pihak exco k...
- KEJOHANAN BOLING TERBUKA PERKASA 2008KEJOHANAN BOW...
- SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429 H Tanggal 20 Mac 200...
- Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera…MAKLUMAN...
- No title
- PERTANDINGAN PERARAKAN & SEPANDUK SEMPENA MAULIDUR...
- BAYARAN ELAUN KEPADA WAKIL PERKASA KE PERTANDINGAN...
- Karnival Sukan Intrafakulti 2008Seperti yang ahli ...
- CIVILIANz'S FORUMAssalamualaikum & Salam sejahtera...
- JEMPUTAN MENYERTAI DEBATPIALA NC '08 Assal...
- LAWATAN TEKNIKAL KE IBU PEJABAT LLM , SERDANG ...
- PERASMIAN KLINIK AKADEMIK FKASA – PERKASA 2008Pada...
- MAKLUMANASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.DIMAKL...
-
▼
March
(15)
Traffic Feed
27 March 2008
25 March 2008
Buat pengetahuan semua warga PERKASA, pihak exco keusahawanan PERKASA akan mengadakan sesi untuk mengambil ukuran baju bagi baju korporat PERKASA:
Kepada sesiapa berminat boleh datang pada waktu dan tempat yang dinyatakan di bawah:
TARIKH : 27 MAC 2008
TEMPAT : ASTAKA
MASA : 8.30-9.30 MALAM
BAYARAN : RM 40 (Bayaran Pendahuluan)
Sila klik DISINI untuk melihat design baju.
-untuk perempuan Ikut cutting perempuan
24 March 2008
KEJOHANAN BOLING TERBUKA PERKASA 2008
KEJOHANAN BOWLING PERKASA 2008 yang bertempat di Berjaya Megalanes telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 Mac 2008. Kejohanan tahunan ini telah disertai 21 kumpulan yang terdiri daripada 4 kumpulan dari kalangan pensyarah-penyarah dan 17 kumpulan pelajar..
Pelbagai aksi-aksi professional diperlihatkan oleh peserta-peserta kejohanan kali ini.. Masakan tidak, keletihan jelas terpapar di wajah mereka ketika permainan sedang dilangsungkan.. namun ini tidak sama sekali mematahkan semangat para peserta bagi merebut gelaran johan!!! tahniah kepada kalian!!
Johan keseluruhan pada kali ini tidak berpihak kepada tuan rumah, gabungan EEES & CHEST(CHEEEST) telah berjaya mendapatkan tempat pertama. diikuti oleh kumpulan KAKI TGN GEGEL dan CARROT OREN masing-masing ditempat kedua dan ketiga. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!!
untuk ulasan lebih lanjut dan komen-komen.. boleh la mengunjungi laman forum perkasa di:
http://perkasa-ump.forumotion.com/functions-activities-f4/
kejohanan-bowling-terbuka-perkasa-t18-15.htm
Tanggal 20 Mac 2008 bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1429 H, PERKASA telah menghantar beberapaa orang wakil bagi menyertai pertandingan PERTANDINGAN PERARAKAN & SEPANDUK.
Berita baik untuk rakan-rakan sekalian PERKASA telah memenangai tempat ketiga daripada
Akhir kata, ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada peserta perarakan yang telah berjaya mengharumkan nama PERKASA!!!
19 March 2008
MAKLUMAN PENTING buat semua pelajar dibawah:
1) EXCO PERKASA
2) SEKRETARIAT SUKAN PERKASA
3) SEKRETARIAT TUGAS-TUGAS KHAS PERKASA
4) SEKRETARIAT KEBAJIKAN PERKASA
5) SEKRETARIAT SEBARAN DAN KOMUNIKASI PERKASA
6) SEKRETARIAT KEUSAHAWANAN PERKASA
ANDA dikehendaki hadir ke PAYUNG PUTIH pada 20 MAC 2008, jam 8.30 MALAM bagi :
1) Mengambil SURAT PERLANTIKAN sebagai sekretariat (sila bawa pen untuk mengisi borang)
2) MEMBAYAR YURAN Malam Amal & Tahunan
PERKASA 08
(Seperti yang sedia maklum, anda diWAJIBkan
menyertai majlis ini dan sila bawa bersama RM 35)
(tiada pengecualian!)
16 March 2008
PERTANDINGAN PERARAKAN & SEPANDUK SEMPENA MAULIDUR RASUL 1429 H
Assalamualaikum.
MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA
15 March 2008
BAYARAN ELAUN KEPADA WAKIL PERKASA KE PERTANDINGAN DEBAT PIALA NC ‘08
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersempena pertandingan Debat
Sebagai menghargai sumbangan ahli – ahli yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, PERKASA amat berbesar hati untuk membayar elaun sebanyak RM 20.00 sepasukan (kategori Bahasa Melayu) dan RM 30.00 (kategori bahasa Inggeris) dan sekiranya pasukan anda layak ke peringkat seterusnya, bayaran elaun adalah seperti berikut:
Separuh akhir : RM 30 (BM) dan RM 40 (BI)
Akhir : RM 40 (BM) dan RM 50 (BI)
Untuk makluman saudara saudari sekalian, pihak PERKASA akan menanggung yuran penyertaan sebanyak RM 10.00 sepasukan. Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) ahli. Sijil penghargaan akan turut disediakan.
Justeru, bentuk pasukan anda sekarang. Anda hanya perlu memokan kepada Aizuddin bin Sobri dengan menyatakan nama-nama ahli pasukan, no. matrik, no I.C dan no telefon ketua pasukan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pengerusi PERKASA di talian 017 9398489. Dua pasukan terawal yang menghantar penyertaan untuk kedua – dua kategori akan diberi keutamaan untuk mewakili PERKASA.
Segala kerjasama amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.
Seperti yang ahli PERKASA semua maklum,sebanyak 2 acara yang dipertandingkan masih belum selesai. Acara-acara akan disambung seperti butiran berikut :
FUTSAL
Tarikh: 15 Mac 2008.
Hari: Sabtu.
Jam:8.30 Pagi.
Tempat: Gelanggang Futsal KK1
BOLA TAMPAR
Tarikh: 16 Mac 2008.
Hari: Ahad.
Jam:8.30 Pagi.
Tempat: Padang UMP
*Sebarang perubahan akan dimaklumkan secepat mungkin.
Mana-mana kumpulan yang layak ke peringkat seterusnya,silalah hadir memberikan kerjasama bagi meneruskan karnival ini. Terima kasih.13 March 2008
CIVILIANz'S FORUM
Exco Komunikasi dan Sebaran telah mengambil inisiatif untuk melancarkan forum bagi menyedikan medium berkesan untuk ahli PERKASA berkongsi dan bertukar pendapat. Anda dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli. Diharapkan, forum ini dapat membantu menyemarakkan lagi semangat bersatu diantara kita. Anda bolehlah melawat forum tersebut di laman web http://perkasa-ump.forumotion.com . Anda dialu-alukan untuk menambah topik2 yg sedia ada bagi merancakkan lagi forum tersebut..
p/s : cbox di dlm blog akan dipindahkan ke dlm forum atas sebab2 tertentu..
THANKS!!
JEMPUTAN MENYERTAI DEBAT
PIALA NC '08
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tempat : Blok W, UMP
Kerjasama anda amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA
11 March 2008
LAWATAN TEKNIKAL KE IBU PEJABAT LLM , SERDANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Makluman untuk semua pelajar FKASA yang telahpun memohon untuk mengikuti lawatan teknikal ke LLM seperti butiran berikut ,
HARI = RABU
TARIKH = 12 MAC 2008
Dukacitanya dimaklumkan bahawa, program tersebut terpaksa di tangguhkan pada satu tarikh yang masih lagi dalam perbincangan kerana terdapat beberapa masalah persiapan daripada pihak LLM sendiri.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,
Pihak kami akan memaklumkan segala perkembangan dari semasa ke semasa melalui memo dan blog rasmi PERKASA UMP pada masa akan datang.
Sekian,terima kasih.
10 March 2008
Mengikut perancangan, klinik akademik ini akan diadakan pada setiap malam Rabu dan Khamis jam 9 p.m – 11 p.m. Program anjuran PERKASA ini akan mula diadakan pada 12 Mac 2008. Pelajar yang terlibat adalah mereka yang telah dipilih oleh pihak FKASA dan akan mendapat bimbingan daripada para fasilitator yang dilantik. Pelajar yang mendapat CPA 2.8 ke bawah dialu-alukan untuk menghadiri program ini. Namun, program ini hanya terbuka kepada pelajar tahun 1 dan 2 (diploma dan ijazah). Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada perkasakuktem@yahoo.com atau menghubungi Exco Akademik PERKASA di talian 0192004155.
PERKASA berharap agar program ini akan menjadi nilai tambah dalam usaha membantu FKASA melahirkan graduan kejuruteraan yang bukan sahaja cemerlang daripada segi akademik, malah mampu membantu orang lain berdasarkan prinsip “MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA”
Sekian, terima kasih.
03 March 2008
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
DIMAKLUMKAN PERLAWANAN FUTSAL INTRAFAKULTI PERKASA YANG TERTANGGUH SEBELUM INI AKAN DISAMBUNG SEMULA SEKIRANYA KEADAAN CUACA MENGIZINKAN.
TARIKH : 4 MAC 2008
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL KK1
MASA : 5.00 P.M
DIHARAP SEMUA PASUKAN BERSEDIA DAN BERADA DI GELANGGANG SEBELUM JAM 5.00 P.M. SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR KEADAAN CUACA AKAN MENYEBELAHI KITA SEMUA. SEMOGA SUKAN INTRAFAKULTI KALI INI DAPAT MENGHIBUR HATI WARGA PERKASA. MAJULAH SUKAN UNTUK PERKASA UMP
SEKIAN.