Have an account?

28 March 2010


LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA



Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera


Untuk pengetahuan anda semua,untuk julung-julung kalinya PERKASA telah berjaya mengadakan satu lawatan pertama ke Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) ,yang terletak di Jalan Serdang, Kajang. Seramai 38 orang pelajar serta seorang pengiring iaitu En. Mohd Sharulnizam Bin Wahap turut serta di dalam lawatan tersebut.


Kehadiran kami di sambut dengan penuh mesra oleh pihak LLM, walaupun terlewat tiba sedikit dari apa yang dirancangkan. Slot pertama iaitu sesi ceramah diteruskan. Di sini, para pelajar diberi pendedahan mengenai isu sebenar jalanraya atau lebih dikenali sebagai “ Ekspressway” di Malaysia. Sedikit fakta yang ingin di kongsikan, LLM sebenarnya merupakan syarikat yang hanya memegang ekspressway yang bertol sahaja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda bolehlah ke web http://www.llmnet.gov.my/index.html .


Kemudian pada petangnya, para pelajar di bawa ke tapak projek. Di antara tapak projek yang sedang dalam pembinaan adalah Plaza Tol Air Hitam, Suajana Putra yang menelan belanja RM 466 milion.Ia adalah di bawah selaan syarikat konsesi "South-Klang Valey Expressway (SKVE)" .Projek ini telah di mulakan pada 1 Febuari 2008 dan di jangka siap pada 18 May 2010 ini.Pelbagai input yang telah dapat kita perolehi dari pihak kontraktor, consultant, engineer dan wakil pihak LLM. Dari situ, para pelajar akan lebih mudah untuk memahami situasi sebenar di sekeliling kita seterusnya mengaplikasikannya di dalam subjek yang di ambil.


Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua ahli PERKASA yang telah melibatkan diri mereka dalam menjayakan program ini dan komitmen sepenuhnya.Diharapkan juga ahli-ahli PERKASA yang lain akan turut juga melibatkan diri di dalam setiap aktiviti dan program yang akan dijalankan.



peserta lawatan

penerangan di pusat traffic LLM yang merangkumi ke seluruh malysia

menilai kos sebenar projek ini.

salah seorang dari wakil pihak LLM sedang memberi penerangan

plaza tol ayer hitam yang dijangka siap pada mei ini.

27 March 2010


Lawatan Ke Empangan Chereh Sungai Lembing Kuantan (Pencarian Peserta)

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera

Pada 7 April 2010 (Rabu) PERKASA akan mengadakan lawatan ke Empangan Chereh di Sungai Lembing Kuantan Pahang. Empangan Chereh merupakan tasik buatan manusia yang membekalkan air bersih yang terbesar di Malaysia yang berkeluasan 16.2 Km persegi menyamai 1/3 keluasan Putrajaya. Mula dibina pada 1 Mac 2002 dengan kos asal RM69 juta dan mula beroperasi pada 29 Julai 2008 dibawah kendalian Badan Kawalselia Air Negeri Pahang. Empangan ini yang terletak kira-kira 64 km di hulu Kuantan,Pahang dianggarkan mampu menampung 260 juta meter padu air dan apabila empangan ini sudah penuh, dijangkakan dapat membekalkan air sebanyak 300 juta liter sehari serta dapat mengawal bencana banjir sekitar Kuantan sepanjang musim tengkujuh.

Justeru itu,di bawah kendalian Exco Tugas-Tugas Khas, PERKASA bersetuju untuk mengadakan satu lawatan ke Empangan Chereh dan lawatan ini telah diluluskan oleh pihak JHEPA. Oleh itu, saya mewakili pihak PERKASA menjemput anda semua untuk menjadi peserta lawatan ini.

Kepada semua ahli PERKASA yang berminat dan ingin menyertai lawatan ini boleh membalas memo yang dikeluarkan dan jumlah peserta adalah terhad kepada 40 orang sahaja termasuk AJK. Yuran bagi program ini sebanyak RM 5 bagi setiap peserta

Kepada yang berminat sila membalas memo dengan menyatakan

Nama:

ID No:

Hp.No:

Tahun:

Sebarang pertanyaan tentang lawatan ini boleh diajukan kepada

MOHD ZULFADLI BIN JUHARI (013-9042898)

26 March 2010

ISU PENGINAPAN PELAJAR SESI AKADEMIK SEMESTER HADAPAN


PERSATUAN MAHASISWA KEJURUTERAAN AWAM & SUMBER ALAM (PERKASA)
UNIT PENGURUSAN BADAN PELAJAR
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
LEBUHRAYA TUN RAZAK
26300 GAMBANG, KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR


TARIKH : 26 MAC 2010


PERKARA : ISU PENGINAPAN PELAJAR SESI AKADEMIK SEMESTER HADAPAN


Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kita sedia maklum bahawa pada semester hadapan, sebilangan daripada kita mungkin akan ditempatkan di luar kampus disebabkan kekurangan tempat penginapan yang disediakan oleh pihak Universiti Malaysia Pahang.
Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik warga PERKASA untuk memberikan maklum balas, buah fikiran mahupun pendapat kepada saya berkenaan isu ini. Suara rakan-rakan sekalian yang prihatin dengan isu ini akan saya sampaikan ke pihak atasan demi kebajikan kita bersama. Tidak dilupakan juga, kami di pihak ahli jawatan kuasa PERKASA berusaha mencari jalan alternatif dan penyelesaian yang terbaik untuk kita semua. Maka sila balas memo ini secepat mungkin supaya masalah ini dapat di selesaikan.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
MUHAMMAD IQRAM BIN ZULKIFLI
(013-5804090)
PENGERUSI PERSATUAN MAHASISWA KEJURUTERAAN AWAM & SUMBER ALAM



PENGUMUMAN TERKINI PERKASA - LIGA UMP


1. BOLA SEPAK (PERKASA VS FKM)
- SUKU AKHIR
- 28 MAC 2010, 9.45AM
- PADANG BOLA SEPAK (SEBELAH KOMPLEKS SUKAN)

2.BOLA KERANJANG (PERKASA VS CHEST)
- SEMI FINAL
- 27 MAC 2010, 4.00PM
- GELANGGANG BOLA KERANJANG (BELAKANG KOMPLEKS SUKAN)

3.BOLA BALING (PERKASA VS FREE SPIRIT)
- 4 APRIL 2010 (MASA AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN)
- GELANGGANG BOLA BALING (BELAKANG KOMPLEKS SUKAN)


Kepada semua warga PERKASA, marilah kita sama-sama turun gelanggang untuk memberikan sokongan kepada pemain-pemain kita. Sokongan anda amat diperlukan.
Sekian, terima kasih.




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 21 dan 22 Mac 2010 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. UMP telah mengadakan Karnival 'Jom Masuk U' dengan kehadiran oleh universiti-universiti dari berbilang negeri. PERKASA telah berjaya mengusahakan booth dan gerai PERKASA. Gerai PERKASA yang sangat meriah dengan 'SPECIAL MENU' ialah sardin roll, jemput-jemput bilis, hotdog dan air kelapa segar....yumm....Booth PERKASA pula dengan hiasan sedap mata memandang serta pameran perkakas-perkakas Kejuruteraan Awam iaitu theodolite, concrete D.O.E, rebound hammer, reflector dan bridge yang dipamerkan oleh AJK-AJK booth yang segak berjaket fakulti.

24 March 2010

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA EKSPLORASI JOM SHOPPING TERBUKA 2010 YANG TERPILIH

1. NURHASSHIKIN BINTI SULAIMAN
2. NUR AQMA NADIRA BINTI MARZUKI
3. MUHAMMAD FARID BIN IDRIS
4. SYAZWANA BT MOHD SUKRI
5. NOORFIFINATASHA BT SHAHEDAN
6. NUR FARAHIN BINTI MAHAT
7. HONEYLET ULLAP
8. NUR SYAZWAN BT OMAR
9. NUR ATIQAH BT. ZULKIFLI
10. WAN ZARRIAQBAR HAKIM B. WAN HILMI
11. NURUL ZAWARNI BINTI ZAIM
12. NUR NADIAH BT MOHD NAZIM
13. NURUL FATYHAH BAHARUDDIN

22 March 2010

PENCARIAN FASILITATOR BAGI PROGRAM WING TO THE FUTURE

Merujuk kepada perkara di atas, PERKASA kini sedang mencari fasilitator bagi program WING TO THE FUTURE,iaitu satu program berbentuk motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. Maklumat program adalah seperti berikut:

TARIKH : 2-4 APRIL 2010
TEMPAT : NEGERI JOHO
R

Sehubungan dengan itu, sesiapa yang berminat, sila reply memo atau oovoo dengan segera sebelum hari Ahad, 11 malam. Sila sertakan bersama maklumat berikut :
NAMA :
NO ID :
NO TELEFON :
TAHUN :

Satu sesi temuduga akan dijalankan dan senarai nama yang terpilih akan dimemokan kemudian. Butiran temuduga adalah seperti berikut :

TEMPAT : Perkarangan blok X dan Y
MASA : 9.00pm
TARIKH : 22 Mac 2010 (ISNIN)

Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi :
Siti Nuraffizza : 013-7066542 (oovoo : affizza)
Insyirah : 017-9223183 (oovoo : inn_syira)

20 March 2010

JOM SAKSIKAN PERLAWANAN INTERFAKULTI

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada semua ahli PERKASA terutama mahasiswi dijemput menyaksikan perlawanan bola jaring dan bola baling antara wakil FKASA dengan fakulti lain. Perlawanan ini akan berlangsung di Kompleks Sukan UMP. Untuk mengetahui jadual dan keputusan perlawanan yang telah diperoleh,sila baca dalam memo anda. Harap maklum.

17 March 2010

PENCARIAN AJK PELAKSANA EKSPLORASI JOM SHOPPING TERBUKA PERKASA 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

PERKASA akan mengadakan program Eksplorasi Jom Shopping Terbuka PERKASA 2010 pada bulan Ogos 2010 di Kuantan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahlijawatankuasa pelaksana program ini, sila respon memo yang telah disebarkan di memo std-UMP.

Penglibatan daripada pelbagai kursus dan tahun pengajian amatlah diharapkan.

Sebarang masalah sila hubungi : Darwani/Mc'wa (0135032953)

Sekian, terima kasih.
SIAPA NAK JOIN EKSPLORASI BERAKIT SUNGAI PAHANG IPT 1MALAYSIA???

Assalmualaikum dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementarian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang akan mengadakan program seperti berikut :

1. Perkara : KPT-UMP Eksplorasi Berakit Sungai Pahang IPT 1Malaysia

2. Tarikh : 9 - 15 Mei 2010 (6 hari 5 malam)

3. Jarak perjalanan eksplorasi ; Lebih kurang 190km

4. Daerah utama yang terlibat (bermula dari Bandar Temerloh dan berakhir di Pekan Water Front Pekan Pahang) :
a) Temerloh
b) Bera
c) Maran
d) Pekan

5. Perhentian :
a) Kg. Kuala Triang di Bera
b) Kg. Chenor di Maran
c) Kg. Baru Salong di Pekan
d) Kg. Padang Rumbia di Pekan

6. Pasukan : 10 orang/pasukan (6 orang ahli berakit & 4 orang krew sokongan)

7. Pihak penganjur hanya menyediakan makan minum, sebuah rakit buluh, tapak perkhemahan dan kemudahan asas. Peralatan perkhemahan tidak disediakan.

8. Yuran penyertaan : Setiap pasukan (10 orang sahaja) adalah RM1000.00

Kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) yang berminat untuk menyertai program ini, sila respon memo yang telah disebarkan didalam STD-UMP dengan menyenaraikan 10 ahli (1 kumpulan) berserta nama penuh, no ID, no IC dan no telefon selewat-lewatnya 23 Mac 2010.

Sebarang masalah sila hubungi :
Darwani / Mc'wa (0135032953)

Sekian, terima kasih.

16 March 2010

JOM JOIN KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP PERKASA 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
PERKASA akan mengadakan program Kejohanan Bowling Tertutup PERKASA 2010 pada 17 Julai 2010 bertempat di Kuantan Megalanes, Berjaya Megamall, Kuantan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila respon memo yang telah disebarkan di std UMP berserta :

1. Nama
2. No. IC
3. No. ID
4. No. telefon

*Sarapan disediakan.

Setiap peserta perlu membayar RM15.
Namun jika JHEPA meluluskan budget dengn jumlah yang sepatutnya, wang lebih anda akan dikembalikan balik.
Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang.
Penyertaan daripada pelbagai kursus dan tahun pengajian amatlah diharapkan.
Jom kita sama-sama memeriahkan program ini disamping mengeratkan silaturahim sesama pelajar-pelajar dan juga pelajar-pensyarah.

Sebarang masalah, sila hubungi :
Darwani - 0135032953
Khir - 0136021108/0172541538

Sekian, terima kasih.

15 March 2010

JUALAN KEJOHANAN LIGA SUKAN MAHASISWA 2010

Pada 13 Mac 2010(sabtu) yang lalu,Exco Keusahawanan telah mendapat tapak gerai niaga bersebelahan dengan kompleks sukan. Kami telah melakukan jualan antaranya jualan air kelapa pandan,sardine roll dan cucur ikan bilis. Alhamdulillah gerai kami mendapat sambutan yang menggalakkan.Jika kami membuka gerai jualan. Kami berharap setiap ahli PERKASA memberi sokongan kepada kami dengan membeli di gerai kami.




Terima kasih juga kepada ahli PERKASA yang datang membeli di gerai kami.
~SEKIAN~

PROGRAM JOM MASUK U


Berikut adalah senarai nama untuk mereka yang terpilih menjadi AJK Program Jom Masuk U yang akan datang.

Secretariat Exco Akademik PERKASA WAJIB terlibat dalam program ini.


SITI NORHAFIZAH BT JAPRI

AA08160

NUE AMNI BT RAMLI

AA08112

AIMI FAKHRI BIN SOBRI

AA09064

NOOR JULIANA BT OHYANUDDIN

AB09116

MUHAMMAD HAFIZ BIN HUSSAIN

AA09036

SITI ZUNAIDAH BT SOWEID

AA09003

AMRINA BT ABU BAKAR

AA09018

HAZUYZA BT ZAINON

AA09011

NUR ATIQAH BT ABU BAKAR

AA08153

NUR AIN ITHIN BT ALIAS

AA08101

NUR FARAHIN BT MAHAT

AA09085

TENGKU JUNAIDAH BT TENGKU MAMAT

AE09072

SITI HAJAR BT ABDUL MANAF

AE09068

YUS’AINI ABD RASHID

AE09056

NURULAIN BT MOHAMED HATTA

AA08116

SITI NORAINI BT ISMAIL

AE08057

KHAW YONG HUI

AA07181



Sehubungan dengan itu, satu perjumpaan dengan AJK sekalian akan di adakan dalam masa yang terdekat. Sesiapa yang tidak hadir akan dikira sebagai TIDAK BERMINAT dan akan disingkirkan.