Have an account?

08 August 2008




STUDENT LIFE IN MALAYSIA AND THE UNITED STATES

Pada 25 Julai 2008, UMP dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat dan ERA Consumer Malaysia telah menganjurkan program Student’s Life In Malaysia And The United States bertempat di Hyatt Regency Kuantan Resort. Program yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin Bin Mohd, Timbalan Naib Canselor UMP telah disertai oleh 100 orang pelajar dari UMP dan 10 orang pelajar dari Amerika Syarikat (AS) yang terpilih untuk berkongsi pengalaman dan idea diantara mahasiswa Malaysia dan mahasiswa dari AS. Pembentangan pembukaan yang pertama telah dilakukan oleh pegawai kebudayaan Kedutaan Amerika Syarikat, Dr. Marjorie R. Harrison.

Pelajar-pelajar AS yang terpilih adalah pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program “2008 Summer Program In Malaysia, Globalization In Southern Asia”. Fasilitator-fasilitator yang terlibat adalah terdiri daripada Pegawai dari Kedutaan Amerika Syarikat, pensyarah dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, UMP serta dari ERA Consumer Malaysia. Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam telah mengamanahkan PERKASA untuk menghantar 16 orang wakil pelajar ke program tersebut. Mereka telah menjalani beberapa modul dalam program tersebut seperti

  1. My Impression of Malaysia By an American Student, and My impression of the United States By a Malaysian Student”.
  2. Campus Life and Extra Curricular Activities in Malaysia and the United States
  3. “Popular Culture Among University Student in Malaysia and United States”

Semoga program ini memberi banyak manfaat kepada para peserta dan diharapkan mereka dapat memanfaatkan peluang berkomunikasi bersama penutur sejati Bahasa Inggeris dari AS.


27 July 2008






Pada 18 – 20 Julai yang lalu, seramai 38 orang mahasiswa/i Persatuan Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (PERKASA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama 2 orang pensyarah FKASA telah berkampung si Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor (SMTKS) selama 3 hari 2 malam bagi menjayakan “Program Selangkah Ke Menara Gading”.

Program yang berobjektifkan memberi pendedahan awal kepada peserta tentang suasana pembelajaran di universiti beserta cabaran –cabaran yang bakal dihadapi agar lebih bersedia serta memberi motivasi dan menarik minat para pelajar untuk meneruskan bidang pengajian ke peringkat pengajian tinggi setelah tamat alam persekolahan ini telah menarik penyertaan lebih daripada 110 orang pelajar tingkatan 5. Pengisian program dimulakan dengan taklimat Universiti yang diberikan oleh Cik Roslina Bt. Omar dan Cik Nor Ashikin Bt. Mohd Khairussalleh dari FKASA. Selain itu, program Latihan Dalam Kumpulan juga dimasukkan di dalam program ini dengan mendedahkan pelajar SMTKS dengan modul ”Ice-Breaking”, Ekspresi Dirimu, Pembinaan Model serta modul Matlamat dan Kerjayaku. Selain itu, program ini juga telah mendapat pendedahan khusus oleh En. Wan Nazrul Helmy B. Wan Mohd Zin, Pegawai Khas kepada Naib Canselor UMP dengan ceramahnya yang bertajuk ”Selangkah Ke Menara Gading : Cabaran & Persediaan Menghadapinya”.

Penutup program ini telah disempurnakan oleh Ustaz Ahmad B. Abd Razak, Penolong Kanan Ko-Kurikulum selaku wakil Pengetua SMTKS. Pelbagai maklumbalas yang diterima oleh pelajar SMTKS menyatakan bahawa program ini banyak memberikan manfaat kepada mereka dalam memacu kelangsungan perjalanan hidup mereka selepas alam persekolahan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan oleh generasi PERKASA kelak atas nama membina modal insan serta perjuangan demi bangsa, agama dan negara.



16 July 2008





DELEGASI PERKASA KE UTARA!!

Pada 12 dan 13 Julai 2008, empat orang delegasi PERKASA telah menyertai lawatan sambil belajar anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMP ke UniMAP, UUM dan USM. PERKASA yang diketuai oleh Pengerusi mengambil kesempatan untuk bertukar - tukar pendapat dan ilmu pengurusan persatuan bersama - sama barisan kepimpinan mahasiswa di ketiga-tiga buah universiti tersebut.

Lawatan ini turut disertai oleh barisan kepimpinan CHEST, MECHAPRO, EEES dan PETAKOM yang diketuai oleh pengerusi masing-masing. Diharapkan sistem pengurusan persatuan - persatuan fakulti di UMP akan bertambah mantap dan mampu untuk memacu mahasiswa UMP ke arah yang lebih cemerlang..

14 July 2008

SESI PENGUKURAN JAKET FAKULTI


Perhatian kepada pelajar-pelajar baharu sesi 08/09!!

PERKASA akan mengadakan sesi pengukuran jaket makmal untuk anda semua pada:

Tarikh : 15 Julai 2008 (Selasa)

Masa : 8.30 p.m – 11.00 p.m

Tempat : ASTAKA UMP

Harga jeket adalah RM 78. Setiap pelajar perlu membayar deposit sebanyak RM 50. Hadirlah beramai-ramai ke ASTAKA. Jangan lupa!!


TAKLIMAT AKADEMIK FKASA UNTUK PELAJAR BAHARU


Pada 9 Julai 2008, pihak FKASA dengan kerjasama PERKASA telah menganjurkan satu sesi taklimat akademik kepada pelajar baharu sesi 08/09 bertempat di DKU 2. Taklimat yang bermula pada jam 4.00 p.m itu telah dihadiri oleh semua pelajar baharu dan para pensyarah FKASA.

Taklimat dimulakan oleh Pengerusi PERKASA untuk memperkenalkan PERKASA kepada hadirin. Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi taklimat penasihatan akademik oleh Ketua PA FKASA, En. Omar Jamaluddin.

Kemuncak majlis ialah sesi taklimat akademik oleh Timbalan Dekan FKASA, Prof. Dr. Ideris Zakaria. Beliau memberi penjelasan berkenaan struktur akademik FKASA dan memberi peluang untuk para pelajar mengutarakan soalan berkenaan struktur akademik FKASA.

Majlis bersurai pada jam 5.00 p.m.