Have an account?

14 October 2008

PERKASA:PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA PERKASA

PERSATUAN MAHASISWA KEJURUTERAAN AWAM & SUMBER ALAM (PERKASA)
UNIT AKTIVITI & PERHUBUNGAN PELAJAR
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
LEBUHRAYA TUN RAZAK, 26300 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

SURUHANJAYA PILIHANRAYA PERKASA 2008/2009


PADA 15 OKTOBER 2008 SATU MAJLIS PELANCARAN MANIFESTO AKAN DIADAKAN. SEHUBUNGAN DENGAN ITU SEMUA WARGA PERKASA DIALU-ALUKAN MENGHADIRI PELANCARAN TERSEBUT BAGI MENGETAHUI BAKAL PEMIMPIN FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM (PERKASA) KITA BAGI SESI 2008/2009.

PADA 18 OKTOBER 2008 BERTEMPAT DI WDK26,WBK34,WBK35 PULA, SATU PILIHANRAYA UMUM PERKASA AKAN BERLANGSUNG. SEHUBUNGAN DENGAN ITU SEMUA AHLI PERKASA DIWAJIBKAN MENGUNDI CALON MASING-MASING. KERJASAMA WARGA PERKASA SANGATLAH KAMI HARAPKAN BAGI MENJAYAKAN PILIHAN RAYA INI.
UNDI ANDA AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN KERAJAAN PERKASA YANG BEGITU TOUGH SEKALI... HARAPAN KITA JUGA AGAR KERAJAAN YANG BARU AKAN MEMBERI PEMBAHARUAN KEPADA KITA SEMUA. SO, RAMAI-RAMAILAH KITA PERGI MENGUNDI PADA HARI TERSEBUT.


SEKIAN. TERIMA KASIH

"Memperkasa Kecemerlangan Kemegahan Bersama"


SAYA YANG MENJALANKAN TUGAS
(LOQMAN HAKIM BIN HASULBULLAH)
AJK PUBLISITI & SEKRETRIAT SEBARAN PERKASA
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

07 October 2008

PROGRAM ESTEEM PLUS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pada 20 September 2008, PERKASA telah menjalan satu bengkel perisian iaitu Esteem Plus bertempat di makmal FKASA. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan para graduan kepada perisian yang diguna pakai dalam bidang kejuruteraan awam. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menerapkan kemahiran menggunakan teknologi dalam sesuatu projek. . Program bengkel perisian ini telah berjaya dilaksanakan dalam 2 sesi dari 9am-6pm dan melibatkan seramai hampir 70 orang siswa-siswi Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam. Walau bagaimanapun program ini hanya dibuka kepada pelajar yang telah mengambil subjek R.C Design I. Pensyarah yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan bengkel ini adalah Cik. Rozlina Bt. Omar. Akhir kata, diharapkan program yang bercorak akademik akan lebih banyak diadakan pada masa hadapan kelak.

24 September 2008





GABUNGAN PERKASA & SRM JAYAKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA


Para pelajar dan pengusaha gerai bazar Ramadhan di UMP tidak melepaskan peluang menikmati keenakan bubur lambuk apabila sembilan kawah bubur lambuk berjaya diagihkan di UMP pada 20 September 2008 bertempat di Perkarangan Kolej Kediaman 1, UMP.

Pengagihan juadah berbuka puasa yang julung-julung kali diadakan itu dianjurkan oleh gabungan pelajar UMP seramai 34 orang iaitu Sekretariat Rakan Muda melalui Skuad Rakan Muda Idol dan Persatuan Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (PERKASA). Program ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta Pusat Islam & Pembangunan Insan.

Menurut Pengarah Bersama Program, Sazwan Sahar dari SRM, program ini diadakan secara gotong royong bermula dari penyediaan bahan-bahan mentah sehingga proses memasak bubur lambuk dengan dibantu oleh oleh tukang masak yang didatangkan khas dari salah sebuah kafe di kolej kediaman pelajar UMP.

“Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang pentingnya semangat kesukarelaan dikalangan pelajar institut pengajian tinggi,” tambah beliau.

Program pada hari tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Naib Canselor UMP, Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Pada kesempatan itu, Dato’ Daing Nasir telah sudi menyampaikan sendiri bubur lambuk kepada para pelajar UMP, pengusaha bazar Ramadhan dan pelajar-pelajar tahun 6 SK Panching Selatan.

Menurut Naib Canselor UMP, pujian dan galakan patut diberikan kepada semua pelajar yang terlibat dalam program ini dan saya amat menyokong penuh supaya program ini dapat diadakan sebagai salah satu acara tahunan.


“Bulan Ramadhan bukanlah satu alasan untuk tidak membuat sebarang aktiviti. Ia juga tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bergerak aktif.” “Aktiviti seperti ini memberi impak yang besar kepada pelajar kerana mereka dapat menimba ilmu dalam proses penyediaan resepi asli bubur lambuk negeri Pahang,” ujar beliau.

18 September 2008


RUANG PUBLISITI PERKASA DI FKASA


15 September 2008

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERDANA

Assalamuailaikum & salam sejahtera


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, PERKASA bersama-sama Sekretariat Rakan Muda (SRM) UMP akan menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk Perdana. Jadi, kepada rakan-rakan PERKASA sekalian, kami berbesar hati menjemput anda bagi memeriahkan lagi acara ini. Berikut adalah butiran lanjut mengenai Program Memasak Bubur Lambuk Perdana :

Tarikh : 20 September 2008 (Sabtu)


Masa : 10.00 a.m


Tempat : Masjid UMP


Anda rasa, bagaimanakah agaknya apabila majlis tertinggi PERKASA turun padang, menyingsing lengan dalam membantu dan menyediakan persiapan memasak? Anda ingin melihat abg aizuddin, abg khomaedi, abg faruq dan kak Izni memperlihatkan kemahiran mereka?? Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini, marilah beramai-ramai memeriahkan Program Memasak Bubur Lambuk Perdana pada 20haribulan ini di perkarangan masjid UMP.


Akhir kata, kami dari barisan kepimpinan PERKASA mengharapkan agar hubungan kita sesama ahli PERKASA tidak mengira program Degree mahupun Diploma dapat dieratkan lagi melalui program ini. Dengan ini saya mengundurkan diri dengan ucapan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. =)


Sekian, terima kasih.



p/s : sila update dengan memo dan blog untuk mengetahui
maklumat terkini