Have an account?

10 November 2008



SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN...

Assalamualaikum w.b.t. kepada seluruh warga PERKASA Universiti Malaysia Pahang. Pertama sekali, saya ingin memohon seribu kemaafan kepada rakan-rakan sekalian di atas kelewatan mengperbaharui blog ini. Kepada mereka yang masih mempunyai exam, kami seluruh Majlis Tertinggi PERKASA mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir dan semoga rakan-rakan semua dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Manakala bagi kepada semua yang telah selesai kesemua paper final, saya ucapkan selamat bercuti dan marilah kita sama saling mendoakan kecemerlangan warga PERKASA. Kami dari Majlis Tertinggi PERKASA sentiasa mendoakan kejayaan rakan-rakan dan kami juga berharap semoga tugas dan aktiviti yang akan dijalankan pada semester hadapan berjalan lancar dengan jayanya serta mampu menaikkan nama Universiti Malaysia Pahang dan PERKASA khususnya. Akhir kata dari saya,sekali lagi saya ingin menghulurkan tangan memohon seribu kemaafan daripada hadirin sekalian. Kami Majlis Tertinggi baru sesi 2008/2009 bersedia menpertimbangkan segala pandangan dan idea bernas dari rakan-rakan sekalian demi kebaikan bersama. Selamat bercuti dan jutaan terima kasih di atas sokongan semua serta diharapkan semoga kerjasama dari seluruh warga PERKASA selama ini akan berterusan...insyaAllah. Sekian,terima kasih.

"kecemerlangan asas pembinaan peradaban insan"

Exco Sebaran dan Komunikasi,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam,

KHAIRULL AZMAN BIN SALEH.

19 October 2008

'FAMILY DAY' KEMUNCAK AKTIVITI TAHUNAN PERKASA 07/08

Pada 11 Oktober 2008, PERKASA telah menjalankan satu program iaitu Hari Keluarga bertempat di Pusat Rekreasi Balok. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PERKASA. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menanamkan kerjasama antara semua ahli PERKASA dan meningkatkan stamina serta mengurangkan stress sewaktu belajar dengan bersenam dan menyertai aktiviti yang telah dijalankan. Program ini dirasmikan oleh Naib Pengerusi PERKASA, Ummi Izni Binti Mohamad Tarmizi bagi menggantikan Prof Madya Ir Adnan Bin Zulkiple yang tidak dapat hadir disebabkan terpaksa memenuhi komitmen yang lebih penting pada saat- saat akhir. Program Hari Keluarga ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan program ini melibatkan seramai hampir 80 orang siswa-siswi Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam. Akhir kata, diharapkan program seperti ini akan lebih banyak diadakan pada masa hadapan kelak.
KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA UMUM PERKASA 08/09

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Pada 17/10/2008 dan 18/10/2008, Suruhanjaya pilihanraya PERKASA telah mengaddakan PILIHANRAYA UMUM PERKASA untuk pembentukkan baru MAJLIS TERTINGGI & EXCO PERKASA 2008/2009. Berikut adalah statistik dan keputusan pilihanraya.

BIL. PELAJAR = 763 ORANG
BIL. PELAJAR KELUAR MENGUNDI = 516 ORANG
JUMLAH UNDI = 495 UNDI
JUMLAH UNDI ROSAK = 21 UNDI
% PELAJAR KELUAR MENGUNDI = 68%
% UNDI DIKIRA = 65%
% UNDI ROSAK = 3%


CALON-CALON YANG MENANG


1 AFIQ B. MOHAMAD NOR 378
2 MUHAMAD IQMAL B. MUHAMAD SHAH 332
3 AMYRYANA BT. POHAN 297
4 FARAH NORHAZRINA BT. ROSLI 284
5 HASSAN B. HISHAMUDDIN 270
6 MOHAMAD HELMI B. OTHMAN 246
7 MOHD FAUZI B. ABD GANI 237
8 SYAFIQAH BT MOHAMED SALLEH 234
9 KHAIRULL AZMAN B. SALLEH 227
10 TAN ENG SIAN 220
11 SITI NUR AFFIZA BT. MD YUSUF 219


CALON-CALON YANG TEWAS

CHIA YEAN PING
CHONG HUI MEI
CHONG PEI SHAN
CHUNG JIA JIUNN
MUHAMMAD AZIZUDDIN B. MOHD HARIS
MUHAMMAD IQEAM B. ZULKIFLI
MUHAMMAD ZUL IKHMAN B. MOHD NAZERI
NADIA ASHIKIN BT. ZAINAL BAHRI
NORAZILA BT. KAMARULZAMAN
NUR ANIS ADLINA BT. MAT NOOR
NUR HASHIMAH BT. ZULKEFLI
NUR SYAZWANI BT. MD ZAKI
NURLINA AUNI BT. MAZELAN
TENGKU NUR HIDAYAH BT. TENGKU MAHMOOD
THILAGAWATHI A/P BATUMALAI
VINCENT VOON BOON CHUAN

Pihak SPR PERKASA 08/09 mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli PERKASA yang keluar mengundi. Kerjasama anda amat dihargai. Kepada calon-calon yang menang, tahniah diucapkan. Semoga anda dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan baik. Kepada calon-calon yang tewas, diharap anda tidak berputus-asa dan cuba lagi pada tahun hadapan.

Sekian terima kasih.

"Memperkasa Kecemerlangan Kemegahan Bersama"

Yang menjalankan tugas

NURUL ATIQAH ILIYANI BT MALEKKE

SETIAUSAHA SPR PERKASA 08/09


14 October 2008

MANIFESTO PILIHANRAYA 2008/2009


TARIKH : 15 OKTOBER 2008

HARI : RABU

MASA : 9.45 p.m – 12.00 a.m

TEMPAT : BLOK W

PILIHANRAYA PERKASA 2008/2009


TARIKH : 18 OKTOBER 2008

HARI : SABTU

MASA : 10.00 a.m – 5.00 p.m

TEMPAT : WDK 26, WBK 34, WBK 35