Have an account?

11 January 2009


PENCARIAN SEKRETARIAT PERKASA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Merujuk kepada perkara di atas, PERKASA sedang mencari sekretariat baru untuk membantu melicinkan program dan aktiviti yang akan dianjurkan oleh PERKASA.

Jika anda rasa anda seorang yang berbakat dalam kepimpinan dan mempunyai semangat kerajinan dan kegigihan yang tinggi, kami dari pihak MT amat mengalu-alukan penyertaan anda.

Buat pengetahuan semua, PERKASA terdiri daripada 6 exco iaitu:-

1) Exco Kebajikan & Kerohanian

2) Exco Sebaran & Komunikasi

3) Exco Tugas-Tugas Khas

4) Exco Sukan & Rekreasi

5) Exco Keusahawanan

6) Exco Akedemik

Sila balas memo di e-comm masing-masing beserta butiran seperti berikut:-

1) Nama:
2) No ID :
3) Tahun :
4) No Tel :

Satu sesi temuduga akan diadakan pada:

1) Tarikh: 15/01/09
2) Hari: Khamis
3) Masa: 8.00 malam
4) Tempat: Blok W, BK26 & BK27

Ayuh warga PERKASA sekalian sama-sama kita membangunkan PERKASA. Sijil Penghargaan akan diberikan kepada sekretariat yang bakal dilantik.

Sebarang kemusykilan bolehlah merujuk saya, Amryana(014-5056211) Skype:am_manah1 dan saudara Afiq( 012-3214691 ) Skype:blood_sucker

"MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"

Yang menjalankan tugas,

(AMRYANA BINTI POHAN)
Timbalan Pengerusi PERKASA

10 January 2009

Perkembangan Terbaru Isu Palestin Yang Terbina Dari Darah Dan Air Mata Mujahiddin, Wanita Serta Kanak-Kanak Palestin...











Sektor binaan tidak terjejas

Oleh ROHANI IBRAHIM dan MOHD. RAFIE AZIMI
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Sektor pembinaan negara diramalkan berjalan seperti biasa dan tidak menerima sebarang kesan ekoran kelembapan ekonomi global pada tahun depan.
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB), Datuk Hamzah Hasan berkata, daripada trend dan rekod CIDB, statistik pembinaan tidak menunjukkan sebarang pengurangan.
''Justeru saya menjangkakan keadaan ini akan kekal pada tahun depan.
''Bagi saya industri binaan negara tidak akan menghadapi apa-apa masalah pada masa ini dan tahun depan. Aktiviti pembinaan akan berjalan secara normal,'' katanya.
Hamzah berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada kelembapan ekonomi global akan menjejaskan industri pembinaan negara atau sebaliknya.
Sebelum itu, beliau mewakili Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Zin Mohamed merasmikan Seminar Amalan Terbaik Dalam Industri Binaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Mengenai kontraktor bumiputera yang mendakwa tidak mendapat projek pada masa ini, Hamzah menjelaskan, perkara berkenaan adalah subjektif kerana projek pembinaan terbahagi kepada projek besar dan kecil.
''Suntikan RM7 bilion untuk projek pembangunan yang diumumkan kerajaan tidak lama dulu dan akan dilaksanakan pada tahun depan juga dijangka mengatasi masalah ini,'' jelasnya.
Seminar dua hari itu disertai oleh 150 peserta yang terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli akademik, kontraktor, pemaju dan konsultan pengurusan projek.
Ia bertujuan mencari penyelesaian bagi isu-isu berkaitan sistem penyampaian yang efisien dan efektif.

08 January 2009

Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

08/01/2009 3:50pm
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.
“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.
“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

07 January 2009

UMP menang anugerah khas KIPI

KUANTAN 6 Jan. – Universiti Malaysia Pahang (UMP) melakar sejarah apabila seorang penyelidiknya memenangi Anugerah Khas Presiden ‘Korea Institute of Patent Information’ (KIPI) sempena Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul (SIIF) 2008 baru-baru ini.
Selain itu, UMP turut meraih dua pingat emas, empat perak dan satu gangsa dalam pameran yang julung kalinya disertai universiti berkenaan.
Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, UMP menghantar tujuh penyertaan sempena pameran itu dan kesemua mereka berjaya membawa pulang pingat.
“Apa yang lebih membanggakan ialah buat kali pertama dalam sejarah penyertaan UMP di pertandingkan penyelidikan di luar negara, penyelidik UMP berjaya membawa pulang Anugerah Khas Presiden KIPI,” katanya pada majlis meraikan kejayaan tersebut di sini hari ini.
Kejayaan itu diperoleh menerusi Abdul Syukor Abd. Razak dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam melalui projek bertajuk Integrated of Rainwater and Groundwater Harvesting via WASRA in Rural Area.
Projek itu juga mendapat pingat emas pada pameran tersebut.
WASRA merupakan satu sistem bekalan air bersih yang menggabungkan dua kaedah iaitu sistem tadahan air hujan dan sistem bekalan air bawah tanah sebagai alternatif menggantikan sistem bekalan air konvensional.
Penyelidikan itu dikatakan amat berguna kepada penduduk luar bandar dan negara dunia ketiga.
Daing Nasir berkata, kejayaan tersebut merupakan pemangkin kepada para penyelidik UMP lain untuk mencipta produk yang dapat dikomersialkan pada masa hadapan.
Selain penyelidikan oleh Abdul Syukor, UMP turut membawa pulang pingat emas melalui penyelidikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Rosli Mohd. Yunus mengenai pembangunan sistem reaktor unik untuk menghasilkan biodiesel dari minyak masak terpakai.