Have an account?

13 March 2009

Penyelidikan UMP temui kaedah bersihkan air hujan, bawah tanah sebagai sumber alternatif

Penyelidikan UMP temui kaedah bersihkan air hujan, bawah tanah sebagai sumber alternatif MASALAH bekalan air bersih masih dihadapi penduduk di sesetengah penempatan luar bandar termasuk perkampungan Orang Asli kerana projek penyaluran air terawat ke kawasan berkenaan membabitkan kos tinggi serta tempoh lama disiapkan. Ketiadaan kemudahan asas itu memaksa penduduk terbabit memanfaatkan sumber air semula jadi sedia ada terutama air perigi dan hujan untuk kegunaan harian termasuk memasak serta minuman.

Abdul Syukor berkata, penyelidikan sejak Mei 2006 itu bermula dengan kajian sosial di Kampung Simpai Pekan, Pahang yang dihuni lebih 2,000 penduduk Orang Asli dan tidak mendapat bekalan air bersih berpuluh tahun lamanya. Beliau berkata, kajian di bawah seliaan Prof Madya Dr Abdullah Ibrahim itu turut disertai Suryati Sulaiman, Dr Zularisam Ab Wahid, Zahrizan Zakaria, Aimi Ilmar Ramli, Hasmanie Abdul Halim, Norasman Othman, Shairul Rohaziawati Samat, Kamariah Mat Peah serta Mohd Rashid Ab Hamid. Hasil kajian selama enam bulan itu katanya, menunjukkan sejak sekian lama sumber air penduduk kampung berkenaan adalah air tadahan hujan dan perigi, justeru, mereka amat mengharapkan bekalan air bersih bagi kegunaan harian serta mengelakkan penyakit akibat air tercemar.
`
Tok Batin Marjan dari kampung ini memberi kerjasama terutama semasa kajian sosial dengan harapan penyelidikan ini dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih bagi penduduk kampung berkenaan serta di kawasan lain. Hasil penyelidikan ini juga sudah dikemukakan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan mereka menyatakan kesediaan bekerjasama termasuk dana bagi membolehkan Wasra dibangunkan di perkampungan Orang Asli, katanya. Abdul Shukor berkata, hasil penyelidikan yang memenangi pingat emas dan Anugerah Khas Presiden Korea Institute Of Patent Information di Korea tahun lalu itu menarik perhatian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) yang menawarkan dana RM900,000 bagi membolehkan Wasra dilaksanakan secara rintis di Kampung Simpai Pekan. Setakat ini, Wasra dibangunkan pada skala makmal. Perolehan dana Mosti dalam tempoh terdekat ini membolehkan ia dilaksana secara rintis di Kampung Simpai Pekan sebelum diperluas ke kawasan luar bandar lain hingga ke peringkat antarabangsa seperti Indonesia, katanya.

Akhbar:Berita Harian
PERTANDINGAN REKABENTUK MODEL BANGUNAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan perkara Persatuan Kejuruteraan awam Dan Sumber Alam (PERKASA) akan mengadakan Pertandingan Rekabentuk Model Bangunan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 25 Mac-5 April 2009
Tempat: Blok W
Yuran: RM25 (satu kumpulan terdiri daripada 4/5 orang)


Hadiah:
1st Place = RM100 + Hamper + Medal + Sijil
2nd Place = RM80 + Hamper + Medal + Sijil

3rd Place = RM 50 +Hamper + Medal + Sijil

**Hamper akan diberikan kepada setiap kumpulan yang menyertai.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar UMP dan tempat pendaftaran akan dibuka pada 14, 15, dan 17 Mac di payung putih bermula pukul 9 hingga 12 tgh malam. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya di;

H/P : 017-9773945
Skype : raudmhi

Segala perhatian saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FAHIMI B. ZAINAL ABIDIN
AJK PUBLISITI DAN TUGAS2 KHAS
PERTANDIGAN REKABENTUK MODEL BANGUNAN PERKASA 08/09

12 March 2009

PROGRAM BRIDGING STUDENT-STAFF THROUGH PERKASA 2009
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga PERKASA.
.
Merujuk kepada perkara di atas,PERKASA akan mengadakan satu program sesi dialog yang akan menghimpunkan dekan dan pihak pengurusan FKASA bersama para pelajar PERKASA untuk membincangkan beberapa masalah dan perkara berbangkit.
.
Majlis ini akan diadakan pada ketetapan seperti di bawah :
.
Tempat : Astaka UMP
Tarikh : 18 Mac 2009
Masa : 8 Malam
Pakaian : Lelaki - smart casual
Perempuan - smart casual
.
Selain itu, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk meluahkan segala kemusykilan mengenai fakulti, pengurusan atau memberi cadangan untuk memperbaiki dan menaikkan prestasi pelajar.
.
Kehadiran adalah DIWAJIBKAN kepada semua ahli PERKASA. Kedatangan akan diambil dan dimasukkan ke dalam pemarkahan soft skill. Jamuan ringan akan disediakan, Sekian terima kasih.
.
YANG MENJALANKAN TUGAS,
.
NURULAIN BINTI ZAINI
AJK PUBLISITI PROGRAM BRIDGING STUDENT-STAFF THROUGH PERKASA 2009
INFO DUNIA PEMBINAAN

Burj Dubai adalah sebuah pencakar langit masih dalam pembinaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Bangunan ini terletak di kedudukan 25°11′58.34″U, 55°16′20.66″T. Ketinggian pastinya masih dirahsiakan, namun dipercayai kira-kira 808 meter (2651 kaki).

Pembinaanya dijangka siap pada 2009, Burj Dubai akan mengatasi ketinggian Taipei 101, Taiwan bangunan tertinggi di dunia sekarang. Pemaju Burj Dubai ialah Emaar Properties telah menyatakan bahwa Burj Dubai akan menjadi struktur tertinggi buatan manusia dalam sejarah. Struktur tertinggi yang pernah manusia bina adalah Menara Radio Warsaw pada ketinggian 645.4 m (2120 kaki) dibuat pada 1974 namun runtuh pada saat pembaikan pada 1991.

Burj Dubai dibina di Jalan Sheikh Zayed berdekatan Jalan Doha. Arkitek utama, jurutera struktur dan jurutera mekanikal ialah syarikat Skidmore, Owings dan Merrill LLP dari Chicago, Amerika Syarikat. George Efstahiou dari SOM menjadi pengurus bersama projek ini. Sementara Adrian Smith bekas SOM menjadi rakan rekabentuk.


Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan...

Myspace Quotes

Myspace Quotes

Myspace Quotes