ANNOUNCEMENT
ChatRoom PERKASA kini berformat baru.
yang terletak di bawah POST.
Berikut adalah cara menggunakan ChatRoom ini
1. Anda dikehendaki Sign Up sebelum meninggalkan pesanan atau kata-kata.
2. Kemudian, Sign In di ruangan yang disediakan.
Terima Kasih.
INFO
-8/10-10/10 - ACARA BOLA SEPAK , BOLA TAMPAR, BOLA BALING..
15/10-17/10 - ACARA PINGPONG
MOH PAKAT RAMAI2 MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA ATLET FKASA
Blog Archive
-
▼
2009
(96)
-
▼
August
(16)
- PESANAN IMAM AL-GHAZALI...Menurut Imam al-Ghazali,...
- Malaysia 52 Tahun Merdeka Dalam konteks kemerdekaa...
- PERHATIAN kepada semua pelajar yang telah tertingg...
- Ramadhan Kembali Lagi, Jom Bersama Kita Kumpul Ama...
- MASALAH BERTEMU PASEMUA PELAJAR ADALAH DINASIHATKA...
- PENCARIAN AJK FAMILY DAY 2009Merujuk perkara di at...
- RAMADHAN PENGHULU SEGALA BULANAlhamdulillah sekali...
- SETINGGI PENGHARGAAN BUAT TETAMU MAJLIS MAKAN MALA...
- SEMINAR OSHA (GREEN CARD) MERUJUK PERKARA DIATAS, ...
- PENCARIAN AJK BAGI PROGRAM BENGKEL TRANSFORMASI PE...
- PENCARIAN AJK BAGI PROGRAM SELANGKAH MENARA GADING...
- PENCARIAN WAKIL/KETUA SEKSYEN UNTUK TABUNG KEBAJIK...
- PENCARIAN FASILITATOR KLINIK AKADEMIKKEPADA PARA P...
- PENCARIAN AJK LAWATAN KE LLM MERUJUK PERKARA DIATA...
- to all ump's civil engineering students..i urged t...
-
▼
August
(16)
Traffic Feed
30 August 2009
Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:
Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.
Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.
Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang haram dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud: "Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram." (al-Maidah:42)
Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal, tetapi berbuka dengan makanan haram.
Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.
Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.
Namun begitu ini tidak bermakna kita memperoleh kemerdekaan dengan mudah. Sejak negara ini dijajah pada 24 Ogos 1511 dengan runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis, telah berlaku banyak peperangan dan pertempuran terhadap penjajah bagi menyatakan kebencian penduduk negara ini terhadap penjajah. Terdapat beberapa golongan yang cerdik pandai yang berjuang dengan menggunakan mata pena untuk menanamkan semangat perjuangan. Antara mereka ialah golongan berpendidikan agama yang mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris dan golongan ketiga ialah golongan sekular berpendidikan Melayu.
Selepas pendudukan Jepun, orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup kencang di Indonesia yang sedikit sebanyak mempengaruhi penduduk di sini. Namun begitu Tanah Melayu sekali lagi dijajah oleh British, dan malangnya penjajah melihat kemerdekaan bukanlah perkara utama bagi mereka malah mengumumkan cadangan penubuhan Malayan Union .
Pada tahun 1955, Tunku sekali lagi pergi ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya dan tarikh 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Laungan "merdeka" yang bergema di Stadium Merdeka turut sama dilaung dan dikongsi bersama di seluruh negara. Sejak itu, tanah air ini telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan kemakmuran yang membanggakan selama 52 tahun untuk dikongsi bersama setiap warganya tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.
Anda semua WAJIB menyediakan satu Pelan Pembelajaran Baru (New Study Plan). Ini perlu dilakukan untuk mengelakkan anda tertinggal matapelajaran sebelum graduat, juga memastikan anda telah merancang dengan baik bagaimana hendak menghabiskan semua kursus dan berapa lama jangkamasa untuk tamat pengajian. Sebagai contoh, ramai pelajar yang gagal kursus Soil Mechanics, Fluid Mechanics dan Theory of Structures. Dengan melengkapkan rancangan pembelajaran baru ini anda lebih peka terhadap rancangan pembelajaraan anda sendiri dari awal hingga akhir dan sekaligus dapat membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan termasuk masalah lebihan kredit melampau yang hendak dimuatkan di semester akhir serta kekurangan kredit yang boleh mengakibatkan masalah kewangan kelak. Banyak lagi faedahnya untuk pelajar dan juga bagi Penasihat Akademik untuk membimbing anda. Perlu di ingatkan bahawa PELAJAR BERTANGGUNGJAWAP SEPENUHNYA terhadap tyle="TEXT-ALIGN: justify; MARGIN: 0in 0in 0pt" class=MsoNormal>Omar Jamaludin
'
Unit Penasihatan Akademik
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, UMP
25 August 2009
MASALAH BERTEMU PA
SEMUA PELAJAR ADALAH DINASIHATKAN UNTUK MENGISI BORANG PERJUMPAAN DENGAN PENASIHAT AKADEMIK (2 SALINAN) SEBELUM BERJUMPA DENGAN PA MASING-MASING. SEKIRANYA PA TIADA DI BILIK, SILA TINGGALKAN SATU BORANG DI DALAM BILIK PA MELALUI PINTU BILIK. PA AKAN BERHUBUNG DENGAN ANDA SEBAIK SAHAJA MENERIMA BORANG TERSEBUT. PASTIKAN BORANG LENGKAP DI ISI TERUTAMANYA NO HAND PHONE AGAR MUDAH UNTUK PA HUBUNGI ANDA.
SELAIN UNTUK REKOD PELAJAR, BORANG ITU JUGA DAPAT DIGUNAKAN SEBAGAI BUKTI YANG ANDA TELAH BERUSAHA DATANG BERJUMPA PA. HARAP PELAJAR TIDAK LAGI MENGGUNAKAN ALASAN NAK JUMPA PA TAPI PA TIADA DI BILIK KERANA JIKA TIADA BORANG YANG DI ISI DAN DI TINGGALKAN OLEH PELAJAR DI BILIK PA SEWAKTU KETIADAAN PA DI BILIK, BERMAKNA PELAJAR MEMANG TAK PERNAH DATANG BERTEMU PA.
HARAP MAKLUM DAN SILA AMBIL PERHATIAN TERHADAP PERKARA INI.
OMAR BIN JAMALUDIN
PENYELARAS
UNIT PENASIHATAN AKADEMIK
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN SUMBER ALAM, UMP
PENCARIAN AJK FAMILY DAY 2009
Merujuk perkara di atas, Persatuan Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (PERKASA) akan menganjurkan satu lagi aktiviti dan program yang diberi nama 'FAMILY DAY 09'.
Sebagai langkah permulaan, kami ingin mencari ahli Perkasa yang sudi menjadi ahli jawatankuasa program (AJK) bagi melancarkan lagi program ini. Pencarian ini terbuka kepada semua ahli Perkasa tanpa menghadkan tahun dan umur.
Walau bagaimanapun, senarai calon yang diterima akan disenarai pendek melalui satu sesi temuduga yang akan diberitahu kelak. Sekiranya, anda berminat untuk menyertai program ini bolehlah membalas memo atau menghubungi saya seperti di bawah.
Sekiranya berminat, penuhilah butiran-butiran di bawah :-
NAMA :
NO ID :
NO TEL :
JAWATAN YANG DIPOHON :
Senarai jawatan:-
1) Logistik & Pengangkutan
2) Publisiti & Promosi
3) Cenderahati
4) Tugas-tugas Khas
5) Makanan
6) Aktiviti & Protokol
7) Bendahari
8) Setiausaha
Sekiranya terdapat kemusykilan, ringan-ringankanlah tangan anda untuk menghubungi saya.
Saya yang menjalankan tugas,
NORAZILA BINTI KAMARULZAMAN
No tel : 019-7411414
Oovoo : spongegirl
Emel : spongegirl_zila88@yahoo.com
23 August 2009
Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberikan kesempatan untuk berpuasa sekali lagi dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan 'penghulu segala bulan'. Dalam bulan inilah semua orang Islam diwajibkan berpuasa, suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah swt.
Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.
Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka. "Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.
Rejab, Sya'ban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad. Ini bermakna bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini adalah bulan paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad. Oleh sebab itu gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja (belum berpuasa lagi) Allah mengharamkan kita dari api neraka. Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut kedatangan tahun baru sehingga bersengkang mata menunggu beramai-ramai ketibaan 1 Januari - 12.00 tengahmalam dengan sukaria tetapi dengan Ramadhan tidak pula disambut begitu rupa. Neraca apakah penilaian yang kita gunakan?
Sepanjang Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatal atau mencederakan puasa. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan pada bulan-bulan lain dan dalam ibadat-ibadat lain.
Begitu hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehinggakan Malaikat Jibril menerangkan kepada Baginda saw bahawa orang yang tidak memperolehi pengampunan dalam bulan ini adalah orang yang betul-betul celaka dan malang. Mudah-mudahan kita semua tidak termasuk di dalam golongan yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan Ramadhan ini.
Jibril mengatakan demikian lantaran amat mudah sekali mendapatkan keampunan Allah dalam bulan ini. Hal ini tidak berlaku dalam bulan-bulan lain. Mereka yang terlalu engkar dan melawan Allah sahaja yang terkecuali dari mendapat keampunan. Pintu kerahmatan ditutup baginya.
Sama-samalah kita memohon keampunan ke hadrat Allah swt sempena Ramadhan tahun 1430H ini semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Amin. Kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan tahun 1431H. Oleh itu, beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan segala ketaatan seperti membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya di samping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
Ya Allah, terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini. Kami sedar sabda rasulmu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan, Engkau haramkan dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka. Amin.
21 August 2009
19 August 2009
Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Makan Malam PERKASA yang telah diadakan pada 16 Ogos yang lepas di Bukit Gambang Resort City.
Alhamdulillah,majlis ini telah selamat diadakan dengan penyertaan hampir 200 orang keseluruhannya.Terima kasih kerana memberi kerjasama dalam menyokong majlis ini walaupun pada awalnya terdapat pelbagai halangan yang terpaksa ditempuh dalam usaha untuk merancang majlis ini.
Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir kerana telah berjaya merealisasikan majlis makan dengan mentransformasikan diri anda sendiri kepada sesuatu kelainan yang memang di luar jangkaan kami semua. Kami berharap para hadirin yang hadir berasa puas hati dengan layanan yang telah diberikan.
Mohon maaf jika terdapat salah dan silap ataupun sebarang kekurangan dalam majlis itu. Akhir kata,diharap pada masa akan datang,anda akan memberi sokongan untuk menyertai majlis makan malam yang hanya akan diadakan setahun sekali.
Sekian,terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
MEOR AIROL SHAFIQ BIN MEOR SHAMSUDDIN
NUR SHAHIRA DIANA BT SALEHUDDIN
Ajk publisiti.
14 August 2009
MERUJUK PERKARA DIATAS, SEMINAR OSHA ATAU GREEN CARD AKAN DIJALANKAN PADA BULAN SEPTEMBER 2009. TARIKH SEBENAR MASIH BELUM MENDAPAT KEPASTIAN DARI PIHAK CIDB.
SEMINAR INI AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU DAN AHAD. SEMUA MAHASISWA/I YANG MENGAMBIL SUBJEK OSHA DIWAJIBKAN HADIR.
SEMINAR INI DIJALANKAN MENGIKUT PEMBAHAGIAN KUMPULAN. PADA HARI SABTU 2 KUMPULAN AKAN MENJALANI SEMINAR MANAKALA 2 KUMPULAN LAGI PADA HARI AHAD.
SENARAI NAMA DAN KUMPULAN BESERTA HARI SEMINAR AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN.
SEBARANG PERMASALAHAN BOLEH MERUJUK KEPADA SAYA DAN EN. MUZAMIR.
SEKIAN, HARAP MAKLUM.
YANG MENJALANKAN TUGAS,
MOHD FAUZI BIN ABD GANI
PENGERUSI, PER. MAHASISWA KEJ. AWAM & SUMBER ALAM (PERKASA) 2008/2009
e-mail : fauzi_perkasa@yahoo.com
no bilik : C11/202
PIHAK PERKASA AKAN MENGADAKAN PROGRAM BENGKEL TRANSFORMASI PERKASA YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA BULAN OKTOBER NANTI. OLEH YANG DEMIKIAN kINGIN MENCARI SESIAPA YANG BERMINAT DAN BERKALIBER UNTUK MENJADI AJK BAGI PROGRAM TERSEBUT.SIJIL AKAN DIBERIKAN KEPADA SETIAP AJK PROGRAM INI.
KEKOSONGAN JAWATAN YANG PERLU DIPENUHI ADALAH SEPERTI BERIKUT:
AJK AKTIVITI (2 ORANG)
AJK MAKANAN ( 1 ORANG)
AJK LOGISTIK/PERALATAN (2 ORANG)
AJK TAJAAN (1 ORANG)
AJK PUBLISITI (2 ORANG)
AJK TUGAS-TUGAS KHAS (2 ORANG)
SESIAPA YANG BERMINAT,SILA ISI BUTIR-BUTIR SEPERTI DIBAWAH DENGAN MEMBALAS MEMO INI ATAUPUN MESEJ DI TALIAN 017-7925990 ATAU 014-5298114 SEBELUM 18/8/09
NAMA :
ID:
IC:
NO.TEL:
JAWATAN YANG DIPILIH:
SEKIAN,HARAP MAKLUM
"MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"
YANG MENJALANKAN TUGAS,
MOHD SABREE FADZLEE BIN JAFFRI
TIMBALAN PENGARAH
PROGRAM BENGKEL TRANSFORMASI PERKASA 2009
NO.TEL : 017-7925990 / 014-5298114
ooVoo : sabree89
EMAIL : sab007_peace@yahoo.com
12 August 2009
PIHAK PERKASA AKAN MENGADAKAN PROGRAM SELANGKAH MENARA GADING YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA BULAN OKTOBER NANTI. OLEH YANG DEMIKIAN PIHAK PERKASA INGIN MENCARI SESIAPA YANG BERMINAT DAN BERKALIBER UNTUK MENJADI AJK BAGI PROGRAM TERSEBUT. SIJIL AKAN DIBERIKAN KEPADA SETIAP AJK PROGRAM INI.
KEKOSONGAN JAWATAN YANG PERLU DIPENUHI ADALAH SEPERTI BERIKUT:
SETIAUSAHA (1 ORANG)
BENDAHARI (1 ORANG)
AJK AKTIVITI (2 ORANG)
AJK LOGISTIK/PERALATAN (2 ORANG)
AJK TAJAAN (2 ORANG)
AJK PUBLISITI (2 ORANG)
AJK TUGAS-TUGAS KHAS (2 ORANG)
SESIAPA YANG BERMINAT,SILA ISI BUTIR-BUTIR SEPERTI DIBAWAH DENGAN MEMBALAS MEMO INI ATAUPUN MESEJ DI TALIAN 019-7585006 SEBELUM 16/8/09
NAMA :
ID:
IC:
NO.TEL:
JAWATAN YANG DIPILIH:
SEKIAN,HARAP MAKLUM
"MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"
YANG MENJALANKAN TUGAS,
SYAFIQAH BINTI MOHAMED SALLEH
TIMBALAN PENGARAH
PROGRAM SELANGKAH MENARA GADING 2009
NO.TEL : 0197585006
ooVoo : ieqa_civil
EMAIL : ieqa_perkasa@yahoo.com
SILA BERIKAN NAMA DAN NO ID ANDA DENGAN MEMBALAS MEMO INI ATAUPUN MESEJ PADA NO INI - 0197585006 SELEWAT-LEWATNYA PADA 12hb OGOS 2009 (6.00 PTG).
KUTIPAN AKAN DIJALANKAN OLEH SETIAP KETUA/WAKIL SEKSYEN YANG TELAH DILANTIK SEMINGGU SEKALI DAN AKAN DIKUMPULKAN OLEH MT PERKASA YANG TERLIBAT DALAM TUGAS TERSEBUT.SUMBANGAN ADALAH MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING.
AYUH!! BERSAMA KITA MEMBANTU RAKAN-RAKAN KITA YANG DALAM KESUSAHAN.
BAK KATA PEPATAH, TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG DI BAWAH.
MOHON KERJASAMA ANDA SEMUA BAGI MELICINKAN URUSAN DARI PIHAK KAMI.
SEKIAN, HARAP MAKLUM
"MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"
YANG MENJALANKAN TUGAS,
SYAFIQAH BINTI MOHAMED SALLEH
EXCO KEBAJIKAN & KEROHANIAN
PER.KEJURUTERAAN AWAM & SUMBER ALAM 2008/2009
No.Tel : 019-7585006
ooVoo : ieqa_civil
EMAIL : ieqa_perkasa@yahoo.com
NO.BILIK : C13 GF 01
11 August 2009
i. teory of structure
ii. soil mechanics
iii. fluid mechanics
KAMI AKAN MENYEDIAKAN SIJIL PENGHARGAAN DAN ELAUN KEPADA SETIAP FASILITATOR.
SILA MEMBERIKAN NAMA, ID, DAN GRED SUBJEK TERSEBUT ANDA DENGAN MEMBALAS MEMO INI ATAUPUN SMS KEPADA NO. INI - 013-9759863.
YANG MENJALANKAN TUGAS,
KHAW YONG HUI
PENGARAH PROGRAM KLINIK AKADEMIK
PERKASA SESI 08/09
04 August 2009
MERUJUK PERKARA DIATAS, SAYA MENCARI AJK UNTUK PROGRAM KE LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA.ANTARA JAWATAN YANG KOSONG IALAH
A)AJK PENGAKUTAN
B)AJK LOGISTIK
C)AJK PUBLISITI
D)AJK PENGAKUTAN DAN MAKANAN
SEHUBUNGAN DENGAN ITU,SESIAPA BERMMNAT BOLEHLAH MEMBALAS MEMO INI.DENGAN DISERTAKAN :
-NAMA
-NO.ID
-NO.IC
-JAWATAN YANG DIPILIH
"MEMPERKASA KECERMELANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"
YANG MENJALANKAN TUGAS,
WAN MOHD FAKRI BIN WAN RAHIM
PENGARAH PROGRAM,
SEKTERIAT PER. KEJ. AWAM & SUMBER ALAM (PERKASA) 2008/2009
014-8178602
Skype : fakri-ke
e-mail : wanmohdfakriwanrahim@yahoo.com
no bilik: kk2,blok o-45