Tempat: SM Teknik Seberang Perai, Seberang Perai, Pulau Pinang
Pegawai Pengiring: En. Azahar bin Mohd Yassin (Penolong Jurutera Pengajar)
Peserta: 40 orang pelajar
Objektif Program:
1) Menarik minat pelajar-pelajar di alam persekolahan agar mempunyai azam dan cita-cita yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
2) Mendedahkan suasana serta sistem yang harus ditempuhi pelajar sepanjang bergelar mahasiswa.
3) Mempromosikan Universiti Malaysia Pahang umumnya dan juga Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam(FKASA) khususnya
25 OKTOBER 2009 (JUMAAT)
Para peserta bertolak tepat jam 12.20 tengah hari dan pada jam 9.30 malam tiba di Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai. Peserta telah disambut oleh guru-guru kaunselor dan para pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat. Aktiviti dimulakan dengan ucapan dari guru kaunselor sekolah iaitu Cikgu Mansor Abd Wahab dan diteruskan dengan sesi taklimat daripada pengarah program. Slot pertama dimulakan dengan sesi perkenalan setiap fasilitator dan ahli jawatankuasa perlaksana program. Kemudian, pembahagian kumpulan telah diadakan dimana terdapat sebanyak 14 kumpulan dan setiapnya dikendalikan oleh dua orang fasilitator. Pada jam 11 malam, peserta dibenarkan pulang ke asrama dan bersedia untuk aktiviti pada hari keesokannya.
Para peserta program di dalam perjalanan ke Seberang Perai, Pulau Pinang
Para pelajar lelaki tingkatan 4 SMTSPPP sedang mendengar taklimat program
Pembahagian kumpulan dibuat
Para peserta & fasilitator beramah mesra di dalam kumpulan
Pemandangan masjid & asrama SMTSPPP
26 OKTOBER 2009 (SABTU)
Aktiviti dimulakan dengan slot senaman pagi seawal jam 6.30 pagi. Kemudian peserta dilepaskan pada jam 7.00 pagi untuk sarapan pagi dan persiapan diri. Pada jam 8.30 pagi, slot LDK2 dimulakan dengan tayangan video korporat UMP dan taklimat oleh pegawai pengiring program. Ia diteruskan dengan sesi soal jawab yang dikendalikan oleh saudara Danial yang juga merupakan bekas pelajar sekolah tersebut. Pada jam 10 pagi, program diteruskan dengan slot LDK 3 iaitu Slot Break The Ice & Eksperesi Dirimu. Dalam slot ini, setiap kumpulan diminta untuk mencipta nama, logo dan sorakkan kumpulan masing-masing dan membentangkan hasil kreativiti mereka. Para peserta kemudian dilepaskan pada jam 12.30 tengah hari untuk makan tengah hari, solat dan persiapan diri. Pada jam 2.00 petang, program diteruskan dengan Slot LDK 4 iaitu “Kejuruteraan, Teknologi dan Kreativiti” iaitu setiap kumpulan dikehendaki membina model menara impian mereka menggunakan alatan dan bahan yang diberi seperti straw, kertas, pisau dan selotep. Setiap model dinilai melalui nilai estetika, kegunaan dan kestabilan model tersebut. Kestabilan diuji dengan menggunakan daya dari bola kertas dan angin yang dikenakan keatasnya. Pada jam 4.30 petang, peserta dilepaskan untuk persiapan diri dan latihan untuk malam kebudayaan yang akan diadakan pada sebelah malam. Pada jam 8.00 malam, slot LDK5 diadakan iaitu “Matlamat dan Kejayaanku”. Dalam slot ini, setiap peserta dengan dibantu fasilitator dikehendaki untuk mengisi soalan-soalan yang terdapat dalam kertas yang diberikan. Melalui jawapan yang diberikan, mereka dapat mengetahui minat dan potensi diri mereka. Setelah selesai, program diteruskan dengan Malam Kebudayaan. Para peserta telah memberikan persembahan yang membanggakan dan kreatif berdasarkan tema yang diberikan. Para fasilitator turut tidak ketinggalan untuk membuat persembahan sebagai tanda penghargaan kepada para peserta. Program bersurai pada jam 12. 30 malam.
Senaman pagi di ketuai beberapa wakil fasilitator
Para peserta berkumpul di Student Mall SMTSPP
Salah satu kumpulan membentangkan logo, motto & sorakkan mereka
Para peserta membina model binaan menggunakan straw
Wakil salah satu kumpulan membentangkan hasil model binaan mereka
Juri sedang mengadili model para peserta
Antara model bangunan yang di bina oleh para peserta SMTSPPP
Salah satu persembahan peserta untuk Malam Kebudayaan
27 OKTOBER 2009 (AHAD)
Seawal jam 6.30 pagi, para peserta telah berkumpul untuk slot senaman pagi. Para peserta kemudian dilepaskan untuk sarapan pagi. Pada jam jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi telah diadakan perlawanan persahabatan diantara UMP dan Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai dimana telah terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori perempuan dan kategori lelaki. Kategori perempuan dengan permainan bola keranjang manakala kategori lelaki dengan permainan futsal. Bagi kategori perempuan telah dimenangi oleh pasukan dari Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai manakala bagi kategori lelaki pula dimenangi oleh pasukan dari UMP. Para peserta kemudian bersurai untuk persiapan diri dan persiapan majlis penutup. Majlis penutupan diadakan pada jam 11 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan dari pengarah program, pegawai pengiring dan Pengetua sekolah. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderamata serta tayangan sepanjang program diadakan. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan oleh peserta program sebagai tanda penghargaan kepada rombongan dari Universiti Malaysia Pahang. Rombongan dari UMP berangkat meninggalkan Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai pada jam 12.30 tengah hari setelah selesai sesi fotografi dan makan tengah hari.
Senaman pagi
Perlawanan persahabatan perempuan - bola keranjang
Perlawanan persahabatan lelaki - Futsal
Majlis Penutup Program Selangkah ke Menara Gading
Antara cenderahati dari UMP & pihak SMTSPPP
Pengetua SMTSPPP memberikan ucapan penutupan
Penyerahan cenderahati UMP kepada pihak sekolah
Penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya mendapat markah tinggi di dalam setiap aktiviti
Persembahan istimewa pelajar SMTSPPP kepada mahasiswa PERKASA UMP
Barisan fasilitator Program Selangkah ke Menara Gading
SEKALUNG UCAPAN:
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan bagi mengeratkan hubungan antara ahli kelab bagi menjadikan semua ahli bagaikan satu keluarga. Selain itu diharap melalui terlaksananya program ”SELANGKAH KE MENARA GADING 2009” ini mampu memberikan impak yang konkrit kepada peserta program agar dapat memahat cita-cita untuk bergelar mahasiswa sehingga menggenggam segulung ijazah.
0 comments:
Post a Comment