Have an account?

23 July 2010

LAPORAN AKTIVITI LAWATAN INDUSTRI KE KAMPUS PEKAN

MASA

AKTIVITI

0645

Berkumpul di perhentian bas UMP

0700

Bertolak ke Kampus Tetap Kuala Pahang, Pekan

0730 - 0800

Berhenti untuk sarapan pagi

0900

Dijangka tiba di Pekan

0915

Penerangan dari pihak pengurusan tapak projek

1000

Lawatan ke tapak projek Kampus Tetap

0100

Majlis Penutup

0130

Bertolak pulang ke UMP

- Kami dijemput oleh pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta (JPPH) dan dibawa menuju ke salah satu tapak pembangunan yang akan dilawati oleh kami pada hari tersebut, iaitu tapak pembangunan perpustakaan kampus UMP Pekan.

- Setelah sampai didalam tapak pembinaan, kami dijemput oleh pihak kontraktor ke dalam bilik konferens dan diberi penerangan serba sedikit tentang aktiviti di tapak.

-Selesai penerangan, kami dibawa melawat kawasan pembinaan seperti auditorium perpustakaan, bilik atas tasik, dan sebagainya.

-Setelah selesai bersarapan, kami bertolak menuju ke tapak pembinaan Kolej Kediaman 5 (KK5).

-Kami dijemput oleh pihak kontraktor yang bertugas di tapak pembinaan perpustakaan.

-Seperti biasa, kami diberitahu tentang peraturan didalam kawasan tapak dan ditunjukkan lukisan pelan-pelan pembinaan.

-Selesai penerangan, kami dibawa menuju ke kawasan pembinaan dan ke tingkat atas bangunan yang sedang dibina.

-Hal ini merupakan pekara yang baru untuk kami semua.

Kami belajar banyak pekara baru dalam lawatan ke kampus pekan kali ini. Kami didedahkan kepada teknologi-teknologi baru yang digunakan dalam pembinaan KK5 dan juga pekara-pekara yang hanya pernah kami baca didalam buku.

Ribuan terima kasih ditujukan kepada pihak kontraktor yang melayan kami dengan penuh mesra dan menjaga kami dengan sepenuh hati waktu kami berada di dalam tapak pembinaan kampus.





19 July 2010

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA PELAJAR TAHUN 1 2010/2011

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Pada 18 Julai 2010,PERKASA ( Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam & Sumber Alam) telah mengadakan Program Ramah Mesra Bersama Pelajar Baru Tahun 1 2010/2011.Program ini diadakan adalah untuk Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i baru tentang kehidupan di universiti dan cabaran yang akan mereka hadapi dalam jurusan kejuruteraan awam.Mengeratkan hubungan antara peneraju utama PERKASA dengan pelajar-pelajar baru yang mengambil jurusan kejuruteraan awam.Menerapkan kemahiran berinteraksi antara PERKASA dengan pelajar baru secara langsung tentang apa itu PERKASA, menerangkan tentang aktiviti-aktiviti yang telah di jalankan dan yang akan di jalankan.Selain itu,dapat memberi pengatahuan kepada mereka.

Antara aktiviti waktu pagi yang kami jalankan adalah senamrobik,poco-poco dan sukaneka. Kemudian pada waktu malam pula aktiviti suai kenal antara pelajar baru dengan Majlis Tertinggi , Exco PERKASA.antara intipati dalam program ini adalah mengajar pelajar baru cara menggunakan aplikasi STD,Blog PERKASA dan penggunaan i-Portal.

Terima kasih diatas kehadiran anda semua ke majlis ramah mesra ini..kami dari PERKASA sangat terhibur dengan anda semua..anda memang ‘sporting la’...Semoga anda semua dapat mengikuti aktiviti2 yang akan kami anjurkan nanti.. mari lah kita bersama “ MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA”






P/S = klo nak tgok gambar lagi.tgok kat gallery ek...


Pada 17 Julai 2010 Persatuan Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (PERKASA) telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup PERKASA. Kejohanan bowling tersebut telah diadakan di Berjaya Megamall Bowling Center, Kuantan. Lapan pasukan seramai 40 orang telah menyertai kali ini bersama 16 oang ahli jawatankuasa (AJK) badan pelajar PERKASA. Semua yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut telah berkumpul di perhentian bas UMP pada pukul 8.30 pagi bagi sesi pendaftaran serta pembahagian sarapan pagi. Tepat jam 9.15 pagi, peserta-peserta kejohanan bertolak dari UMP ke lokasi pertandingan dengan didahului bacaan doa oleh salah seorang peserta kejohanan. Kira-kira 1 jam kemudian peserta-peserta kejohanan tiba di Berjaya Megamall dan terus ke Megamall Bowling Center. Setibanya di sana, AJK yang bertugas membahagikan pasukan dan kasut mengikut lane yang telah ditetapkan. Pada jam 11.00 pagi pertandingan dimulakan dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Pertandingan ini diakhiri dengan aturcara penyampaian hadiah kepada pemenang. Program kemudiaannya diteruskan dengan sesi bergambar di antara pemenang dan AJK yang terlibat. Masa yang terluang tidak disiakan dengan membuat post mortem berdekatan dengan pusat boling tersebut. Akibat daripada masalah yang tidak dapat dielakkan, bas yang dijadualkan mengambil semua peserta pada pukul 2.00 petang tiba kira-kira 4.15 petang di Berjaya Megamall. Berdasarkan maklum balas yang diterima, semua peserta begitu teruja dan mengharapkan kejohanan ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.

14 July 2010


UMP-SINGAPORE ACADEMIC VISIT 2010

Pada 10,11, & 12 may lalu, PERKASA bersama IMPROSH telah mengadakan lawatan akademik ke singapore. lawatan ini merupakan lawatan akademik yang pertama untuk sesi 2010/2011 perkasa. antara objektif porgrm ini adalah :
• Memperkenalkan dan mempertingkatkan imej UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG dalam menghasilkan mahasiswa/i yang berkaliber dan bertaraf antarabangsa.
• Mengeratkan jalinan dua hala antara UMP (IMPROSH & PERKASA) dengan NUS di bawah School of Bulding dan Department of Civil Engineering dari segi pengkongsian pendapat dan informasi dengan lebih berkesan di antara pelajar berlatarkan pengurusan projek dan kejuruteraan dari kedua-dua universiti.
• Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang tahap pengurusan yang berkesan dan cekap khususnya sistem pengangkutan awam di Singapura.
• Membuat “Benchmarking” di antara ( IMPROSH & PERKASA ) dengan NUS DAN SPMI yang mana merupakan Pejabat Antarabangsa Utama bagi PMI di rantau Asia Pasifik.
• Memberi gambaran sebenar yang lebih luas kepada mahasiswa/mahasiswi mengenai kerjaya yang bakal diceburi selepas tamat pengajian.
• Mempertingkatkan pengalaman serta kefahaman mahasiswa/mahasiswa sebagai persediaan awal menghadapi Latihan Industri kelak.

antara tempat- tempat yang kami lawati ialah :
- site visit ke iskandar waterfront
- lawatan akademik dan pengurusan ke pelabuhan tanjung pelepas
- marina barrage
- changi airport
- newater visitors center
- national university of singapore (NUS)

13 July 2010


PENCARIAN FASILITATOR UNTUK PROGRAM WING TO THE future
Selamat kembali diucapkan kepada semua ahli PERKASA UMP.PERKASA kini sedang mencari fasilitator bagi program WING TO THE FUTURE,iaitu satu program berbentuk motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. Maklumat program adalah seperti berikut:
TARIKH : 23-25 JULAI 2010
TEMPAT : SMT SEBERANG PRAI,
PULAU PINANG
Sehubungan dengan itu, sesiapa yang berminat, sila reply memo atau oovoo dengan segera. Sila sertakan bersama maklumat berikut :
NAMA :
NO ID :
NO TELEFON :
TAHUN :

Satu sesi temuduga akan dijalankan dan senarai nama yang terpilih akan dimemokan kemudian. Butiran temuduga adalah seperti berikut :

TEMPAT : Perkarangan blok W
MASA : 8.30pm
TARIKH : 14 Julai 2010 (rabu)

Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi :
Siti Nuraffizza : 013-7066542 (oovoo : affizza)
Insyirah : 017-9223183 (oovoo : inn_syira)