LAPORAN AKTIVITI LAWATAN INDUSTRI KE KAMPUS PEKAN
MASA | AKTIVITI |
0645 | Berkumpul di perhentian bas UMP |
0700 | Bertolak ke Kampus Tetap Kuala Pahang, Pekan |
0730 - 0800 | Berhenti untuk sarapan pagi |
0900 | Dijangka tiba di Pekan |
0915 | Penerangan dari pihak pengurusan tapak projek |
1000 | Lawatan ke tapak projek Kampus Tetap |
0100 | Majlis Penutup |
0130 | Bertolak pulang ke UMP |
- Kami dijemput oleh pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta (JPPH) dan dibawa menuju ke salah satu tapak pembangunan yang akan dilawati oleh kami pada hari tersebut, iaitu tapak pembangunan perpustakaan kampus UMP Pekan.
- Setelah sampai didalam tapak pembinaan, kami dijemput oleh pihak kontraktor ke dalam bilik konferens dan diberi penerangan serba sedikit tentang aktiviti di tapak.
-Selesai penerangan, kami dibawa melawat kawasan pembinaan seperti auditorium perpustakaan, bilik atas tasik, dan sebagainya.
-Setelah selesai bersarapan, kami bertolak menuju ke tapak pembinaan Kolej Kediaman 5 (KK5).
-Kami dijemput oleh pihak kontraktor yang bertugas di tapak pembinaan perpustakaan.
-Seperti biasa, kami diberitahu tentang peraturan didalam kawasan tapak dan ditunjukkan lukisan pelan-pelan pembinaan.
-Selesai penerangan, kami dibawa menuju ke kawasan pembinaan dan ke tingkat atas bangunan yang sedang dibina.
-Hal ini merupakan pekara yang baru untuk kami semua.
Kami belajar banyak pekara baru dalam lawatan ke kampus pekan kali ini. Kami didedahkan kepada teknologi-teknologi baru yang digunakan dalam pembinaan KK5 dan juga pekara-pekara yang hanya pernah kami baca didalam buku.
Ribuan terima kasih ditujukan kepada pihak kontraktor yang melayan kami dengan penuh mesra dan menjaga kami dengan sepenuh hati waktu kami berada di dalam tapak pembinaan kampus.
0 comments:
Post a Comment