Have an account?

26 October 2010

TAHNIAH !!!
KEPUTUSAN KESELURUHAN SuKFAC_UMP 2010




FKASA TELAH MENGHANTAR WAKIL BAGI:

BOWLING (L)
BADMINTON (L)
BADMINTON (P)

BOLA TAMPAR (L)
BOLA TAMPAR (P)
BOLA SEPAK

PING PONG (L)
CATUR (L)




BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN KESULURUHAN:

BOLA SEPAK - JOHAN
BOLA TAMPAR (L) - JOHAN
BOLA TAMPAR (P) - TEMPAT KETIGA
BADMINTON (L) - NAIB JOHAN
BADMINTON (P) - NAIB JOHAN
BOWLING (L) - NAIB JOHAN
PING PONG (L) - TEMPAT KEEMPAT


KEDUDUKAN KESELURUHAN
- FKASA TEMPAT KE-3
-


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA FKASA YANG TERLIBAT


17 October 2010



Assalamualaikum..

Di sebalik kesibukan SUKFAC ..kita kini semakin diburu dengan assignment dan test 2 yang bakal menjelang..juga dihujani dengan assignment dan projek yang tidak kurang juga sangat membutuhkan masa kita.student 1st year sibuk dengan assignment construction, 2nd year bz ngan projek TOS..3rd year sibuk ngn projek RC.
apatah lagi tahun 4..
dengan PSM nya lagi..hmm.. tapi,itu semua lumrah sebagai student..
study smart:))
jgn lupa berdoa pada yang maha Esa..


fighting2!!
final exam is just around the corner..!~

04 October 2010

FKASA MEMPEROLEHI KEMENANGAN PERTAMA

TAHNIAH kepada barisan atlet FKASA dalam acara badminton L&P dan bowling L kerana telah
mengharumkan nama FKASA dengan memperolehi tempat ke 2 pada setiap acra ...
TAHNIAH SEKALI LAGI...

KEPADA SEMUA WARGA FKASA MOH PAKAT RAMAI2 TURUN MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA ATLET KITA YANG LAIN...
SUKAN ANTARA FAKULTI ( SUCFAC )

FKASA telah menghantar atlet untuk mewakili fakulti untuk kejohanan SUCFAC yang berlangsung pada 2/10-31/10 pusat sukan ump..
sehubungan dengan itu FKASA telah menghantar wakil melalaui pemilihan semasa intrafakulti dan melalui pembalasan melalui memo..
antara sukan yang disetai adalah.. badmintaon L&P, bowling L,bola sepak, bola tampar L&P, bola baling L&P,pingpong L.

19 August 2010

INFO PERKASA...

Pihak PERKASA ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ahli PERKASA. Berikut adalah sedikit info tentang adab berpuasa dan solat terawikh. Diharap dapat membantu mahasiswa/i PERKASA dalam menempuh bulan Ramadhan ini.

ADAB BERPUASA DAN SOLAT TERAWIKH.

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

"MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"

12 August 2010

FUTSAL TOURNAMENT PERKASA 2010
- PENYERTAAN DIBUKA SEKARANG -




15 OKTOBER 2010 (8.00PM)

GELANGGANG FUTSAL UMP (BELAKANG KOMPLEKS SUKAN)

8 ORANG/TEAM (MAHASISWA/I DIGALAKKAN BERKUMPULAN DENGAN PENSYARAH/STAF FKASA)

2 KATEGORI : LELAKI & PEREMPUAN

RM20.00/TEAM

TEMPAT PERTAMA : RM300.00
TEMPAT KEDUA : RM 200.00
TEMPAT KETIGA : RM 100.00



* SILA BALAS MEMO DALAM STD UNTUK PENYERTAAN SEBELUM 19 OGOS 2010

* 'FIRST COME FIRST SERVE' KELEWATAN PENDAFTARAN TIDAK AKAN DITERIMA

* SEBARANG MASALAH SILA HUBUNGI MC'WA ::: 0135032953

08 August 2010


INFO PERKASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pihak PERKASA mengucapkan tahniah kepada kumpulan debat PERKASA yang terdiri daripada Muhammad Iqram Bin Zulkifli(AE08017),Mohamad Amirul Hafiz(AA10037),Mohamad Helmi Othman(AE08032) dan W.Mohd Fakhri B. Wan Rahim(AB08126) kerana telah menyertai pertandingan debat Piala Naib Canselor dan telah memenangi Piala Debat Naib Canselor pada baru- baru ini.

26 July 2010

PEMBETULAN : RESULTS PERKASA BOWLING TOURNAMENT 2010

Kejohanan Bowling Tertutup PERKASA 2010 telah berlangsung pada hari Sabtu lepas iaitu 17 Julai 2010 di Kuantan Megalanes, Berjaya Megamall, Kuantan.
Berikut adalah keputusan sebenar.


NO

NAME

LANE

GAME 1

GAME 2

TOTAL

POS

1

ERIEZHUAN

23

149

115

264

1

FAREEZA

23

115

108

223

UMMI IZNI

23

126

129

255

HEMI RAFHANA

23

152

88

240

ZULHUSNI

23

111

122

233

GROUP : PING-PING BOOM

653

562

1215

2

LAILUL

24

97

112

209

2

M AZZUHRY

24

109

91

200

NOOR FADDLY

24

102

158

260

A.IZZUDIN

24

113

75

188

HASHIM

24

95

159

254

GROUP : BANG-BANG BOOM

516

595

1111

3

ADIB

28

122

125

247

3

AZFAR

28

109

155

264

FAZRUL

28

96

133

229

AMIR

28

78

95

173

SABRI

28

95

101

196

GROUP : JAMBU FC

500

609

1109

4

AFIQ

25

97

107

204

4

ARIF

25

160

124

284

AMIRUL

25

97

112

209

SHAHMI

25

91

89

180

RAHMAT

25

108

101

209

GROUP : LIDAH PENDEK

553

533

1086

5

AIZAD

27

82

106

188

5

ANWAR

27

129

142

271

AFIQ

27

77

84

161

SHYAMIR

27

76

69

145

ROSLI

27

143

160

303

GROUP : MAWAR BERDURI

507

561

1068

6

HAKIM

29

120

107

227

6

AISYAH

29

76

110

186

FAZRUL

29

89

72

161

AMIR

29

44

62

106

SABRI

29

133

86

219

GROUP : IMAN

462

437

899

7

FARHAN

26

98

90

188

7

PETER

26

103

93

196

AMIRUL

26

63

65

128

MEOR

26

97

76

173

MUHAIMIN

26

92

114

206

GROUP : KAMI TAK SERIUS

453

438

891

8

INA

30

66

79

145

8

AKMAL

30

64

37

101

AEMY

30

90

85

175

ZAKI

30

101

77

178

ARA

30

70

113

183

GROUP : VENOMOUS CREW

391

391

782


HIGH SCORE : EN. ROSLI - 303


Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang, kepada yang tidak berjaya jangan kecewa, cuba di lain hari. Terima kasih kepada semua peserta dan ahli jawatankuasa pelaksana kejohanan ini diatas sokongan, kerjasama dan komitmen yang anda telah berikan.

Kami memohon maaf bagi pihak Kuantan Megalanes Bowling Centre di atas kesilapan mereka mengeluarkan senarai markah peserta hingga menyebabkan salah faham. Diharap kesilapan seperti ini tidak akan berlaku di masa akan datang.