Have an account?

25 January 2011

MANIFESTO PERKASA SESI 10/11

Kepada warga PERKASA yang berkelapangan pada malam ini, anda dijemput menghadiri manifesto calon-calon yang bertanding untuk menyandang jawatan PERKASA sesi 10/11. Sebagai warga PERKASA yang prihatin, marilah kita sama-sama mendengar manifesto atau hujahan yang diutarakan.

Tempat : DKU 1
Tarikh : 25 Januari 2011
Masa : 8 pm

23 January 2011


Ciri-ciri pemimpin mestilah menepati piawaian kepimpinan yang ditentukan dalam sesuatu kelemahan yang tidak dapat mengimbagi kelayakan-kelayakan yang positif

Sifat-sifat utama yang perlu ada sebagai seorang pemimpin ialah kemahiran mental yang tinggi dan kreatif, minat dan mempunyai kebolehan yang luas untuk menyelesaikan sesuatu perkara, mempunyai kemahiran komunkasi yang tinggi dengan masyarakat, kematangan dalam membuat sesuatu tindakan, kekuatan motivasi, kemahiaran sosial dan keupayaan untuk mentadbir masyakaratnya.

Pemimpin juga mestilah sentiasa mengawasi setiap perkara yang dilakukan oleh orang bawahannya dengan membantu ahli mendapatkan sumber secara am untuk menyempurnakan tugas mereka. Sebagai pemimpin juga mestilah mempunyai kebolehan dalam memimpin, menggerak, mengarah dan berkomunikasi yang baik kepada ahli.

Cepat mengenal pasti kekurangan prestasi kerja dan berusaha membetulkannya serta menunjukkan teladan yang baik dan bertindak dengan pantas serta penuh minat dan berhati-hati semasa memimpin

Pemimpin yang baik juga mestilah membuat penilaian terhadap laporan yang telah disediakan serta menilai sama ada objektif atau tujuan sesuatu program itu tercapai ataupun tidak.

12 January 2011

PILIHANRAYA PERKASA 2010/2011
SUDAH KEMBALI !!


PERKARA : PENCALONAN UNTUK MEMASUKI PILIHARAYA PERKASA 2010/2011


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Merujuk kepada perkara di atas, peneraju PERKASA 2009/2010 akan meletakkan jawatan.
Jadi, kami disini dengan berbesar hati mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk bertanding dalam Pilihanraya PERKASA 2010/2011.


Kami ingin mencari pelajar yang berminat untuk bertanding.Disini dan masa ini lah untuk kita menguji keboleh tahanan diri kita untuk memimpin.Seorang pelajar yang rasa bertanggung jawab akan cuba sedaya upaya untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin dan pelajar.

Disini juga,anda dapat menimba pengalaman untuk bekalan masa hadapan.Tanya pada diri kita, apakah yang kita mahu untuk menjadikan kehidupan
seseorang mahasiswa itu sentiasa berada di landasan.

Kepada yang berminat untuk memasuki pencalonan Pilihanraya PERKASA 2010/2011 anda boleh menghantar butiran tentang diri anda seperti di bawah :

Nama :
ID :
Tahun :
No. Tel :

Senarai nama pencalonan akan di memokan pada 20hb Januari 2011.Dan Pada 21hb Januari 2011 sesi perjumpaan dengan Majlis Tertinggi PERKASA
akan diadakan untuk sesi Taklimat Manifesto Piliharaya 2010/2011.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya (SHIMA) di talian 012-2826642 @ 013-2330558

"MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"

10 January 2011

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA WARGA PERKASA

PENCARIAN AJK SURUHANJAYA PILIHANRAYA PERKASA 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Merujuk kepada perkara di atas,PERKASA mencari seramai 25 orang yang berkaliber untuk menjadi AJK bagi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PERKASA bagi tahun 2011.Antara jawatan yang ditawarkan adalah:

1)Pengarah - 1 orang
2)Penolong Pengarah - 1 orang
3)Setiausaha - 1 orang
4)Bendahari - 1 orang
5)AJK Publisiti & Dokumentasi - 3 lelaki & 2 perempuan
6)AJK Aktiviti & Protokol - 3 lelaki & 2 perempuan
7)AJK Makanan & Kebajikan - 2 lelaki & 1 perempuan
8)AJK Cenderahati & Tugas-tugas Khas - 2 lelaki & 2 perempuan
9)AJK Logistik - 2 lelaki & 2 perempuan

Oleh itu, bagi sesiapa yg berminat, sila balas memo ini beserta butiran berikut :-

Nama :
Tahun :
No ID :
No Tel:
Jawatan yang dipohon:
Pernah Menjadi ahli SPR sebelum ini : ya / tidak

Utk pengetahuan semua,sesiapa yg menjadi AJK SPR secara automatik akan menjadi AJK bagi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan diadakan pada awal bulan Februari.AJK SPR/AGM juga merupakan ahli berkecuali bagi pemilihan calon Majlis Tertinggi PERKASA yang baru bagi tahun 2011.

Sijil Penghargaan akan diberikan.Tarikh tutup penyertaan adalah pada
14 Januari 2011[Jumaat].Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan,sila hubungi saya, shima [013-2330558].

Sekian,terima kasih.