Have an account?

27 March 2008

25 March 2008

Buat pengetahuan semua warga PERKASA, pihak exco keusahawanan PERKASA akan mengadakan sesi untuk mengambil ukuran baju bagi baju korporat PERKASA:

Kepada sesiapa berminat boleh datang pada waktu dan tempat yang dinyatakan di bawah:

TARIKH : 27 MAC 2008

TEMPAT : ASTAKA

MASA : 8.30-9.30 MALAM

BAYARAN : RM 40 (Bayaran Pendahuluan)

Sila klik DISINI untuk melihat design baju.

info tambahan:

-baju mengikut ukuran badan ( Bukan guna saiz)

-untuk perempuan Ikut cutting perempuan

-untuk tambahan

-long sleeve +RM10


Sekian, terima kasih

24 March 2008

KEJOHANAN BOLING TERBUKA PERKASA 2008

KEJOHANAN BOWLING PERKASA 2008 yang bertempat di Berjaya Megalanes telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 Mac 2008. Kejohanan tahunan ini telah disertai 21 kumpulan yang terdiri daripada 4 kumpulan dari kalangan pensyarah-penyarah dan 17 kumpulan pelajar..

Pelbagai aksi-aksi professional diperlihatkan oleh peserta-peserta kejohanan kali ini.. Masakan tidak, keletihan jelas terpapar di wajah mereka ketika permainan sedang dilangsungkan.. namun ini tidak sama sekali mematahkan semangat para peserta bagi merebut gelaran johan!!! tahniah kepada kalian!!

Johan keseluruhan pada kali ini tidak berpihak kepada tuan rumah, gabungan EEES & CHEST(CHEEEST) telah berjaya mendapatkan tempat pertama. diikuti oleh kumpulan KAKI TGN GEGEL dan CARROT OREN masing-masing ditempat kedua dan ketiga. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!!

untuk ulasan lebih lanjut dan komen-komen.. boleh la mengunjungi laman forum perkasa di:

http://perkasa-ump.forumotion.com/functions-activities-f4/
kejohanan-bowling-terbuka-perkasa-t18-15.htm

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429 H


Tanggal 20 Mac 2008 bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1429 H, PERKASA telah menghantar beberapaa orang wakil bagi menyertai pertandingan PERTANDINGAN PERARAKAN & SEPANDUK.

Berita baik untuk rakan-rakan sekalian PERKASA telah memenangai tempat ketiga daripada lima buah persatuan yang bertanding.

Akhir kata, ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada peserta perarakan yang telah berjaya mengharumkan nama PERKASA!!!

19 March 2008

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

MAKLUMAN PENTING
buat semua pelajar dibawah
:

1) EXCO PERKASA
2) SEKRETARIAT SUKAN PERKASA
3) SEKRETARIAT TUGAS-TUGAS KHAS PERKASA
4) SEKRETARIAT KEBAJIKAN PERKASA
5) SEKRETARIAT SEBARAN DAN KOMUNIKASI PERKASA
6) SEKRETARIAT KEUSAHAWANAN PERKASA

ANDA
dikehendaki hadir ke PAYUNG PUTIH pada 20 MAC 2008, jam 8.30 MALAM bagi
:


1)
Mengambil SURAT PERLANTIKAN sebagai sekretariat (sila bawa pen untuk mengisi borang
)

2) MEMBAYAR YURAN
Malam Amal & Tahunan

PERKASA 08
(
Seperti yang sedia maklum, anda diWAJIBkan

menyertai
majlis ini dan sila bawa bersama RM 35)
(
tiada pengecualian!)

16 March 2008

PERTANDINGAN PERARAKAN & SEPANDUK SEMPENA MAULIDUR RASUL 1429 H

Assalamualaikum.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1429 H, PERKASA dijemput untuk menyertai Pertandingan Perarakan dan Sepanduk pada hari Khamis 20 Mac 2008. Justeru, kami memerlukan seramai 20 orang mahasiswa untuk bersama – sama memeriahkan pertandingan ini dan seterusnya mengharumkan nama baik PERKASA.

Kepada mana-mana ahli PERKASA (mahasiswa) yang berminat, anda perlu memokan kepada Aizuddin bin Sobri sebelum jam 12.00 a.m 17 Mac 2008. Sertakan nama, no. I.C, no I.D dan no. telefon. Sijil penghargaan daripada PERKASA akan disediakan. Sekian, harap maklum.

MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA

15 March 2008

BAYARAN ELAUN KEPADA WAKIL PERKASA KE PERTANDINGAN DEBAT PIALA NC ‘08

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersempena pertandingan Debat Piala NC ’08 anjuran Kelab Orator UMP, PERKASA mengalu-alukan penyertaan anda semua untuk mewakili persatuan kita dalam pertandingan tersebut.

Sebagai menghargai sumbangan ahli – ahli yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, PERKASA amat berbesar hati untuk membayar elaun sebanyak RM 20.00 sepasukan (kategori Bahasa Melayu) dan RM 30.00 (kategori bahasa Inggeris) dan sekiranya pasukan anda layak ke peringkat seterusnya, bayaran elaun adalah seperti berikut:

Separuh akhir : RM 30 (BM) dan RM 40 (BI)

Akhir : RM 40 (BM) dan RM 50 (BI)

Untuk makluman saudara saudari sekalian, pihak PERKASA akan menanggung yuran penyertaan sebanyak RM 10.00 sepasukan. Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) ahli. Sijil penghargaan akan turut disediakan.

Justeru, bentuk pasukan anda sekarang. Anda hanya perlu memokan kepada Aizuddin bin Sobri dengan menyatakan nama-nama ahli pasukan, no. matrik, no I.C dan no telefon ketua pasukan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pengerusi PERKASA di talian 017 9398489. Dua pasukan terawal yang menghantar penyertaan untuk kedua – dua kategori akan diberi keutamaan untuk mewakili PERKASA.

Segala kerjasama amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.

Karnival Sukan Intrafakulti 2008

Seperti yang ahli PERKASA semua maklum,sebanyak 2 acara yang dipertandingkan masih belum selesai. Acara-acara akan disambung seperti butiran berikut :

FUTSAL

Tarikh: 15 Mac 2008.

Hari: Sabtu.

Jam:8.30 Pagi.

Tempat: Gelanggang Futsal KK1


BOLA TAMPAR

Tarikh: 16 Mac 2008.

Hari: Ahad.

Jam:8.30 Pagi.

Tempat: Padang UMP

*Sebarang perubahan akan dimaklumkan secepat mungkin.

Mana-mana kumpulan yang layak ke peringkat seterusnya,silalah hadir memberikan kerjasama bagi meneruskan karnival ini. Terima kasih.

13 March 2008

CIVILIANz'S FORUM

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada ahli PERKASA sekalian.

Exco Komunikasi dan Sebaran telah mengambil inisiatif untuk melancarkan forum bagi menyedikan medium berkesan untuk ahli PERKASA berkongsi dan bertukar pendapat. Anda dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli. Diharapkan, forum ini dapat membantu menyemarakkan lagi semangat bersatu diantara kita. Anda bolehlah melawat forum tersebut di laman web http://perkasa-ump.forumotion.com . Anda dialu-alukan untuk menambah topik2 yg sedia ada bagi merancakkan lagi forum tersebut..

p/s : cbox di dlm blog akan dipindahkan ke dlm forum atas sebab2 tertentu..

THANKS!!


JEMPUTAN MENYERTAI DEBAT

PIALA NC '08

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan Kelab Orator UMP telah berbesar hati menjemput wakil-wakil PERKASA untuk menyertai Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2008 (Piala NC ’08). Pertandingan ini melibatkan dua kategori iatu debat Bahasa Melayu dan debat Bahasa Inggeris. Berikut merupakan maklumat mengenai pertandingan tersebut:

Tarikh : 28 Mac – 30 Mac 2008

Tempat : Blok W, UMP

Sehubungan itu, PERKASA ingin menyeru kepada mana – mana ahli yang berminat dan berbakat dalam arena perbahasan untuk menyertai pertandingan ini. Untuk makluman, yuran penyertaan sebanyak RM 10.00 bagi setiap pasukan akan ditanggung oleh pihak PERKASA. Mana – mana pasukan yang berminat, bolehlah meghubungi Pengerusi PERKASA di talian 017 9398489 atau memokan kepada Aizuddin bin Sobri sebelum 21 Mac 2008.

Kerjasama anda amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA

11 March 2008

LAWATAN TEKNIKAL KE IBU PEJABAT LLM , SERDANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Makluman untuk semua pelajar FKASA yang telahpun memohon untuk mengikuti lawatan teknikal ke LLM seperti butiran berikut ,

HARI = RABU

TARIKH = 12 MAC 2008

Dukacitanya dimaklumkan bahawa, program tersebut terpaksa di tangguhkan pada satu tarikh yang masih lagi dalam perbincangan kerana terdapat beberapa masalah persiapan daripada pihak LLM sendiri.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,

Pihak kami akan memaklumkan segala perkembangan dari semasa ke semasa melalui memo dan blog rasmi PERKASA UMP pada masa akan datang.

Sekian,terima kasih.


10 March 2008

PERASMIAN KLINIK AKADEMIK FKASA – PERKASA 2008
Pada 5 Mac 2008, telah berlangsung majlis perasmian Klinik Akademik FKASA – PERKASA 2008 bertempat di bilik mesyuarat Perpustakaan UMP. Dekan FKASA, Prof. Ir. Dr. Hj. Fadhadli b. Hj. Zakaria telah sudi merasmikan majlis tersebut dan memberi sokongan penuh kepada program yang julung-julung kali akan diadakan ini. Majlis dihadiri oleh para pensyarah FKASA, Pengerusi PERKASA dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Mengikut perancangan, klinik akademik ini akan diadakan pada setiap malam Rabu dan Khamis jam 9 p.m – 11 p.m. Program anjuran PERKASA ini akan mula diadakan pada 12 Mac 2008. Pelajar yang terlibat adalah mereka yang telah dipilih oleh pihak FKASA dan akan mendapat bimbingan daripada para fasilitator yang dilantik. Pelajar yang mendapat CPA 2.8 ke bawah dialu-alukan untuk menghadiri program ini. Namun, program ini hanya terbuka kepada pelajar tahun 1 dan 2 (diploma dan ijazah). Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada perkasakuktem@yahoo.com atau menghubungi Exco Akademik PERKASA di talian 0192004155.

PERKASA berharap agar program ini akan menjadi nilai tambah dalam usaha membantu FKASA melahirkan graduan kejuruteraan yang bukan sahaja cemerlang daripada segi akademik, malah mampu membantu orang lain berdasarkan prinsip “MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA

Sekian, terima kasih.

03 March 2008

MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

DIMAKLUMKAN PERLAWANAN FUTSAL INTRAFAKULTI PERKASA YANG TERTANGGUH SEBELUM INI AKAN DISAMBUNG SEMULA SEKIRANYA KEADAAN CUACA MENGIZINKAN.

TARIKH : 4 MAC 2008
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL KK1
MASA : 5.00 P.M

DIHARAP SEMUA PASUKAN BERSEDIA DAN BERADA DI GELANGGANG SEBELUM JAM 5.00 P.M. SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR KEADAAN CUACA AKAN MENYEBELAHI KITA SEMUA. SEMOGA SUKAN INTRAFAKULTI KALI INI DAPAT MENGHIBUR HATI WARGA PERKASA. MAJULAH SUKAN UNTUK PERKASA UMP

SEKIAN.

MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA