Have an account?

30 January 2010

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA PERKASA 2009/2010

YANG BERJAYA:

1 MUHAMMAD IQRAM B. ZULKIFLI AE08017 (326)
2 MOHD.SABREE FADZLEE B. JAFFRI AA08048 (315)
3 MUNIRAH IDAYU BT.MOHD AE08022 (291)
4 NOOR ALIA ATIQAH BT. MOHD ROHAIDI AA08048 (288)
5 MUHAMMAD ZULHILMI B.ALI AA08121 (288)
6 NUR HASHIMAH BT. ZULKIFLI AE08007 (279)
7 CHIA YEAN PING AE08042 (266)
8 LOQMAN HAKIM B. HASULBULLAH AA09199 (256)
9 MUHAMMAD HUSNI B.AHMAD AA09004 (250)
10 FONG KHAI YEH AA08152 (250)
11 JAMILAH BT. MAT ISA AA09121 (246)
12 NUR DARWANI BT ABDUL RAHMAN AA08102 (238)
13 MUHAMMAD KHIR B.TAJUL ARIFFN AB08020 (236)
14 ZULFADHLI B.JUHARI AA09006 (232)
15 MOHD AZIM BIN MUHAMMAD AA07151 (225)
16 NUR SYAMIMI BT.AZLI AB09098 (224)
17 NUR SHAFIQA BT.SUHAIMI AA09024 (223)

YANG KURANG BERJAYA:

18 MUHAMMAD DANIAL B.ISMAIL AE09057 (218)
19 NUR AQLILI NAQQIAH BT. MOKHTAR AA08167 (210)
20 SYAZWANA BT. MOHD SUKRI AA09088 (206)
21 MUHAMMAD HAFIZ B.HUSAIN AA09036 (198)
22 BONG SIAK HOW AA07034 (190)
23 TG.MUHD HASIF BIN TG.MOHD SALIM AA09139 (189)
24 NUR FAHRIZA BT.MOHD ALI AE09007 (187)
25 CHIN JOON FUI AA09139 (179)
26 CHE MUHAMAD ANWAR B. CHE MAT NAWI (162)
27 NOOR HAYA BT. KASA AB09113 (149)
28 CHOY CHUN YEEN AA09080 (143)

UNDI DITERIMA = 384
UNDI ROSAK = 102
JUMLAH UNDI = 486

Tahniah pada calon-calon yang telah berjaya. Oleh itu, 1 sesi perjumpaan bersama Mantan MT PERKASA 2008/2009 akan dilakukan seperti berikut:

Tarikh: 31/01/2010
Tempat: Blok W
Masa: 3.00 pm

Kehadiran anda adalah diwajibkan.
KENAPA PERLU MENGUNDI???






Lokasi: Berjalan pulang dari masjid
Masa: 9.59 pm (lepas isya’)
Bermulalah perbualan 3 sahabat karib…..

A: kenapa ye kita perlu mengundi?
B: entah. Aku ikut orang je. Orang suruh aku mengundi, aku ikut ah.
C: astaghfirullahalazim. Korang ni, dah bertahun-tahun mengundi takkan tak tau lagi kepentingan mengundi? Ni aku nak tunjuk satu artikel dari SPR, diorang suruh aku tolong sebarkan. Korang tengok la.


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Baginda Rasulullah S.A.W ada menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud daripada Abu Said dan Abu Hurairah : “Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah mereka memilih salah seorang menjadi ketua (pemimpin).” Hadis riwayat Abu Daud dengan sanadnya yang Hasan.

Jelas daripada apa yang ditegaskan dalam hadis di atas, menunjukkan kalau orang Islam yang berada dalam keadaan musafir pun perlu memilih ketua bagi menghalakan perjalanan yang betul dan diredai Allah, apatah lagi mereka berada dalam keadaan bermukim dalam satu negara, daerah atau kawasan, sudah tentu memilih ketua (pemimpin) itu adalah menjadi lebih wajib bagi menentukan hala tuju rakyat dengan pelaksanaan hukum-hukum syariat Islam.

Oleh itu, inilah tugas kita sebagai ahli PERKASA. Membuat undian untuk kepimpinan kita menjadi satu TANGGUNGJAWAB buat semua ahli PERKASA.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberikan kerja ialah orang yang kuat lagi amanah.” (Al Qasas:26).


Buatlah pilihan yang bijak!


Maka kami dari pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PERKASA ingin menyeru kepada mahasiswa-mahasiswa PERKASA sekalian untuk bersama-sama turun padang menjalankan amanah anda! Ingatlah, undian anda amatlah bernilai.


Jadi jangan lupa temujanji anda 30/01/2010 ini..


AYUH PERGI MENGUNDI!!!

PILIHANRAYA PERKASA 2009/2010

Saudara/i yang dihormati,

Anda semua diWAJIBkan untuk mengundi pada hari pemilihan calon bagi MT PERKASA bagi sesi 09/10.

Berikut adalah butir-butir pengundian tersebut

Hari : Sabtu (30/01/2010)
Masa : 10 pg - 5 ptg
Tempat : Blok W


Tunaikan Tanggungjawab Anda Sebagai Ahli PERKASA. Kerjasama dari pihak anda semua amatlah diharapkan bagi memilih calon yang layak untuk menerajui kita semua sebagai ahli PERKASA.

29 January 2010


SIAPAKAH CALON PILIHAN ANDA???
PELANCARAN MANIFESTO CALON-CALON MAJLIS TERTINGGI PERKASA 2009/2010

Tarikh: 29/01/2010
Tempat: WDKU
Masa: 8.30 Malam

Semua warga PERKASA dialu-alukan untuk menghadiri pelancaran tersebut bagi mengetahui & mengenali dengan lebih dekat bakal pemimpin PERKASA bagi sesi 2009/2010.
CALON AHLI MAJLIS TERTINGGI PERKASA SESI 2009/2010

Berikut merupakan calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi PERKASA sesi 2009/2010:

BONG SIAK HOW
CHE MUHAMAD ANWAR CHE MAT NAWI
CHIA YEAN PING

CHIN JOON FUI

CHOY CHUN YEEN

FONG KHAI YEH

HOOI HOOVER

JAMILAH MAT ISA

LOQMAN HAKIM HASULBULLAH

MOHD ZULFADLI JUHARI

MOHD SABREE FADZLEE JOHARI

MUHAMMAD DANIALISMAIL

MUHAMMAD HAFIZ HUSAIN

MUHAMMAD HUSNI AHMAD

MUHAMMAD IQRAM ZULKIFLI

MUHAMMAD KHIR TAJUL ARIFFIN

MUHAMMAD ZULHILMI ALI

MUNIRAH IDAYU MOHD

NOOR ALIA ATIQAH MOHD ROHAIDI

NOOR HAYA KASA

NUR AQLILI NAQQIAH MOKHTAR

NUR DARWANI ABDUL RAHMAN

NUR FAHRIZA MOHD ALI

NUR HASHIMAH ZULKIFLI

NUR SHAFIQA SUHAIMI

NUR SYAMIMI AZLI

NURUL AMALINA ROSLAN

SHARIFAH NADIA SYED AHMAD


SYAZWANA MOHD SUKRI

27 January 2010

PILIHANRAYA PERSATUAN MAHASISWA KEJURUTERAAN AWAM & SUMBER ALAM (PERKASA) 2009/2010

Berikut adalah senarai nama calon yang terpilih untuk pilihanraya PERKASA bagi sesi 2009/2010:

DAA

1. HOOI HOOVER
2. TENGKU MOHD. HASIF
3. NOOR HAYA
4. NUR SYAMIMI


BAA/BAE


TAHUN 1

1. ABDUL BASITH B. ABDUL HALIM
2. CHIN JOON FUI
3. SYAZWANA SUKRI
4. SYAFIQA BT. SUHAIMI
5. CHOY CHUN YEEN
6. CHE. MOHD. ANWAR
7. NASARUDDIN
8. YAP CHE KIEN
8. HAFIZ HUSSEIN
9. NUR AMALINA ROSLAN
10. ZAID FIKRI
11. NASIHAH SAKINAH ZULKIFLI AUNI
12. MUHAMMAD DANIAL BIN ISMAIL
13. MOHD. ADAM B. MUSA
14. LOKMAN HAKIM B. HASULULBULLAH
15. JAMILAH BT. MAT ISA
16. SITI AMIRA BT. ALANG AHMAT


TAHUN 2

1. NADHIRAH
2. NUR DARWANI
3. MUHD. ZULHILMI B. ALI
4. MOHD. SYAMIR AL-AMAR B. MOHD. TOBIB
5. NUR SYAHIDAH
6. SHARIFAH NADIA BT. SYED AHMAD
7. MOHD. FARHAN B. ABDUL KARIM
8. FONG KHAI YEH
9. MOHD. ZULFADLI JOHARI
10. NADIA ASHIKIN BT. ZAINAL BAHRI
11. MOHD. SABREE FADZLEE B. JAFFRI
12. MOHD. HUSNI B. AHMAD
13. NURUL ATIKAH BT. AJIS
14. NUR HASHIMAH BT. ZULKEFLI
15. NURUL MUHAMMAD
16. MUNIRAH IDAYU
17. WAN KHAIRUL AZIZI WAN IDRIS
18. MAZLINA BT. MOHD. KHALID
19. NORLIYANA BT. MOHAMAS
20. NOR ALIA ATIKAH BT. MOHD. ROHAIDI
21. SUHAILA BAHARUDIN
22. MOHD. IQRAM B. ZULKIFLI
23. MUAMAR ZULIKHMAN B. MOHD. NAZERI
24. MEOR AIROL SHAFIQ MEOR SHAMSUDDIN
25. KHAURUL AZMAN B. SALLEH
26. NUR AQLILI NAQQIAH BT. MOKHTAR
27. MOHD. AKMAL B. RAMLI
28. MOHD. KHIR TAJUL ARIFFIN
29. WAN MOHD. FAKRI B. WAN RAHIM
30. MOHD. HAFIZI B. BAHAROM
31. SYAHRUL SYAWAL B. MALIKE
32. SITI NUR AFIZZA BT. MD. YUSUF
33. CHIA YEAN PING
34. SURAIN BT. SAZALI
35. WAFA' BT. MOHD. SALLEH
36. SITI HAJAR FATTYNE BT. ZULKIFLI
37. MOHD. NASOHA BT. MOHD RASHID


TAHUN 3


1. MOHD. ROSAZUWAD B. MOHAMAD @ MUDA
2. NUR AMIRAH BT. MOHD. TAJUDIN
3. OTHMAN B. AWANG
4. AHMAD KHALIQ B. MOHTAR
5. MOHD. AZIM B. MUHAMMAD
6. NURUL ATIQAH ILIYANI BT. MALEKKE
7. SURIYANI BT. ABDULLAH
8. NORZATULAKMA BT. MOHD. KODORI
9. AIMI FADLINI BT. FAUZI
10. SURENDREN A/L CHANDRAN
11. HASHIM B. AHMAD
12. BONG SIAK HOW
13. MUHAMMAD JAHIDUDDN B. ABU JAMAL
14. MUHAMMAD B. ISKANDAR
15. MUHAMED FALIQ ALIF B. AZHARI
16. MOHD. SALAMUDIN B. ABDUL SALAM @ NAWI
17. MOHD. ASHRAF B. MOHD HUSSIN
18. AHMAD IZZUDIN B. ABDUL RAZAK
19. AIZAT B. MOHD. TAIB @ TAIB
20. AIMI JEHAN BT. HAMZAH
21. LAW DAH LIT
22. SUKRI B. DERAMAN
23. NORAZILA BT. KAMARULZAMAN
24. AFIQ B. MOHAMAD NOR
25. NORASIMA BT.JAMALUDIN

Satu perjumpaaan akan diadakan untuk sesi taklimat calon. Berikut adalah keterangan tempat dan waktu:

Hari : Khamis
Waktu : 9.30 p.m
Tarikh : 28 Januari 2010
Tempat : XDK 4 / XDK 5

Kehadiran anda adalah diwajibkan..

Terima Kasih.

26 January 2010

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

PESANAN ROH TERHADAP MANUSIA

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia.


Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".


Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".


Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka."

“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.”


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."
PENGAMBILAN SEMULA JAKET FAKULTI

Kepada semua pelajar yang pernah menempah jaket Fakulti kejuruteraan awam DIMINTA UNTUK MENGAMBIL SEMULA JAKET ANDA dari kami.tarikh dan tempat adalah seperti berikut :

TARIKH : 27 JANUARI 2009

HARI : RABU

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : BLOK W


Kepada yang masih tidak memberi jaket kepada kami untuk dibaiki.Kami akan membuka kaunter penghantaran jaket seminggu sebelum cuti raya cina.hari,masa dan tempat akan kami beritahu kemudian.

Kesulitan yang berlaku dari pihak kami harap dimaafkan.

24 January 2010

PENCARIAN CALON MAJLIS TERTINGGI PERKASA 2009/2010

Dialu-alukan kepada semua ahli PERKASA yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada calon ahli Majlis Tertinggi Perkasa bolehlah membalas memo kepada Saudari Syazana Bt Abdul Aziz sebelum hari Selasa (25/01/2010).

Kepada sesiapa yang berminat sila sertakan butiran diri seperti berikut:

Nama:
No.ID:
Tahun Pengajian:
No.Telefon:

Setiap calon hendaklah mempunyai ciri-ciri seorang yg berkaliber, bertanggungjawab, dedikaksi, sanggup memikul amanah, buat keje tidak separuh jalan/sambil lewa, bersungguh-sungguh, amanah, fatanah dan seangkatan dgnnya.Calon juga mampu membawa persatuan kita di mata UMP dan juga di luar UMP!

Segala kerjasama saya dahului dgn ucapan terima kasih.

14 January 2010

[UPDATE ISU LATIHAN INDUSTRI]: Pedulikah Mahasiswa Kita???

**Ehsan dari: siffusuffi.blogspot.com

Berikut merupakan jawapan bertulis drpd Pihak Pengurusan latihan Industri dan Pihak Pengarah PPA UMP. Saya amat hargai jawapan bertulis ini agar menjadi rujukan hujah bagi Pemimpin Mahasiswa. Mahasiswa UMP perlukan penjelasan secara terperinci mengenai apakah pencirian Yuran Latihan Industri selama ini. Tahniah kerna semua warga UMP yang terlibat berani tampil kehadapan dan kita berhujah dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Niat tulus dihati hanya ingin mewakili sebahgian besar Mahasiswa UMP terutama yang akan menduduki LI agar setiap penhujahan dan penjelasan dapat segera diselesaikan.


Assalamualaikum wbt..

Sdr Suffi, Berkenaan beberapa pandangan dan persoalan saudara/pelajar berkenaan berkaitan dengan LI, berikut adalah respon saya:

1. Berkenaan yuran latihan industri Yuran pengajian di UMP adalah dikira berdasarkan jumlah jam kredit yang didaftarkan untuk semester tersebut. Bagi bilangan jam kredit melebihi atau bersamaan 12 jam kredit, pihak Bendahari menetapkan satu kadar yang sama (yuran penuh). Manakala bagi bilangan jam kredit yang kurang dari 12, jumlah yuran dikira berdasarkan jumlah jam kredit. Selagi anda mendaftar sebagai pelajar UMP, selagi itulah anda tertakluk kepada peraturan ini. Untuk LI, UMP menetapkan 12 jam kredit bagi melayakkan pelajar mendapat pinjaman PTPTN untuk semester tersebut. Oleh itu pelajar perlu membayar yuran penuh untuk semester LI. Pendapat pelajar mengenai yuran yang dibayar adalah untuk membiayai kos lawatan pensyarah adalah tidak benar.

2. Berkenaan perkhidmatan untuk pelajar memohon LI Pelajar direct entry dari FKM yg akan menjalankan LI semester hadapan merupakan bekas pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari batch kedua. Pada waktu tersebut, LI masih diuruskan oleh fakulti masing-masing. Bilangan pelajar yang menjalani LI di FKM pada waktu itu ialah tidak melebihi 100 orang (40 pelajar diploma, 60 pelajar ijazah). Bilangan ini jauh lebih kecil dari bilangan pelajar pada masa ini, di mana untuk FKM sahaja, seramai 250 pelajar (210 pelajar ijazah dan 40 pelajar diploma). Pada peringkat permulaan program LI dijalankan, pihak industri masih belum mengenali potensi dan identit pelajar KUKTEM. Oleh itu, pada peringkat permulaan, penyelaras fakulti berpendapat perlu memberi lebih bantuan dan sokongan kepada pelajar untuk memastikan pelajar mendapat tempat di industri. Setelah melalui proses ini untuk beberapa kali, pihak industri mula mengenali potensi dan ciri-ciri pelajar UMP. Bagi pelajar-pelajar yang mendapat CGPA yang baik dan softskill yang ketrampil, kebarangkalian untuk mendapat tempat LI bagi setiap permohonan adalah tinggi. Oleh itu, terpulang kepada pelajar untuk menentukan bagaimana penerimaan industri terhadap mereka dengan keputusan CGPA masing-masing. Selain itu, LI merupakan salah satu latihan sebagai persediaan pelajar untuk memohon kerja selepas bergraduat. Pada peringkat ini, pelajar dilatih untuk menguruskan permohonan dan urusan berkaitan sendiri untuk membiasakan pelajar dengan situasi sebenar permohonan kerja. Daripada pengalaman belajar saya dan rakan-rakan yang lain di peringkat degree, TIDAK ADA universiti yang menyediakan semua perkhidmatan fax, telefon, printing, kertas dsb kepada pelajar untuk memohon tempat LI.

3. Berkenaan pengisian borang 2 kali Universit Malaysia Pahang semakin berkembang dari segi prasarana dan juga bilangan pelajar. Kewujudan IT telah banyak membantu semua urusan kerja. Di dalam proses permohonan dan pengesahan LI, kedua-dua cara ini diperlukan demi melicinkan semua urusan yang berkaitan. Mengambilkira pertambahan pelajar yang akan menjalani LI, unit LI berhasrat untuk mewujudkan sistem pendaftaran dan pengesahan online sepenuhnya. Tetapi, memandangkan kekangan yang ada seperti kemahiran staf untuk membangunkan sistem ini, sistem LI online telah diserahkan kepada PTMK untuk ditambahbaik. Objektif akhir penyerahan ini ialah supaya ia dapat diintegrasikan dengan sistem IMS yang sedia ada dan kaedah pendaftaran dan pengesahan online sepenuhnya dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia masih dalam proses pembangunan dan unit LI masih memerlukan pendaftaran secara manual sebagai back-up.

4. Berkenaan jumlah yuran LI yang membebankan Seperti semester-semester yang lepas, yuran pengajian akan dibayar oleh penaja masing-masing (PTPTN, JPA, MARA dsb) secara terus kepada universiti. Bahkan untuk semester LI, pelajar mendapat bayaran yang lebih dari penaja kerana tidak perlu membayar yuran asrama. Jadi saya berpendapat, tidak ada masalah bagi pelajar untuk membayar yuran, melainkan pelajar tidak dapat menghabiskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan kerana gagal kursus atau sebagainya. Jadi, pilihan adalah ditangan pelajar.

Sekian penjelasan saya. Jika ada apa-apa persoalan yang berkaitan, sila kemukankan ke saluran yang betul dengan cara yang sepatutnya sebagai pelajar Universiti.

Terima kasih.



Assalamualaikum wrh wbt.


Dengan hormatnya merujuk perkara di atas dan komen saudara adalah berkaitan.

Alhamdulillah, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas komen serta rungutan saudara berkenaan Latihan Industri. Izinkan kami memberi penjelasan kepada persoalan-persoalan yang dikemukakan secara berstruktur bagi memudahkan saudara memahami kaedah serta proses pelaksanaan Latihan Industri yang dikendalikan oleh pihak Unit LI-PPPA dengan kerjasama fakulti.

Untuk makluman, semua keputusan serta tindakan yang dilaksanakan adalah hasil daripada perbincangan serta permuafakatan antara pihak fakulti yang bersidang di dalam satu jawatan kuasa yang dikenali sebagai Jawatan Kuasa Latihan Industri (JK-LI) yang dianggotai oleh Ketua Program LI (En. Mohd Fadzil Faisae dari FKM) dan semua penyelaras LI daripada setiap fakulti. Jawatan kuasa ini merupakan platform untuk membincangkan pelbagai perkara serta isu yang melibatkan LI di UMP. Justeru itu, suara fakulti di dalam hal ini diwakili oleh Penyelaras LI Fakulti yang menjadi anggota JK ini.

Selain itu, JK ini juga bertindak atas panduan serta arahan daripada Majlis Senat Universiti terutamanya di dalam hal-hal prinsip seperti tempoh pelaksanaan LI, jumlah kredit, penilaian dan tatacara pemarkahan.

1. Persoalan yuran LI Isu ini tidak berada di bawah jurisdiksi PPPA kerana kadar yuran ditentukan oleh pihak pengurusan university.

2. Kos Printing, Fax, Talipon, Kertas Tidak dinafikan bahawa semua perkara di atas melibatkan kos. Namun, kami berpendapat bahawa kos yang terlibat tidaklah terlalu membebankan kerana semua perkara tersebut adalah perkara rutin yang dilakukan setiap hari. Mengenai pengurusan LI semasa dijalankan di FKM sebelum ini, kami berasa sangat bersyukur kerana pihak fakulti sangat bermurah hati memberi kebenaran kepada pelajar menggunakan kemudahan tersebut. Namun, mungkin jumlah pelajar yang terlibat pada ketika itu tidak sebesar jumlah pelajar yang terlibat dengan LI pada masa sekarang. Untuk makluman saudara, setakat ini pihak PPPA dengan kerjasama fakulti telah menguruskan penempatan pelajar UMP ke industry sejak pengurusan LI dipindah ke PPPA sepenuhnya mulai Disember 2007, hampir 1500 pelajar telah berjaya ditempatkan di industry. Untuk mengatakan bahawa tidak wujud sebarang masalah adalah keterlaluan, namun Alhamdulillah, semua masalah tersebut dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak termasuk pelajar, fakulti dan pihak industry sendiri. Walau bagaimanapun, kami akan mengambil serius cadangan saudara untuk menggunakan kemudahan tersebut di Unit LI-PPA pada masa akan datang, insya Allah.

3. Pengisian borang sebanyak 2 kali. Untuk makluman saudara, semua maklumat berkenaan tatacara serta proses kerja pelaksanaan LI boleh dirujuk melalui Buku Log LI dan juga melalui taklimat persediaan LI yang dilaksanakan oleh pihak PPPA dengan kerjasama fakulti. Taklimat tersebut diadakan sebanyak 2 kali, iaitu sebaik sahaja pelajar layak untuk mendaftarkan kursus LI dan juga sebelum pelajar berangkat ke industry. Taklimat pertama melibatkan penerangan serta penjelasan tentang tatacara pendaftaran kursus (BPA dan fakulti) dan permohonan mendapatkan tempat di industry (PPPA dan industry). Maklumat berkenaan tempat atau industry yang menawarkan kekosongan tempat pula boleh dirujuk ke portal PPPA di bawah Direktori Industri yang memuatkan maklumat syarikat serta agensi yang telah dan mempunyai kekosongan tempat bagi pelajar LI. Setakat ini terdapat hampir 600 buah syarikat yang tersenarai di dalam direktori tersebut. Senarai tersebut termasuklah syarikat-syarikat IKS, multinasional, antarabangsa, dan EUMCCI (European Union Malaysia Commerce Chambers Industry). Setakat ini, terdapat juga syarikat atau industry yang memohon pelajar LI daripada UMP dan mereka biasanya menghubungi PPPA, dan kami akan menaikkan iklan atau pengumuman di dalam E-comm yang merupakan satu saluran maklumat rasmi di UMP. Juga ingin dijelaskan di sini bahawa, PPPA akan menghubungi pihak industry berdasarkan pangkalan data yang kita miliki itu akan hasrat UMP untuk menghantar pelajar di syarikat atau agensi mereka seawal satu semester sebelum sesuatu kohort pelajar layak mengambil kursus LI. Bagi pengisian borang yang pertama iaitu PLI (Permohonan LI), pelajar dikehendaki menyediakan satu resume (salinan keputusan peperiksaan yang disahkan oleh PA, biodata diri dan surat iringan mengenai hasrat untuk menjalankan LI di tempat tersebut). Proses ini sebenarnya merupakan latihan kepada pelajar untuk memohon kerja selepas tamat pengajian nanti. Semua maklumat tersebut boleh diisi secara ýonlineý dan maklumat tersebut akan ýtriggerý ke pangkalan data di Unit LI. Selain itu, pelajar dikehendaki mencetak maklumat tersebut untuk dihantar ke industry. Pihak PPPA pula akan mengeluarkan surat pengesahan pelajar (students verification letter) sebagai surat iringan dan pengesahan kepada pihak industry bahawa penama surat adalah pelajar UMP yang sah dan layak menjalankan LI di syarikat tersebut. Selepas permohonan ke industry dihantar oleh pelajar, dalam jangkamasa tertentu, pihak industry akan membincangkan permohona tersebut dan ada juga pihak industry yang memaklumkan kepada kami bahawa perkara tersebut dijadikan agenda di dalam mesyuarat pengurusan mereka. Seterusnya, mereka memberikan jawapan sama ada mereka mempunyai kekosongan atau tidak. Biasanya jawapan ini akan dihantar oleh pihak industry ke Unit LI-PPPA melalui email, fax, panggilan talipon atau surat rasmi. Namun, terdapat juga pihak industry yang terus menghubungi pelajar tanpa melalui PPPA. Tanggungjawab pelajar pada peringkat ini ialah melaporkan status sama ada diterima atau ditolak. Pelajar boleh membuat semakan dikaunter PPPA, atau memaklumkan kepada PPPA jika industry menghubungi terus pelajar tanpa PPPA. Selain itu, PPPA juga turut bekerjasama dengan pihak industry mengendalikan temuduga di UMP bagi pemilihan pelajar. Biasanya, kaedah temuduga ini dijalankan oleh syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby, Elektriksola, MyWarisan dan Fujitsu. Kaedah ini dilakukan kerana mereka ingin memilih pelajar yang layak sahaja menjalankan LI ditempat mereka dan biasanya para pelajar ini diletakkan dibawah program perintis mereka seperti yang dilakukan oleh Sime Darby. Manakala calon-calon temuduga pula akan dinamakan oleh pihak fakulti, dan sering juga peluang tersebut dibuka kepada mana-mana pelajar yang berminat. Sebaik sahaja pelajar membuat keputusan muktamad untuk memilih syarikat atau agensi bagi menjalankan LI, mereka dikehendaki memaklumkan kepada Unit LI-PPPA bagi kemaskini data dan maklumat. Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki mengisi boring yang kedua iaitu SLI (Sah LI). Tujuan pengisian SLI ini ialah untuk memastikan bahawa data pelajar dan tempat LI dapat dikemaskini di dalam pangkalan data Unit LI. Proses ini penting bagi tujuan pengesahan tempat, status dan juga untuk urusan cetakan surat Idemniti (Insuran) dan juga untuk peluang menjalankan LI bagi kohort akan datang. Setelah semua urusan tersebut selesai, Unit LI akan mengadakan satu lagi taklimat kepada pelajar sebelum berangkat ke tempat LI. Melalui taklimat ini, para pelajar akan didedahkan dengan tatacara serta etika semasa mereka berada di industry.

4. Harga Buku Log LI yang mahal Untuk makluman, modal untuk mencetak Buku Log LI diambil daripada harga buku tersebut. Dengan kata lain, pihak kami tidak mempunyai sebarang keuntungan di dalam proses penjualan buku tersebut. Pihak kami dinasihatkan oleh Pejabat Bendahari akan memastikan harga jualan tersebut adalah sekadar balik modalý dan juga sama sekali mengelakkan memberi subsidi. Secara mudahnya ialah, modal yang dikeluarkan akan dapat ditampung semula dengan harga jualan, sebagai contoh, jika modal yang dikeluarkan untuk sebuah buku ialah RM 10, maka harga jualan juga tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada RM 10, kerana kami tidak berorientasikan keuntungan (profit oriented). Selain itu, kami juga berpendapat bahawa kualiti bahan buku tersebut dan jumlah muka surat buku tersebut adalah berbaloi dengan jumlah harga yang dikenakan. Setakat ini, modal yang dikeluarkan untuk mencetak buku tersebut adalah RM 13, maka harga jualan juga adalah RM 13.

5. Persoalan ape kerja staff kat BPA @ PPA, Just filing dokumen je ke? Saya mengucapkan terima kasih atas pandangan tersebut kerana ianya memberikan satu peringatan kepada semua staf di PPPA agar terus mempertingkatkan kualiti kerja supaya lebih efektif dan efisien pada masa-masa akan datang. Untuk makluman saudara, kami sentiasa cuba menjalankan amanah dengan kadar yang terbaik bagi memastikan semua pelajar kami mendapat bantuan serta kemudahan yang sepatutnya. Ini kerana, kami sangat menyedari bahawa saudara semua adalah pelajar yang mesti dibantu umpama orang buta yang perlu dipimpin tangannya supaya tidak terjatuh ke dalam gaung atau terjatuh ke dalam longkang yang kotor. Selain itu, saudara juga merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara, agama dan bangsa ini pada masa akan dating. Justeru, kami akan sentiasa memastikan saudara akan dibantu, dilengkapi serta dibimbing secukupnya agar dapat mengisi dan mengurus negara ini termasuk anak-anak dan cucu-cucu kami pada masa akan datang. Namun, jika saudara memahami secara sedar pepatah Cina bahawa, kita akan lebih cepat faham akan sesuatu jika terlibat dengan proses kerja sesuatu berbanding mengharapkan orang lain menyediakan atau melakukannya untuk kita, ataupun satu lagi pepatah Cina yang mengatakan, seorang guru tidak perlu memberi ikan atau pancing kepada muridnya, tetapi mengajarnya cara-cara membuat pancing untuk mengail ikan. Ini kerana, jika guru memberi ikan, pelajar tidak akan tahu cara menangkap ikan. Jika guru memberi pancing, pelajar tidak tahu cara membuat pancing. Justeru, kami beranggapan bahawa proses kerja dan tatacara menjalankan LI ini adalah proses belajar membuat pancing, supaya saudara tidak mati kebuluran jika guru tidak memberikan ikan. Mengenai tugas kakitangan PPPA yang dikatakan sekadar membuat ýfiling dokumen je ke?ý, kami akui kebanyakan tugas kakitangan kaunter PPPA ialah mengemaskini maklumat dan data sama ada secara hard copy mahupun soft copy. Selain itu, mereka bertugas menghubungi pihak industry, menguruskan temuduga, mesyuarat, bengkel, sama ada dalaman mahupun luaran, menguruskan lawatan ke industry dan juga tugasan lain yang berkaitan dengan unit-unit lain di PPPA dan JHEAA. Untuk makluman dan pengetahuan saudara, di PPPA terdapat 3 unit yang juga besar skop dan tanggungjawabnya iaitu Unit Pembangunan akademik, Unit Kemahiran Insaniah dan Sekretariat Penasihatan Akademik.

Akhir kata, sekali lagi kami ucapkan terima kasih atas kesudian saudara memanjangkan komen pelajar berkenaan pelaksanaan Latihan Industri di UMP umumnya dan di PPPA khasnya. Segala teguran, kritikan serta pandangan yang diberi, kami sangat alu-alukan supaya dapat memberi peluang kepada kami untuk sentiasa melakukan tambahbaik pada masa-masa akan datang. Mudah-mudahan, kita semua diberi kekuatan dan rahmat-Nya untuk meneruskan tugas-tugas mulai ini membantu anak bangsa kita, insya Allah. Sekian, terima kasih.

Jamal Rizal bin Razali (0286)
Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Akademik,
Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa,
Universiti Malaysia PAHANG.
09-5492026/2624/019-9322292

Semua jawapan dan maklumat di atas adalah dirujuk kepada Buku Log LI, Portal PPPA dan minit mesyuarat JK LI.


Nah,Seluruh Mahasiswa UMP yang ada kesedaran,Mari kita berlapang dada dan kita tampil kehadapan seandainya ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan atas prinsip keadilan dan hak Mahasiswa Bersuara!Saya mengalu-alukan sebarang komen dan maklum balas daripda Mahasiswa UMP!!!

Mohamad Suffi Bin Kamari
Mahasiswa Peduli

02 January 2010


Click here for hot comments and graphics...


MUHASABAH DIRI SAMBUT TAHUN BARU LEBIH DIGALAK

Setiap kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab dengan beberapa jawapan atau maklum balas segera yang biasa didengar selama ini.

Antaranya ialah haram menyambut kedatangan tahun baru Masihi yang bukan tahun Islam.

Tulisan ini sama sekali tidak bertujuan membincang atau mempertikaikan maklum balas berkenaan tetapi sekadar mengajak pembaca bermuhasabah mengenai hal yang berlegar di sekitar kita seharian.

Bukanlah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita memperingati kedatangan 1 Januari daripada sudut pergerakan dan peredaran masa.

Tuntutan supaya mengambil berat mengenai masa jelas disebut dalam al- Quran sehingga salah satu surah dinamakan al-Asr yang bererti masa.

Firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al Ashr, ayat 1 hingga 3).

Begitulah firman Allah yang menuntut manusia sentiasa berhati-hati dalam meniti masa hidup mereka.

Semuanya memerlukan nilai pengisian yang tinggi (amal soleh) supaya tidak mengalami kerugian.

Tuntutan bermuhasabah amat jelas dalam surah yang ringkas dan padat ini. Sebenarnya, wujud jalinan hubungan istimewa antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri (Hijrah) kepada umat Islam.

Tahun Masihi dikira menurut `peredaran’ matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-syamsi untuk menentukan musim kerja atau aktiviti manusia.

Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat.

Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu. Contohnya musim haji dan puasa.

Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.

Hal ini memberikan cabaran berbeza kepada mereka ketika menunaikan ibadat berkenaan. Di sinilah terserlah cabaran jihad ketika menunaikan ibadat.

Kepentingan menghitung tarikh as-Syamsi terserlah dalam al-Quran melalui cerita Nabi Yusuf ketika membuat tafsiran mimpi raja Mesir.

Al-Quran menerusi ayat 46 hingga 49 Surah Yusuf menceritakan kisah berkenaan sebagai:

“(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): `Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku, moga mereka dapat mengetahui tafsirannya’.

Yusuf menjawab: `Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai- tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).”

Kepentingan memerhati perubahan musim seperti yang diceritakan dalam ayat di atas berdasarkan tarikh as-Syamsi iaitu mengenal pasti perubahan cuaca untuk memudahkan aktiviti pertanian selepas mendapat isyarat daripada mimpi raja.

Menyambut tahun baru ini dengan ibadat, itulah yang dapat dikatakan sebagai jawapan kepada soalan awal tadi. Ibadat yang dimaksudkan ialah muhasabah.

Muhasabah harus bermula daripada diri sendiri, menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yang sudah dilakukan sama ada berjaya atau sebaliknya dapat meningkatkan kualiti diri.

Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti yang setara dengan apa yang Allah tetapkan standardnya iaitu amal soleh.

Amal soleh yang dimaksudkan bukan sekadar amalan berbentuk ritual seperti sembahyang, puasa atau haji, sebaliknya semua aktiviti dan amalan harian termasuk cara berhubung dengan ahli keluarga, masyarakat, cara menilai atau mena’kul sesuatu perkara.

Setiap kali tiba tahun baru kita menanam azam yang bukan sedikit. Ada yang tidak sabar menunggu kiraan detik akhir menjelang tahun baru, mengadakan pesta, konsert dan sebagainya khusus untuk menyambut tahun baru.

Tidak ramai sedar atau terfikir untuk menganjurkan majlis muhasabah bagi menilai semula aktiviti atau produktiviti selama setahun berlalu.

Mungkin majlis seperti ini boleh dianjurkan pada peringkat organisasi, masyarakat setempat sehinggalah ke peringkat keluarga.

Sekiranya dilakukan majlis muhasabah di peringkat organisasi perniagaan atau keluarga, salah satu agenda yang patut dibincangkan ialah pengiraan zakat.

Seelok-eloknya akhiri pertemuan muhasabah ini dengan doa selamat atau tahlil atau boleh juga dilakukan solat hajat memohon diberi rezeki yang lebih dalam musim yang akan datang.

Suasana ibadat dan ukhuwah akan terserlah daripada amalan seperti ini..

~SELAMAT TAHUN BARU 2010 KEPADA SEMUA WARGA PERKASA UMP~