Have an account?

22 January 2009

IKHLAS DARI KAMI...
Friendster Graphics
Friendster Graphics

17 January 2009

Berita Baik!!
Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Untuk pengetahuan anda semua, bagi menjaga kebajikan ahli PERKASA,kami dari pihak MT ingin warga PERKASA menyalurkan sebarang idea,cadangan,komen dan juga masalah mengenai sebarang aktiviti PERKASA yang dijalankan ataupun berkaitan dengan masalah pengurusan PERKASA dan fakulti.

Ini penting dan bertujuan supaya setiap masalah dan suara-suara hati ahli PERKASA dapat disampaikan ke medium yang betul. Kami dari pihak MT akan cuba sedaya upaya membawa segala cadangan/komen/aduan anda ke pihak atasan.

Jangan rasa malu atau segan jika segala apa yang anda komen atau cadangkan itu mudah-mudahan dapat memperbaiki persatuan dan fakulti kita.

Anda boleh membuat sebarang cadangan/komen/aduan melalui memo beserta butir-butir berikut :

Nama :
Id :
Masalah/komen/idea:

*Sila Hantarkan memo anda kepada saya, Syafiqah Bt. Mohamed Salleh.

"MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"

Yang Menjalankan Tugas,
Syafiqah Bt. Mohamed Salleh
(Exco Kebajikan & Kerohanian PERKASA 08/09)
Semoga Hari Ini Adalah Lebih Baik Dari Semalam...

SENARAI NAMA SEKRETARIAT 08/09
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Berikut merupakan nama sekretariat yang telah dipilih bagi menerajui kepimpinan sesi 08/09

Exco Kebajikan & Kerohanian

1.MOHD SYAZWAN BIN RAMLI(AA08006)
2.MOHD SABREE FADZLEE BIN JAFRI(AA08048)
3.RAJA MOHAMAD HANIS BIN RAJA ISMAIL(AA08090)

Exco Sebaran & Komunikasi

1.WAN MOHD FAKRI BIN WAN RAHIM(AB08126)
2.SHARIFAH NADIA BINTI SYED AHMAD(AA08165)

Exco Tugas-Tugas Khas

1.KHAW YONG HUI(AA07181)
2.MOHD ARIF BIN MOHD RUSLI(AA07069)
3.NORAZILA BINTI KAMARULZAMAN(AA07009)

Exco Sukan & Rekreasi

1.KHAIRUL DANIAL BIN ABD LATIF(AA08004)
2.MUHAMMAD HAZWAN BIN HAMZAH(AE08025)
3.MOHD FAIRUZ BIN AZMI(AB07113)
4.MOHAMAD HAFIZI BIN BAHAROM(AB08031)
5.SAIDAH MALIHAH BINTI MANSOR(AA07092)

Exco Keusahawanan

1.MUHAMED FALIQ ALIF BIN AZHARI(AA07025)
2.MUHAMMAD KHUZAINI BIN ZULKIPLI(AB07115)
3.NORZIATUL HUSNA BINTI MOHD RIDZUAN(AA08125)
4.NUR HASHIMAH BINTI ZULKEFLI(AE08007)

Exco Akademik

1.VINCENT VOON BOO CHUAN(AA07083)
2.KESHVAN RAJ A/L CHANDRA(AB08141)
3.MOHAMMAD AKMAL BIN RAMLI(AA08059)

Tahniah diucapkan kepada yang terpilih!Kepada yang kurang berjaya,cuba lagi tahun hadapan.Sesungguhnya komited anda untuk hadir pada malam sesi temuduga amat kami hargai.
Sedikit komen dari pihak kami.Pada waktu sesi temuduga, kebanyakan calon-calon sekretariat tidak dapat menjawab soalan-solan yang diberikan dengan tepat dan pantas(Calon sedikit takut dan teragak-agak untuk menjawab).Walau bagaimanapun,terdapat calon yang mampu menjawab soalan yg diberikan dengan mudah.

Kepada sekretariat yang telah dilantik,satu perjumpaan dengan barisan MT PERKASA akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 18/01/09
Hari:Ahad(esok malam)
Masa:8.00 malam(Sila tepati masa)
Tempat:Bilik Mesyuarat Tingkat 1,C11(atas Ina Shop)
Pakaian:Sopan dan Kemas

Sedikit taklimat & amanat dari Pengerusi kita, Saudara Mohd Fauzi bin Abd Gani akan diadakan.Diharap para sekretariat dapat hadirkan diri pada malam tersebut.

Jika terdapat masalah bolehlah hubungi saya, Amryana(014-5056211)Skype:am_manah1

"MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"

Yang menjalankan tugas,

(AMRYANA BINTI POHAN)
Timbalan Pengerusi PERKASA 08/09

16 January 2009

Mari Sertai LEARNING & CHARITY II
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Program terbaru anjuran PERKASA kini kembali lagi. Lebih hebat dan lebih bermanfaat kepada siswa/i dan ia hanya terbuka kepada ahli PERKASA sahaja. Bersempena dengan kejayaan program Learning & Charity I, kami dari pihak PERKASA dengan bangganya menganjurkan program seumpama itu sekali lagi, kini di selatan tanah air.

Program: Learning & Charity II
Tempat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dan
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Batu Pahat,
Johor.
Tarikh: 6 - 8 Februari 2009
Yuran penyertaan: RM 25.00

Maklumat berkaitan program:-

"Learning" (7 Feb 09 - Sabtu)

Lokasi: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu
Pahat, Johor.
Aktiviti: Lawatan ke fakulti kejuruteraan awam dan makmal
kejuruteraan awam UTHM. Perlawanan persahabatan bersama
warga UTHM.

"Charity" (8 feb 09 - Ahad)

Lokasi: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Batu
Pahat, Johor.
Aktiviti: Majlis ramah mesra bersama anak-anak yatim. Aktiviti
sukaneka, mural dan sesi motivasi serta mempromosikan UMP
kepada penghuni rumah anak-anak yatim.

Mari bersama-sama kita belajar dan menyumbangkan bakti kepada mereka yang memerlukan di luar sana. Bagi yang berminat, sila reply memo di e-comm masing-masing dan sertakan:-

Nama:
I/C:
Matrik No:
No. Tel:

*Penyertaan terhad kepada 20 orang sahaja. Makanan, t-shirt aktiviti dan sijil penyertaan akan disediakan*

Yang menjalankan tugas,

NUR AFIQA BT ISHAK
AJK PUBLISITI & TUGAS-TUGAS KHAS
PROGRAM "LEARNING & CHARITY II"
PERKASA UMP

Peringatan : Pastikan anda telah membayar yuran PERKASA untuk melayakkan anda menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh PERKASA.
UMP terima 43 pelajar China

KUANTAN 8 Jan. - Buat julung kali Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal menerima 43 pelajar dari China yang akan melanjutkan pengajian mereka dalam jurusan Kejuruteraan Automotif dan Pengurusan Teknologi di universiti tersebut.
Naib Canselor UMP, Prof. Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, pengambilan sulung pelajar dari China itu merupakan salah satu usaha universiti berkenaan untuk menarik lebih ramai pelajar asing menyambung pelajaran mereka di universiti berkenaan.
''China merupakan pasaran yang besar kerana negara tersebut mempunyai ramai pelajar yang layak mengikuti pengajian di UMP.
''Usaha ini juga selari dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab pengajian tinggi serantau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Daing berkata, kesemua 37 pelajar lelaki dan enam pelajar perempuan dari China itu akan mendaftar pada 12 Januari ini dan mereka akan mengikuti program insentif Bahasa Inggeris selama enam bulan terlebih dahulu.
Menurutnya, pelajar terbabit juga akan mengikuti sebuah program komuniti bertujuan memberi pendedahan kepada mereka mengenai cara hidup rakyat Malaysia dan melibatkan diri dalam program berbentuk komuniti.
Dalam pada itu, katanya, jumlah pengambilan pelajar antarabangsa dari China di UMP dijangka bertambah selaras dengan dasar yang digariskan oleh pihak kementerian yang mensasarkan setiap IPTA mempunyai lima peratus pelajar antarabangsa di peringkat ijazah pertama.
Selain itu, tambah beliau, beberapa lawatan kerja ke beberapa negara seperti Australia, India dan Afrika telah diadakan oleh UMP bertujuan melebarkan jaringan hubungan kerjasama antarabangsa universiti berkenaan dengan institusi pengajian tinggi di luar negara.
''Ini dapat memperkukuhkan landasan merentas sempadan untuk mewujudkan program baru serta memastikan UMP disenaraikan antara universiti terbaik dunia," katanya.

11 January 2009


PENCARIAN SEKRETARIAT PERKASA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Merujuk kepada perkara di atas, PERKASA sedang mencari sekretariat baru untuk membantu melicinkan program dan aktiviti yang akan dianjurkan oleh PERKASA.

Jika anda rasa anda seorang yang berbakat dalam kepimpinan dan mempunyai semangat kerajinan dan kegigihan yang tinggi, kami dari pihak MT amat mengalu-alukan penyertaan anda.

Buat pengetahuan semua, PERKASA terdiri daripada 6 exco iaitu:-

1) Exco Kebajikan & Kerohanian

2) Exco Sebaran & Komunikasi

3) Exco Tugas-Tugas Khas

4) Exco Sukan & Rekreasi

5) Exco Keusahawanan

6) Exco Akedemik

Sila balas memo di e-comm masing-masing beserta butiran seperti berikut:-

1) Nama:
2) No ID :
3) Tahun :
4) No Tel :

Satu sesi temuduga akan diadakan pada:

1) Tarikh: 15/01/09
2) Hari: Khamis
3) Masa: 8.00 malam
4) Tempat: Blok W, BK26 & BK27

Ayuh warga PERKASA sekalian sama-sama kita membangunkan PERKASA. Sijil Penghargaan akan diberikan kepada sekretariat yang bakal dilantik.

Sebarang kemusykilan bolehlah merujuk saya, Amryana(014-5056211) Skype:am_manah1 dan saudara Afiq( 012-3214691 ) Skype:blood_sucker

"MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"

Yang menjalankan tugas,

(AMRYANA BINTI POHAN)
Timbalan Pengerusi PERKASA

10 January 2009

Perkembangan Terbaru Isu Palestin Yang Terbina Dari Darah Dan Air Mata Mujahiddin, Wanita Serta Kanak-Kanak Palestin...











Sektor binaan tidak terjejas

Oleh ROHANI IBRAHIM dan MOHD. RAFIE AZIMI
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Sektor pembinaan negara diramalkan berjalan seperti biasa dan tidak menerima sebarang kesan ekoran kelembapan ekonomi global pada tahun depan.
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB), Datuk Hamzah Hasan berkata, daripada trend dan rekod CIDB, statistik pembinaan tidak menunjukkan sebarang pengurangan.
''Justeru saya menjangkakan keadaan ini akan kekal pada tahun depan.
''Bagi saya industri binaan negara tidak akan menghadapi apa-apa masalah pada masa ini dan tahun depan. Aktiviti pembinaan akan berjalan secara normal,'' katanya.
Hamzah berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada kelembapan ekonomi global akan menjejaskan industri pembinaan negara atau sebaliknya.
Sebelum itu, beliau mewakili Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Zin Mohamed merasmikan Seminar Amalan Terbaik Dalam Industri Binaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Mengenai kontraktor bumiputera yang mendakwa tidak mendapat projek pada masa ini, Hamzah menjelaskan, perkara berkenaan adalah subjektif kerana projek pembinaan terbahagi kepada projek besar dan kecil.
''Suntikan RM7 bilion untuk projek pembangunan yang diumumkan kerajaan tidak lama dulu dan akan dilaksanakan pada tahun depan juga dijangka mengatasi masalah ini,'' jelasnya.
Seminar dua hari itu disertai oleh 150 peserta yang terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli akademik, kontraktor, pemaju dan konsultan pengurusan projek.
Ia bertujuan mencari penyelesaian bagi isu-isu berkaitan sistem penyampaian yang efisien dan efektif.

08 January 2009

Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

08/01/2009 3:50pm
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.
“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.
“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

07 January 2009

UMP menang anugerah khas KIPI

KUANTAN 6 Jan. – Universiti Malaysia Pahang (UMP) melakar sejarah apabila seorang penyelidiknya memenangi Anugerah Khas Presiden ‘Korea Institute of Patent Information’ (KIPI) sempena Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul (SIIF) 2008 baru-baru ini.
Selain itu, UMP turut meraih dua pingat emas, empat perak dan satu gangsa dalam pameran yang julung kalinya disertai universiti berkenaan.
Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, UMP menghantar tujuh penyertaan sempena pameran itu dan kesemua mereka berjaya membawa pulang pingat.
“Apa yang lebih membanggakan ialah buat kali pertama dalam sejarah penyertaan UMP di pertandingkan penyelidikan di luar negara, penyelidik UMP berjaya membawa pulang Anugerah Khas Presiden KIPI,” katanya pada majlis meraikan kejayaan tersebut di sini hari ini.
Kejayaan itu diperoleh menerusi Abdul Syukor Abd. Razak dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam melalui projek bertajuk Integrated of Rainwater and Groundwater Harvesting via WASRA in Rural Area.
Projek itu juga mendapat pingat emas pada pameran tersebut.
WASRA merupakan satu sistem bekalan air bersih yang menggabungkan dua kaedah iaitu sistem tadahan air hujan dan sistem bekalan air bawah tanah sebagai alternatif menggantikan sistem bekalan air konvensional.
Penyelidikan itu dikatakan amat berguna kepada penduduk luar bandar dan negara dunia ketiga.
Daing Nasir berkata, kejayaan tersebut merupakan pemangkin kepada para penyelidik UMP lain untuk mencipta produk yang dapat dikomersialkan pada masa hadapan.
Selain penyelidikan oleh Abdul Syukor, UMP turut membawa pulang pingat emas melalui penyelidikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Rosli Mohd. Yunus mengenai pembangunan sistem reaktor unik untuk menghasilkan biodiesel dari minyak masak terpakai.



02 January 2009

~SALAM MAAL HIJRAH 1930~
~SELAMAT KEMBALI KE UMP~
~SELAMAT TAHUN BARU 2009~

Semoga setiap azam pada tahun lepas telah tercapai dan tanamkan azam yang lebih baik pada tahun ini. Semoga Berjaya menempuh liku-liku kehidupan pada masa depan.

New Year Myspace Comments



~SUKAN UNIVERSITI ASEAN (SUA) 14, Kuala Lumpur.~

Setelah selesai berkampung selama 4 hari di Bentong, kami telah dijemput untuk memeriahkan Upacara Pembukaan Sukan Universiti Asean ke 14 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Jam 7petang kami sudah mengambil tempat iaitu disebelah kana Royal Box. Ini adalah satu penghormatan yang besar buat UMP. Kami telah dihiburkan dengan kumpulan orkestra & koir dari para mahasiswa UiTM Shah Alam semasa menunggu acara bermula. Tepat jam 8.30 malam, upacara pembukaan SUA ke 14 berlangsung. Upacara ini juga disiar secara langsung di TV1.Pelbagai acara yang menarik dipersembahkan seperti perarakkan masuk kontinjen peserta SUA dari 10 negara ASEAN, persembahan pentomin dan tarian oleh kira-kira 7000 mahasiswa dan pensyarah UiTM Shah Alam, persembahan artis seperti Shafinaz, Mawi dan Zahid. Kemuncak perasmian pembukaan SUA ialah pertunjukkan bunga api yang menarik dan berwarna-warni.

01 January 2009






~BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI (BPrO) 2009~

Tanggal 10-13 Disember 2008, seramai lebih kurang 120 0rang wakil bg setiap persatuan dan kelab di bawah naungan UMP telah berkumpul dan berkursus di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang. PERKASA telah menghantar 5 orang Majlis Tertinggi PERKASA yang baru bagi menghadiri bengkel yang diadakan setahun sekali ini. Selama 4 hari 3 malam kami berkursus, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antaranya adalah sesi ceramah 'Tips Menjayakan Program Secara Berkesan' oleh penceramah jemputan, Tn. Hj Fadzli bin Yusuf. Selain itu, terdapat juga slot diskusi terbuka bersama En. Arman bin A.Rahim, En. Yunan bin Abd Samad, Pn. Rozana bt Shahadan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta sesi suai kenal bersama ahli Majlis Perwakilan Pelajar 08/09. Terdapat pelbagai soalan-soalan yang kami ajukan dan kami juga berpuas hati dengan setiap jawapan yang pihak atasan berikan.
Kami dipecahkan kepada 7 kumpulan untuk melakukan aktiviti. Dari cara sebegini, kami dapat mengenali antara satu sama lain wakil persatuan dan kelab yang hadir. Aktiviti di sana tidak hanya kepada ceramah dan diskusi, kami juga didedahkan dengan aktiviti-aktiviti suai fizikal seperti flying fox, futsal, bola baling, jungle trekking dan merentasi jambatan gantung. Disebelah malam pula terdapat satu slot malam kebudayaan dimana setiap kumpulan diberikan tugas untuk mempersembahkan kretiviti masing-masing melalui persembahan kebudayaan seperti pentomin, sketsa, boria, nasyid, dan koir. Apa yang menariknya BPrO kali ini ialah, kami perlu menaiki lori kecil untuk sampai ke tempat penginapan kerana tiada laluan untuk bas menghantar ke dalam.
Saudari Amryana bt Pohan (Timbalan Pengerusi) juga telah dipilih sebagai Penghuluwati pada BPrO kali ini. Beliau juga telah dinobatkan sebagai peserta wanita kedua terbaik selepas saudari Farah Norshazrina bt Rosli dari kelab EKSTREM. Ini salah satu kebanggaan kami wakil PERKASA di sana. Segala kenangan manis dan pahit pada BPrO kali ini, kami pahatkan di minda dan ucapan terima kasih kepada semua peserta dan pihak pengurusan yang telah memberi kerjasama dengan baik.