Have an account?

28 February 2008

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Untuk pengetahuan semua, KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP FKASA 2008 telah diluluskan oleh bahagian JHEPA.

Berikut merupakan maklumat tentang pertandingan tersebut:

Tarikh: 22 Mac 2008.

Hari: Sabtu.

Anjuran: PERKASA UMP

Tempat: Kuantan Megalanes,Berjaya Megamall,Kuantan.

Yuran penyertaan: RM 12(seorang)

Setiap seksyen dikehendaki menghantar 5 orang peserta satu kumpulan(xkisah lelaki/perempuan).Sekiranya menghantar lebih dari satu kumpulan,juga dialu-alukan bagi memeriahkan lagi suasana.

Sepanjang kejohanan,setiap orang akan bermain sebanyak 2 game.

Pengangkutan dan sarapan pagi akan kami sediakan.

Diharap penyertaan dari ahli Perkasa menggalakkan.

MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA

27 February 2008

Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (PERKASA) sesi 2007/2008 dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami sedang mencari peserta bagi program ini.Butiran adalah seperti berikut :-



Nama program : Bakti Siswa


Tarikh : Awal bulan April

Tempat : Perkampungan Orang Asli Sungai Temetong.Pahang.

Peserta diperlukan : 20 orang

Bayaran: RM25/orang

Baju program disediakan.



Sekiranya anda berminat bolehlah membalas memo ini dengan segera dengan menyatakan butiran berikut :


1. Nama:

2. Ic No:

3. ID No:

4. No.telefon:


Sebarang pindaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 013-9759861 (Amrina) atau 0176778102(Halimah).


26 February 2008

24 February 2008

BIODATA OF Engr.GUNAGASARAN A/L KRISTANAN
(IEM representative)


Engr. Gunasagaran Kristnan MIEM, PEng graduated with a Bachelor of Science in Civil Engineering from the University of Michigan, Ann Arbor, USA in 1984. He obtained his Professional Engineer status in 1989. Engr. Gunasagaran had worked in the government service for 2 years in the Drainage and Irrigation Department in Kuala Lumpur. He is currently a Managing Director of a construction company specializing in infrastructure works in Kuala Lumpur. He also specializes in roads, retaining wall, drainage and sub-structure works.


Engr. Gunasegaran MIEM, PEng is an active member of IEM. He is currently serving as Council Member for the sessions 2003/2004/2005. Apart from serving the Council, Engr. Gunasagaran is also an active Committee Member for the Standing Committee in Examinations and Training, the Sub Committee on Log Book Scheme and also the Project Management Technical Division of the Institution.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Warga PERKASA yang dihormati,

Untuk pengetahuan semua ahli, blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Segala maklumat terkini dan laporan ringkas aktiviti anjuran PERKASA akan dimuatkan dalam blog PERKASA.

Jadi, kami di pihak PERKASA mengharapkan sokongan daripada anda semua untuk sama-sama kita majukan PERKASA ke arah yang lebih terbilang.

Sebarang cadangan atau komen bolehlah dihantar melalui alamat perkasakuktem@yahoo.com.
Segala kerjasama anda amatlah kami hargai.

MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA

23 February 2008







Pada 23 Februari 2008, pihak FKASA telah mewajibkan pelajar-pelajar tahun 3 BAA untuk menjalankan Boring Test yang bertempat di sebelah blok W berhampiran makmal FKASA. Pelbagai ragam dapat dilihat di kalangan pelajar. Namun, para pelajar tahun 3 BAA telah menunjukkan komitmen tinggi dalam tugasan tersebut meskipun masing-masing kepenatan. CIVILIAN BEST!!

Pada 25 Januari 2008, seramai empat orang ahli PERKASA telah menyertai National Engineering Students Conference (NEC 08) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak. Program tahunan berprestij ini adalah anjuran Engineering Students Society (ENGINIUS) UIA.

Diharapkan program sebegini akan dapat memberi pendedahan kepada para ahli PERKASA dan seterusnya dapat meluaskan hubungan luar PERKASA dengan persatuan kejuruteraan IPTA dan IPTS Malaysia.










LAWATAN KE TAPAK PROJEK UMP PEKAN, 25 JANUARI 2008

08 February 2008