Have an account?

27 February 2010

MASALAH AKREDITASI
Berhubungan permasalahan akreditasi course, setelah diselidiki didapati bahawa semuanye telahselesai bagi semua student sesi lepas dan yang baru sahaja graduate. Permohonan student selepas ini akan dibuat pada hujung tahun ini.
KARNIVAL SUKAN INTRAFAKULTI PERKASA 2010

PERMAINAN YANG DIPERTANDINGKAN
1. BOLA SEPAK
2. BOLA KERANJANG
3. BOLA JARING
4. BOLA BALING(L&P)

YURAN/TEAM
1. BOLA SEPAK -RM20
2. BOLA KERANJANG -RM10
3. BOLA JARING -RM12
4. BOLA BALING(L&P) -RM12

-PENYERTAAN TERHAD DAN DIBUKA PADA PELAJAR FAKULTI FKASA SAHAJA.
-PENYERTAAN DIBUKA SEHINGA 3/3/2010.
-JOHAN AKAN DIHANTAR KE LIGA UMP SEBAGAI WAKIL FAKULTI FKASA.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:
-KHIR(0172541538)
-DARWANI(0135032953)

24 February 2010

Assalamuailaikum dan salam sejahtera,
SEDIKIT INFO BERKENAAN RABIULAWAL & SAMBUTAN MAULIDUL RASUL
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
SEHUBUNGAN ITU, SEMUA MAHASISWA/I PERKASA DIWAJIBKAN MENYERTAI PERARAKAN SEMPENA MAULIDUL RASUL. PENYERTAAN NON-MUSLIM DIALU-ALUKAN. JOM SERTAI KERANA PROGRAM INI ADALAH JULUNG KALI DIADAKAN DI UMP. SEMOGA PENYERTAAN KITA DAPAT MENGIMARAHKAN MAJLIS DAN MENDAPAT KEREDHAANNYA.SILA BERHUBUNG DENGAN SABREE(014-5298114) ATAU JAMILAH(013-5323481) UNTUK PENYERTAAN. BERIKUT ADALAH BUTIRAN MENGENAI SAMBUTAN MAULIDUL RASUL..
TEMPAT BERKUMPUL : DI DEPAN MASJID UMP
TARIKH : 28 FEBRUARI 2010
MASA : 8 AM
SEKIAN.

16 February 2010

GONG XI FA CHAI

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua warga UMP khusunya warga PERKASA. Moga-mogahan ia membawa kebahagiaan kepada kita semua tidak kira agama dan juga bangsa.

15 February 2010


SENARAI NAMA SEKRETARIAT PERKASA 09/10


Setelah selesai sesi temuduga pada 8 Februari 2010 yang lalu. Barisan Exco telah memilih sekretariat mereka masing-masing melalui sesi temuduga yang lalu. Di sini di senaraikan sekretariat PERKASA mengikut exco masing-masing.

2. Bagi yang tidak berjaya dalam sesi temuduga ini,jangan putus asa.Anda boleh cuba pada tahun hadapan. Terima kasih saya ucapkan kepada calon-calon sekretariat yang memberi kerjasama yang bagus sekali semasa sesi temuduga .

3. Bagi yang telah berjaya menjadi sekretariat PERKASA . Satu perjumpaan akan diadakan selepas buka cuti mid-term pada :

TARIKH : 22 FEBRUARI 2010

HARI : ISNIN

TEMPAT : BLOK X (XDK 4)

SENARAI NAMA SEKRETARIAT PERKASA 09/10


EXCO KEUSAHAWANAN :

1) AHMAD IZZUDIN BIN ABDUL RAZAK

2) NADZIRAH BINTI ABDUL MANAF

3) NOOR SHIDA BT MOHD NOOR

4) AHMAD KHALIQ BIN MOKHTAR

5) MUHAMAD IQMAL BIN MUHAMAD SHAH

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS:

1) NUR ATIQAH BINTI ABU BAKAR

2) ROSNANI BINTI DERAMAN

3) NUR AFIQAH FATIHAH BINTI HAMIDON

4) NUR AQLILI NAQQIAH BINTI MOKHTAR

5) MUHAMMAD SYAZWAN NIZAM

BIN MOHD MONI

EXCO SUKAN DAN REKREASI :

1) SURAIN BT SAZALI

2) NADIA FAIRA BT MAT ZALI

3) SITI HAJAR FATTYNE ZULKFLI

4) NURUL MUHAMMAD BIN

AHMAD

5) SITI HAJAR BINTI ROSLI

EXCO AKADEMIK :

1) TEW SEOW TING

2) NOOR HIDAYAH BINTI

MUHAMAD JAMIL

3) LOH XUET WEN

4) TEH GEK YU

5) MUAMAR ZULIKHMAN BIN

MOHD NAZERI

6) MUHAMMAD AZIZUDDIN BIN

MOHD HARIS

EXCO SEBARAN & KOMUNIKASI :

1) CHIN JOON FU

2) NUR ANIS ADLINA BINTI MAT NOOR

3) MAZLINA BT MOHD KHALID

4) SITI ZULAIKHA BT MOHD AMIN

EXCO KEBAJIKAN & KEROHANIAN :

1) MUHAMMAD HAFIZ BIN HUSAIN

2) MUHAMMAD FARID BIN IDRIS

3) NURULAIN BINTI MOHAMED HATTA

4) WAFA' BT MOHD SALLEH

09 February 2010

ISU BERBANGKIT

Berikut merupakan 5 isu yang dibangkitkan dan dihadapi oleh pelajar FKASA yang disertakan dengan jawapan dari setiap isu yang dibangkitkan:

BIL

ISU

JAWAPAN

1

Latihan Industri(LI)

· Diingatkan kepada pelajar bahawa segala hal mengenai LI adalah masih di dalam perbincangan.

· Berikut adalah hasil perbincangan dari Unit Bendahari dan pihak fakulti:

a) dikenakan sistem sandwich (LI di pertengahan semester 6-7).

b) pembayaran yuran waktu LI adalah seperti biasa iaitu RM 1345 dikenakan pada semester 6. (RM1345 termasuk dengan LI dan pembelajaran semasa semester 6)

c) PTPTN masih lagi menanggung pembayaran tersebut.

d) semester 6- semester 7 merupakan waktu LI dijalankan dan pada semester 8, pelajar akan menjalani pembelajaran seperti biasa. (penambahan subjek akan dimaklumkan kemudian)

2

Survey Camp

· Yuran sebanayak RM 70 dikenakan kepada pelajar yang terlibat selama 10 hari kem dijalankan (yuran makan).

· Yuran asrama RM 3.50 sehari.

· Tempat : berkemungkinan dijalankan di Lepar Hilir.

· 30/04/10 merupakan tarikh dimana mesyuarat terakhir untuk menetapkan segala keputusan tentang kem dan segala keputusan tetap tersebut akan diumumkan kepada pelajar.

3

Kemalangan

· Diminta semua ahli Perkasa segera mendaftar nama mereka di UKP sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

· Sebarang tindakan segera seperti melawat, menghulurkan bantuan dan sebagainya tidak boleh dilakukan kepada mangsa sekiranya nama tidak didaftarkan di UKP.

4

Buku Rujukan

· Pihak MT Perkasa bercadang ingin menjual buku (rujukan/teks) secara berpusat kepada semua ahli Perkasa.

· Tujuan :

a) Supaya dapat memudahkan pelajar mencari & membeli buku rujukan.

b) Dapat meringan tugas-tugas pensyarah untuk menjual buku kepada pelajar.

c) Berkolerasi dengan pelajar senior yang berhasrat untuk menjual buku ‘second hand’ mereka kepada pelajar junior.

d) Membantu pelajar (senior) menjana duit dengan menjual buku yang ingin dijual.

· Tempat : Bilik PERKASA ( aras 2 FKASA)

· MASIH DALAM PERBINCANGAN

5

Masalah Kerosakan Projector

· Bilik kuliah yang bermasalah dengan projector ialah YBK 10,11 & 12 langsung tidak boleh digunakan.

· Pusat Teknologi Maklumat Komunikasi (PTMK) sedang mendapatkan budget untuk membeli dan membaiki projector yang rosak daripada pihak Bendahari. Ini adalah kerana, budget bagi tahun 2010 belum lagi masuk ke unit PTMK bagi tujuan penyelengaraan.

· Pihak ICT juga tidak dapat menyediakan extra projector bagi membantu sistem pembelajaran kerana ‘potable projector’ yang sedia ada adalah khas bagi tujuan aktiviti Universiti.

· Harap pelajar khususnya KETUA KELAS dapat memaklumkan perkara ini kepada rakan sekelas dan pensyarah yang mengajar bahawa bilik tersebut langsung tidak boleh digunakan buat masa kini.

· Diharapkan juga kepada semua pelajar untuk bersabar sehingga budget dari pihak bendahari untuk pihak PTMK diluluskan.