Have an account?

05 February 2010

ANNUAL GRAND MEETING (AGM) PERKASA 2010





Tarikh : 1 Februari 2010
Tempat : WDKU 1

Waktu : 8.30 malam



Semua ahli Perkasa mula memenuhi tempat di dalam WDKU sebelum majlis bermula dan kaunter dibuka bagi kutipan yuran sebanyak RM10 dari semua ahli Perkasa.



Manakala,semua Ahli-ahli Majlis Tertinggi(MT) Perkasa yang baru mahupun mantan mula bersiap sedia menanti kedatangan Penasihat Perkasa iait
u Cik Nor Ashikin binti Muhamad Khairussaleh di pekarangan blok W.Gambar dibawah menunjukkan persiapan kami semasa menunggu beliau.





Setelah beberapa minit kami membuat persiapan,Cik Ashikin tiba.MT baru mahupun mantan mula mngambil tempat untuk mengiringi Cik Ashikin selalaku Penasihat untuk masuk ke dalam dewan.





MT mula mengambil tempat di dalam dewan.Slot pertama dimulai dengan ucapan daripada Penasihat Perkasa, Cik Nor Ashikin.Slot kedua, kesemua mantan MT dijemput naik ke atas pentas dan diteruskan lagi dengan ucapan mantan Pengerusi Perkasa, Mohd Fauzi bin Abd Gani.Slot yang seterusnya, Afiq Bin Mohamad Nor selaku mantan Setiauasaha Perkasa mula membentangkan aktiviti Perkasa yg dijalankan sepanjang 2008-2009.Seterusnya, mantan Bendahari, Siti Nuraffizza Binti Md. Yusuf juga menerangkan dan memebentangkan mengenai kewangan Perkasa sepanjang 2008-2009.Majlis diteruskan lagi dengan slot yg berikutnya iaitu bersoal jawab bersama mantan MT dan Penasihat Perkasa.Antara beberapa soalan yg diutarakan di dalam slot tersebut beserta dengan jawapan yang telah dijawab adalah seperti berikut:

SOALAN

JAWAPAN

1. Yuran Perkasa

-untuk kegunaan aktiviti di bawah PERKASA

-baki duit yang di bawa ke depan digunakan untuk MT baru jalankan aktiviti

2. Sijil Bridge Competition

-Terdapat 2 pihak iaitu untuk pemenang dan AJK

-Sijil untuk pemenang sudah disiapkan

-untuk AJK- dalam permohonan JHEPA

3. Kenapa AGM tidak di langsungkan di Gambang WaterPark?

-tiada budget lebih

4. Jaket fakulti mahal, tidak diukur terlebih dahulu, besar, dan jaket yang ada lining panas

-harga yang ditawarkan sebenarnya amat berpatutan

-jaket tidak diukur supaya tidak mengambil masa yang panjang untuk siap

5. Bila nak bt intra-fakulti?

-orang yang main adalah sama

-masalah H1N1

-telah diganti dengan permainan futsal

6. Game Online tidak dapat sijil

-masalah dalam pengurusan JHEPA menyebabkan sijil hilang

-permohonan sijil dibuat sekali lagi

7. Semester pendek

-dihapuskan kerana surat layang kepada KPT

-untuk baiki subjek tidak dibenarkan buat semester pendek melainkan yang gagal subjek sahaja.



Setelah sesi soal jawab selesai, tibalah ke slot yang terakhir.Kesemua MT baru Perkasa dijemput naik ke atas pentas dan Muhammad Iqram selaku Pegerusi Perkasa sesi 09/10 dijemput untuk memberikan sepatah dua kata.Kesemua ahli-ahli MT Perkasa sesi 09/10 juga diperkenalkan oleh Pengerusi Perkasa, saudara Muhammad Iqram.Kira-kira pukul 11 malam, majlis selesai dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Makanan turut diesediakan kepada ahli-ahli Perkasa yang menghadirkan diri dan kaunter juga dibuka bagi mereka yang ingin membayar yuran.Akhir skali,terima kasih diucapkan bagi ahli-ahli Perkasa yang hadir dan dapat melibatkan diri mereka dalam majlis ini.



Sekian...


Lebih banyak gambar di
GALLERY PERKASA








0 comments: