Have an account?

24 September 2008





GABUNGAN PERKASA & SRM JAYAKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA


Para pelajar dan pengusaha gerai bazar Ramadhan di UMP tidak melepaskan peluang menikmati keenakan bubur lambuk apabila sembilan kawah bubur lambuk berjaya diagihkan di UMP pada 20 September 2008 bertempat di Perkarangan Kolej Kediaman 1, UMP.

Pengagihan juadah berbuka puasa yang julung-julung kali diadakan itu dianjurkan oleh gabungan pelajar UMP seramai 34 orang iaitu Sekretariat Rakan Muda melalui Skuad Rakan Muda Idol dan Persatuan Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (PERKASA). Program ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta Pusat Islam & Pembangunan Insan.

Menurut Pengarah Bersama Program, Sazwan Sahar dari SRM, program ini diadakan secara gotong royong bermula dari penyediaan bahan-bahan mentah sehingga proses memasak bubur lambuk dengan dibantu oleh oleh tukang masak yang didatangkan khas dari salah sebuah kafe di kolej kediaman pelajar UMP.

“Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang pentingnya semangat kesukarelaan dikalangan pelajar institut pengajian tinggi,” tambah beliau.

Program pada hari tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Naib Canselor UMP, Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Pada kesempatan itu, Dato’ Daing Nasir telah sudi menyampaikan sendiri bubur lambuk kepada para pelajar UMP, pengusaha bazar Ramadhan dan pelajar-pelajar tahun 6 SK Panching Selatan.

Menurut Naib Canselor UMP, pujian dan galakan patut diberikan kepada semua pelajar yang terlibat dalam program ini dan saya amat menyokong penuh supaya program ini dapat diadakan sebagai salah satu acara tahunan.


“Bulan Ramadhan bukanlah satu alasan untuk tidak membuat sebarang aktiviti. Ia juga tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bergerak aktif.” “Aktiviti seperti ini memberi impak yang besar kepada pelajar kerana mereka dapat menimba ilmu dalam proses penyediaan resepi asli bubur lambuk negeri Pahang,” ujar beliau.

18 September 2008


RUANG PUBLISITI PERKASA DI FKASA


15 September 2008

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERDANA

Assalamuailaikum & salam sejahtera


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, PERKASA bersama-sama Sekretariat Rakan Muda (SRM) UMP akan menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk Perdana. Jadi, kepada rakan-rakan PERKASA sekalian, kami berbesar hati menjemput anda bagi memeriahkan lagi acara ini. Berikut adalah butiran lanjut mengenai Program Memasak Bubur Lambuk Perdana :

Tarikh : 20 September 2008 (Sabtu)


Masa : 10.00 a.m


Tempat : Masjid UMP


Anda rasa, bagaimanakah agaknya apabila majlis tertinggi PERKASA turun padang, menyingsing lengan dalam membantu dan menyediakan persiapan memasak? Anda ingin melihat abg aizuddin, abg khomaedi, abg faruq dan kak Izni memperlihatkan kemahiran mereka?? Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini, marilah beramai-ramai memeriahkan Program Memasak Bubur Lambuk Perdana pada 20haribulan ini di perkarangan masjid UMP.


Akhir kata, kami dari barisan kepimpinan PERKASA mengharapkan agar hubungan kita sesama ahli PERKASA tidak mengira program Degree mahupun Diploma dapat dieratkan lagi melalui program ini. Dengan ini saya mengundurkan diri dengan ucapan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. =)


Sekian, terima kasih.



p/s : sila update dengan memo dan blog untuk mengetahui
maklumat terkini




03 September 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat sekali lagi kita bersama menikmati rahmat di bulan ramadhan. Dengan itu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Nya kerana diberi peluang ini.

Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadhan pada kali ini sebagai satu titik tolak bagi diri kita untuk menambahkan lagi amal ibadat di samping mengenang akan kesususahan saudara seIslam kita di negara-negara lain yang lebih susah keadaannya.

Sebagai pelajar yang mengambil bidang kejuruteraan awam, kita terkenal dengan aktiviti pembelajaran outdoor yang sememangnya lasak dan memenatkan seperti Surveying work, Engineering Lab dan bermacam-macam lagi. Lagi-lagi di musim ramadhan ini, semestinya cabaran berpuasa lebih terasa. Nasihat kepada rakan-rakan terutamanya adik-adik tahun pertama, pastikan anda bersahur agar dapat menghadapi lab-lab anda dengan lebih bertenaga
=)

Akhir kata, saya mewakili barisan kepimpinan PERKASA sesi 07/08 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1429H