Have an account?

09 February 2010

ISU BERBANGKIT

Berikut merupakan 5 isu yang dibangkitkan dan dihadapi oleh pelajar FKASA yang disertakan dengan jawapan dari setiap isu yang dibangkitkan:

BIL

ISU

JAWAPAN

1

Latihan Industri(LI)

· Diingatkan kepada pelajar bahawa segala hal mengenai LI adalah masih di dalam perbincangan.

· Berikut adalah hasil perbincangan dari Unit Bendahari dan pihak fakulti:

a) dikenakan sistem sandwich (LI di pertengahan semester 6-7).

b) pembayaran yuran waktu LI adalah seperti biasa iaitu RM 1345 dikenakan pada semester 6. (RM1345 termasuk dengan LI dan pembelajaran semasa semester 6)

c) PTPTN masih lagi menanggung pembayaran tersebut.

d) semester 6- semester 7 merupakan waktu LI dijalankan dan pada semester 8, pelajar akan menjalani pembelajaran seperti biasa. (penambahan subjek akan dimaklumkan kemudian)

2

Survey Camp

· Yuran sebanayak RM 70 dikenakan kepada pelajar yang terlibat selama 10 hari kem dijalankan (yuran makan).

· Yuran asrama RM 3.50 sehari.

· Tempat : berkemungkinan dijalankan di Lepar Hilir.

· 30/04/10 merupakan tarikh dimana mesyuarat terakhir untuk menetapkan segala keputusan tentang kem dan segala keputusan tetap tersebut akan diumumkan kepada pelajar.

3

Kemalangan

· Diminta semua ahli Perkasa segera mendaftar nama mereka di UKP sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

· Sebarang tindakan segera seperti melawat, menghulurkan bantuan dan sebagainya tidak boleh dilakukan kepada mangsa sekiranya nama tidak didaftarkan di UKP.

4

Buku Rujukan

· Pihak MT Perkasa bercadang ingin menjual buku (rujukan/teks) secara berpusat kepada semua ahli Perkasa.

· Tujuan :

a) Supaya dapat memudahkan pelajar mencari & membeli buku rujukan.

b) Dapat meringan tugas-tugas pensyarah untuk menjual buku kepada pelajar.

c) Berkolerasi dengan pelajar senior yang berhasrat untuk menjual buku ‘second hand’ mereka kepada pelajar junior.

d) Membantu pelajar (senior) menjana duit dengan menjual buku yang ingin dijual.

· Tempat : Bilik PERKASA ( aras 2 FKASA)

· MASIH DALAM PERBINCANGAN

5

Masalah Kerosakan Projector

· Bilik kuliah yang bermasalah dengan projector ialah YBK 10,11 & 12 langsung tidak boleh digunakan.

· Pusat Teknologi Maklumat Komunikasi (PTMK) sedang mendapatkan budget untuk membeli dan membaiki projector yang rosak daripada pihak Bendahari. Ini adalah kerana, budget bagi tahun 2010 belum lagi masuk ke unit PTMK bagi tujuan penyelengaraan.

· Pihak ICT juga tidak dapat menyediakan extra projector bagi membantu sistem pembelajaran kerana ‘potable projector’ yang sedia ada adalah khas bagi tujuan aktiviti Universiti.

· Harap pelajar khususnya KETUA KELAS dapat memaklumkan perkara ini kepada rakan sekelas dan pensyarah yang mengajar bahawa bilik tersebut langsung tidak boleh digunakan buat masa kini.

· Diharapkan juga kepada semua pelajar untuk bersabar sehingga budget dari pihak bendahari untuk pihak PTMK diluluskan.

0 comments: