Have an account?

01 January 2009






~BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI (BPrO) 2009~

Tanggal 10-13 Disember 2008, seramai lebih kurang 120 0rang wakil bg setiap persatuan dan kelab di bawah naungan UMP telah berkumpul dan berkursus di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang. PERKASA telah menghantar 5 orang Majlis Tertinggi PERKASA yang baru bagi menghadiri bengkel yang diadakan setahun sekali ini. Selama 4 hari 3 malam kami berkursus, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antaranya adalah sesi ceramah 'Tips Menjayakan Program Secara Berkesan' oleh penceramah jemputan, Tn. Hj Fadzli bin Yusuf. Selain itu, terdapat juga slot diskusi terbuka bersama En. Arman bin A.Rahim, En. Yunan bin Abd Samad, Pn. Rozana bt Shahadan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta sesi suai kenal bersama ahli Majlis Perwakilan Pelajar 08/09. Terdapat pelbagai soalan-soalan yang kami ajukan dan kami juga berpuas hati dengan setiap jawapan yang pihak atasan berikan.
Kami dipecahkan kepada 7 kumpulan untuk melakukan aktiviti. Dari cara sebegini, kami dapat mengenali antara satu sama lain wakil persatuan dan kelab yang hadir. Aktiviti di sana tidak hanya kepada ceramah dan diskusi, kami juga didedahkan dengan aktiviti-aktiviti suai fizikal seperti flying fox, futsal, bola baling, jungle trekking dan merentasi jambatan gantung. Disebelah malam pula terdapat satu slot malam kebudayaan dimana setiap kumpulan diberikan tugas untuk mempersembahkan kretiviti masing-masing melalui persembahan kebudayaan seperti pentomin, sketsa, boria, nasyid, dan koir. Apa yang menariknya BPrO kali ini ialah, kami perlu menaiki lori kecil untuk sampai ke tempat penginapan kerana tiada laluan untuk bas menghantar ke dalam.
Saudari Amryana bt Pohan (Timbalan Pengerusi) juga telah dipilih sebagai Penghuluwati pada BPrO kali ini. Beliau juga telah dinobatkan sebagai peserta wanita kedua terbaik selepas saudari Farah Norshazrina bt Rosli dari kelab EKSTREM. Ini salah satu kebanggaan kami wakil PERKASA di sana. Segala kenangan manis dan pahit pada BPrO kali ini, kami pahatkan di minda dan ucapan terima kasih kepada semua peserta dan pihak pengurusan yang telah memberi kerjasama dengan baik.

0 comments: