Have an account?

10 November 2008



SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN...

Assalamualaikum w.b.t. kepada seluruh warga PERKASA Universiti Malaysia Pahang. Pertama sekali, saya ingin memohon seribu kemaafan kepada rakan-rakan sekalian di atas kelewatan mengperbaharui blog ini. Kepada mereka yang masih mempunyai exam, kami seluruh Majlis Tertinggi PERKASA mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir dan semoga rakan-rakan semua dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Manakala bagi kepada semua yang telah selesai kesemua paper final, saya ucapkan selamat bercuti dan marilah kita sama saling mendoakan kecemerlangan warga PERKASA. Kami dari Majlis Tertinggi PERKASA sentiasa mendoakan kejayaan rakan-rakan dan kami juga berharap semoga tugas dan aktiviti yang akan dijalankan pada semester hadapan berjalan lancar dengan jayanya serta mampu menaikkan nama Universiti Malaysia Pahang dan PERKASA khususnya. Akhir kata dari saya,sekali lagi saya ingin menghulurkan tangan memohon seribu kemaafan daripada hadirin sekalian. Kami Majlis Tertinggi baru sesi 2008/2009 bersedia menpertimbangkan segala pandangan dan idea bernas dari rakan-rakan sekalian demi kebaikan bersama. Selamat bercuti dan jutaan terima kasih di atas sokongan semua serta diharapkan semoga kerjasama dari seluruh warga PERKASA selama ini akan berterusan...insyaAllah. Sekian,terima kasih.

"kecemerlangan asas pembinaan peradaban insan"

Exco Sebaran dan Komunikasi,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam,

KHAIRULL AZMAN BIN SALEH.

0 comments: