Have an account?

19 October 2008

'FAMILY DAY' KEMUNCAK AKTIVITI TAHUNAN PERKASA 07/08

Pada 11 Oktober 2008, PERKASA telah menjalankan satu program iaitu Hari Keluarga bertempat di Pusat Rekreasi Balok. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PERKASA. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menanamkan kerjasama antara semua ahli PERKASA dan meningkatkan stamina serta mengurangkan stress sewaktu belajar dengan bersenam dan menyertai aktiviti yang telah dijalankan. Program ini dirasmikan oleh Naib Pengerusi PERKASA, Ummi Izni Binti Mohamad Tarmizi bagi menggantikan Prof Madya Ir Adnan Bin Zulkiple yang tidak dapat hadir disebabkan terpaksa memenuhi komitmen yang lebih penting pada saat- saat akhir. Program Hari Keluarga ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan program ini melibatkan seramai hampir 80 orang siswa-siswi Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam. Akhir kata, diharapkan program seperti ini akan lebih banyak diadakan pada masa hadapan kelak.

0 comments: