Have an account?

07 October 2008

PROGRAM ESTEEM PLUS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pada 20 September 2008, PERKASA telah menjalan satu bengkel perisian iaitu Esteem Plus bertempat di makmal FKASA. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan para graduan kepada perisian yang diguna pakai dalam bidang kejuruteraan awam. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menerapkan kemahiran menggunakan teknologi dalam sesuatu projek. . Program bengkel perisian ini telah berjaya dilaksanakan dalam 2 sesi dari 9am-6pm dan melibatkan seramai hampir 70 orang siswa-siswi Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam. Walau bagaimanapun program ini hanya dibuka kepada pelajar yang telah mengambil subjek R.C Design I. Pensyarah yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan bengkel ini adalah Cik. Rozlina Bt. Omar. Akhir kata, diharapkan program yang bercorak akademik akan lebih banyak diadakan pada masa hadapan kelak.

1 comments:

Perkasa said...

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua warga PERKASA Universiti Malaysia Pahang. Pertama sekali, saya selaku exco yang bertanggungjawab ke atas blog ini, saya ingin memohon seribu kemaafan kepasa kalian kerana terlewat mengupdate blog ini. Kepada mereka yang masih mempunyai exam, saya ucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan dan semoga rakan-rakan semua dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Dan kepada semua yang telah habis semua paper final, saya ucapkan selamat bercuti. Kami warga Majlis Tertinggi PERKASA sentiasa mendoakan kejayaan rakan-rakan dan kami juga berharap semoga tugas dan aktiviti yang akan dijalankan semester hadapan berjalan lancar serta mampu menaikkan nama Universiti Malaysia Pahang san PERKASA khususnya. Akhir kata dari saya,sekali lagi saya ingin menghulurkan tangan memohon seribu kemaafan daripada hadirin sekalian. Selamat bercuti dan atas sokongan semua serta kerjasama dari seluruh warga PERKASA akan berterusan. Sekian,terima kasih.
"kecemerlangan asas pembinaan peradaban..."