Have an account?

10 March 2008

PERASMIAN KLINIK AKADEMIK FKASA – PERKASA 2008
Pada 5 Mac 2008, telah berlangsung majlis perasmian Klinik Akademik FKASA – PERKASA 2008 bertempat di bilik mesyuarat Perpustakaan UMP. Dekan FKASA, Prof. Ir. Dr. Hj. Fadhadli b. Hj. Zakaria telah sudi merasmikan majlis tersebut dan memberi sokongan penuh kepada program yang julung-julung kali akan diadakan ini. Majlis dihadiri oleh para pensyarah FKASA, Pengerusi PERKASA dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Mengikut perancangan, klinik akademik ini akan diadakan pada setiap malam Rabu dan Khamis jam 9 p.m – 11 p.m. Program anjuran PERKASA ini akan mula diadakan pada 12 Mac 2008. Pelajar yang terlibat adalah mereka yang telah dipilih oleh pihak FKASA dan akan mendapat bimbingan daripada para fasilitator yang dilantik. Pelajar yang mendapat CPA 2.8 ke bawah dialu-alukan untuk menghadiri program ini. Namun, program ini hanya terbuka kepada pelajar tahun 1 dan 2 (diploma dan ijazah). Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada perkasakuktem@yahoo.com atau menghubungi Exco Akademik PERKASA di talian 0192004155.

PERKASA berharap agar program ini akan menjadi nilai tambah dalam usaha membantu FKASA melahirkan graduan kejuruteraan yang bukan sahaja cemerlang daripada segi akademik, malah mampu membantu orang lain berdasarkan prinsip “MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA

Sekian, terima kasih.

0 comments: