Have an account?

23 January 2011


Ciri-ciri pemimpin mestilah menepati piawaian kepimpinan yang ditentukan dalam sesuatu kelemahan yang tidak dapat mengimbagi kelayakan-kelayakan yang positif

Sifat-sifat utama yang perlu ada sebagai seorang pemimpin ialah kemahiran mental yang tinggi dan kreatif, minat dan mempunyai kebolehan yang luas untuk menyelesaikan sesuatu perkara, mempunyai kemahiran komunkasi yang tinggi dengan masyarakat, kematangan dalam membuat sesuatu tindakan, kekuatan motivasi, kemahiaran sosial dan keupayaan untuk mentadbir masyakaratnya.

Pemimpin juga mestilah sentiasa mengawasi setiap perkara yang dilakukan oleh orang bawahannya dengan membantu ahli mendapatkan sumber secara am untuk menyempurnakan tugas mereka. Sebagai pemimpin juga mestilah mempunyai kebolehan dalam memimpin, menggerak, mengarah dan berkomunikasi yang baik kepada ahli.

Cepat mengenal pasti kekurangan prestasi kerja dan berusaha membetulkannya serta menunjukkan teladan yang baik dan bertindak dengan pantas serta penuh minat dan berhati-hati semasa memimpin

Pemimpin yang baik juga mestilah membuat penilaian terhadap laporan yang telah disediakan serta menilai sama ada objektif atau tujuan sesuatu program itu tercapai ataupun tidak.

0 comments: