Have an account?

27 February 2011

PERSATUAN MAHASISWA KEJURUTERAAN AWAM & SUMBER ALAM

(PERKASA)

UNIT PENYELARASAN AKTIVITI PELAJAR

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

LEBUHRAYA TUN RAZAK, 26300 GAMBANG
Assalamualaikum n good day,
Perhatian kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri (LI)
Merujuk kepada perkara di atas, pelajar yang akan menjalani Li pada semester ini perlu mendapatkan borang Green Card. Borang ini wajib diisi oleh pelajar yang akan menjalani LI untuk memohon Green Card. Kegunaan Green Card ini adalah sebagai syarat kebenaran untuk masuk ke site. Untuk makluman semua, Green Card ini penting kepada pelajar yang akan menjalani LI. Kepada yang telah ada Green Card, sila pastikan Green Card anda masih dalam tempoh yang boleh digunakan.
SILA DOWNLOAD BORANG TERSEBUT DI http://www.cidb.gov.my/v6/files/upp1latest.pdf . PASTIKAN MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI DIISI DENGAN BETUL & HANTAR BORANG GREEN CARD KEPADA KETUA/WAKIL SEKSYEN MASING-MASING SEBELUM SELASA, 1 MAC 2011. Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada saya di talian 017-9393260.
A31-MUHAMMAD ZULHILMI B ALI
A32- ARJIANAH BINTI ALIAMAT
A33-ZULFADLI B. JUHARI
A34-MOHD SABREE FADZLEE B JAFFRI
A35/36-NADIA FAIRA BT MAT ZALI
AE31/32 - MUNIRAH IDAYU BT MOHD
“MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA”




sekian..

06 February 2011

FAMILY DAY PERKASA


Pada 22/1/11, sabtu, Perkasa telah menganjurkan satu program yang menyatukan pelajar Fkasa dari tahun 1 sampai lah ke tahun 4 iaitu Family Day. Seramai 60 orang pelajar yang mengikuti program ini pada hari tersebut. Pada hari tersebut, pada pukul 8 pagi semua peserta sudah siap sedia menunggu bas untuk bertolak ke Pantai Balok yang merupakan tempat pilihan pilihan untuk program ini. Kami dijangka tiba di sana dalam pukul 8.30 pagi. Setibanya disana, kami semua memulakan program dengan bacaan doa oleh saudara Sabree dan diikuti dengan senamrobik sebagai pemanas badan di dalam kumpulan masing-masing iaitu sebanyak 10 kumpulan. Setelah selesai bersenamrobik, kami terus bergerak ke tempat sukaneka yang telah disediakan oleh AJK-AJK yg bertugas. Pelbagai sukaneka yang disediakan untuk kami seperti Berjalan di dalam guni, Ikatan kasih, Sambutlah sayang dan berjalan diatas selipar gergasi (nama permainan kurg pasti..hehe). Sukaneka diadakan pada pagi hari dan kami abis bersukaneka sekitar pukul 11 pagi. Kemudian, kami meneruskan lagi program dengan permainan Galah panjang yang diasingkan antara lelaki dan perempuan. Selepas permainan galah panjang selesai, kami diberikan masa untuk menikmati hidangan tengahari dan berehat serta solat. Pukul 2 petang, kami diminta berkumpul untuk menghantar wakil dari setiap kumpulan yang akan menyertai pertandingan Bola Tampar Pantai dan selebihnya akan membantu AJK b’BBQ. Sekitar pukul 4.30, permainan dijangka tamat dan kami diminta kumpul bagi mengumumkan pemenang bagi keseluruhan permainan. Tempat pertama = G9 , ke-2 = G1 , ke-3 = . Tahniah kepada setiap kumpulan yang Berjaya dan tahniah juga kepada kumpulan lain walaupun tidak Berjaya tapi anda semua adalah THE BEST. Setelah selesai penyampai hadiah, kami dijemput untuk menikmati hidangan BBQ yang disediakan. Kami semua bertolak balik ke UMP pada pukul 6.30 petang. Kata-kata akhir, terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua peserta yang hadir pada ‘Family Day Perkasa 10/11’ pada kali ini. Diaharapkan program ini akan diteruskan pada masa akan dating dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua warga PERKASA. Sekian.