ANNOUNCEMENT
ChatRoom PERKASA kini berformat baru.
yang terletak di bawah POST.
Berikut adalah cara menggunakan ChatRoom ini
1. Anda dikehendaki Sign Up sebelum meninggalkan pesanan atau kata-kata.
2. Kemudian, Sign In di ruangan yang disediakan.
Terima Kasih.
INFO
-8/10-10/10 - ACARA BOLA SEPAK , BOLA TAMPAR, BOLA BALING..
15/10-17/10 - ACARA PINGPONG
MOH PAKAT RAMAI2 MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA ATLET FKASA
Traffic Feed
30 August 2009
Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:
Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.
Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.
Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang haram dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud: "Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram." (al-Maidah:42)
Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal, tetapi berbuka dengan makanan haram.
Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.
Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.


Namun begitu ini tidak bermakna kita memperoleh kemerdekaan dengan mudah. Sejak negara ini dijajah pada 24 Ogos 1511 dengan runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis, telah berlaku banyak peperangan dan pertempuran terhadap penjajah bagi menyatakan kebencian penduduk negara ini terhadap penjajah. Terdapat beberapa golongan yang cerdik pandai yang berjuang dengan menggunakan mata pena untuk menanamkan semangat perjuangan. Antara mereka ialah golongan berpendidikan agama yang mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris dan golongan ketiga ialah golongan sekular berpendidikan Melayu.
Selepas pendudukan Jepun, orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup kencang di Indonesia yang sedikit sebanyak mempengaruhi penduduk di sini. Namun begitu Tanah Melayu sekali lagi dijajah oleh British, dan malangnya penjajah melihat kemerdekaan bukanlah perkara utama bagi mereka malah mengumumkan cadangan penubuhan Malayan Union .
Pada tahun 1955, Tunku sekali lagi pergi ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya dan tarikh 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Laungan "merdeka" yang bergema di Stadium Merdeka turut sama dilaung dan dikongsi bersama di seluruh negara. Sejak itu, tanah air ini telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan kemakmuran yang membanggakan selama 52 tahun untuk dikongsi bersama setiap warganya tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.
Anda semua WAJIB menyediakan satu Pelan Pembelajaran Baru (New Study Plan). Ini perlu dilakukan untuk mengelakkan anda tertinggal matapelajaran sebelum graduat, juga memastikan anda telah merancang dengan baik bagaimana hendak menghabiskan semua kursus dan berapa lama jangkamasa untuk tamat pengajian. Sebagai contoh, ramai pelajar yang gagal kursus Soil Mechanics, Fluid Mechanics dan Theory of Structures. Dengan melengkapkan rancangan pembelajaran baru ini anda lebih peka terhadap rancangan pembelajaraan anda sendiri dari awal hingga akhir dan sekaligus dapat membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan termasuk masalah lebihan kredit melampau yang hendak dimuatkan di semester akhir serta kekurangan kredit yang boleh mengakibatkan masalah kewangan kelak. Banyak lagi faedahnya untuk pelajar dan juga bagi Penasihat Akademik untuk membimbing anda. Perlu di ingatkan bahawa PELAJAR BERTANGGUNGJAWAP SEPENUHNYA terhadap tyle="TEXT-ALIGN: justify; MARGIN: 0in 0in 0pt" class=MsoNormal>Omar Jamaludin
'
Unit Penasihatan Akademik
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, UMP
25 August 2009
MASALAH BERTEMU PA
SEMUA PELAJAR ADALAH DINASIHATKAN UNTUK MENGISI BORANG PERJUMPAAN DENGAN PENASIHAT AKADEMIK (2 SALINAN) SEBELUM BERJUMPA DENGAN PA MASING-MASING. SEKIRANYA PA TIADA DI BILIK, SILA TINGGALKAN SATU BORANG DI DALAM BILIK PA MELALUI PINTU BILIK. PA AKAN BERHUBUNG DENGAN ANDA SEBAIK SAHAJA MENERIMA BORANG TERSEBUT. PASTIKAN BORANG LENGKAP DI ISI TERUTAMANYA NO HAND PHONE AGAR MUDAH UNTUK PA HUBUNGI ANDA.
SELAIN UNTUK REKOD PELAJAR, BORANG ITU JUGA DAPAT DIGUNAKAN SEBAGAI BUKTI YANG ANDA TELAH BERUSAHA DATANG BERJUMPA PA. HARAP PELAJAR TIDAK LAGI MENGGUNAKAN ALASAN NAK JUMPA PA TAPI PA TIADA DI BILIK KERANA JIKA TIADA BORANG YANG DI ISI DAN DI TINGGALKAN OLEH PELAJAR DI BILIK PA SEWAKTU KETIADAAN PA DI BILIK, BERMAKNA PELAJAR MEMANG TAK PERNAH DATANG BERTEMU PA.
HARAP MAKLUM DAN SILA AMBIL PERHATIAN TERHADAP PERKARA INI.
OMAR BIN JAMALUDIN
PENYELARAS
UNIT PENASIHATAN AKADEMIK
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN SUMBER ALAM, UMP







