Have an account?

30 August 2009

PERHATIAN kepada semua pelajar yang telah tertinggal mana-mana kursus dalam pengajiannya (seperti kes gugur kursus, gagal, tak daftar, tak boleh daftar kerana gagal kursus prerequisite, ulang, baiki gred dan lain-lain lagi).

Anda semua WAJIB menyediakan satu Pelan Pembelajaran Baru (New Study Plan). Ini perlu dilakukan untuk mengelakkan anda tertinggal matapelajaran sebelum graduat, juga memastikan anda telah merancang dengan baik bagaimana hendak menghabiskan semua kursus dan berapa lama jangkamasa untuk tamat pengajian. Sebagai contoh, ramai pelajar yang gagal kursus Soil Mechanics, Fluid Mechanics dan Theory of Structures. Dengan melengkapkan rancangan pembelajaran baru ini anda lebih peka terhadap rancangan pembelajaraan anda sendiri dari awal hingga akhir dan sekaligus dapat membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan termasuk masalah lebihan kredit melampau yang hendak dimuatkan di semester akhir serta kekurangan kredit yang boleh mengakibatkan masalah kewangan kelak. Banyak lagi faedahnya untuk pelajar dan juga bagi Penasihat Akademik untuk membimbing anda. Perlu di ingatkan bahawa PELAJAR BERTANGGUNGJAWAP SEPENUHNYA terhadap tyle="TEXT-ALIGN: justify; MARGIN: 0in 0in 0pt" class=MsoNormal>Omar Jamaludin
'
Penyelaras
Unit Penasihatan Akademik
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, UMP

0 comments: