Have an account?

19 August 2009

SETINGGI PENGHARGAAN BUAT TETAMU MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN PERKASA 2009

Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Makan Malam PERKASA yang telah diadakan pada 16 Ogos yang lepas di Bukit Gambang Resort City.

Alhamdulillah,majlis ini telah selamat diadakan dengan penyertaan hampir 200 orang keseluruhannya.Terima kasih kerana memberi kerjasama dalam menyokong majlis ini walaupun pada awalnya terdapat pelbagai halangan yang terpaksa ditempuh dalam usaha untuk merancang majlis ini.

Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir kerana telah berjaya merealisasikan majlis makan dengan mentransformasikan diri anda sendiri kepada sesuatu kelainan yang memang di luar jangkaan kami semua. Kami berharap para hadirin yang hadir berasa puas hati dengan layanan yang telah diberikan.

Mohon maaf jika terdapat salah dan silap ataupun sebarang kekurangan dalam majlis itu. Akhir kata,diharap pada masa akan datang,anda akan memberi sokongan untuk menyertai majlis makan malam yang hanya akan diadakan setahun sekali.

Sekian,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
MEOR AIROL SHAFIQ BIN MEOR SHAMSUDDIN
NUR SHAHIRA DIANA BT SALEHUDDIN
Ajk publisiti.

0 comments: