Have an account?

25 August 2009

PENCARIAN AJK FAMILY DAY 2009

Merujuk perkara di atas, Persatuan Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (PERKASA) akan menganjurkan satu lagi aktiviti dan program yang diberi nama 'FAMILY DAY 09'.

Sebagai langkah permulaan, kami ingin mencari ahli Perkasa yang sudi menjadi ahli jawatankuasa program (AJK) bagi melancarkan lagi program ini. Pencarian ini terbuka kepada semua ahli Perkasa tanpa menghadkan tahun dan umur.

Walau bagaimanapun, senarai calon yang diterima akan disenarai pendek melalui satu sesi temuduga yang akan diberitahu kelak. Sekiranya, anda berminat untuk menyertai program ini bolehlah membalas memo atau menghubungi saya seperti di bawah.

Sekiranya berminat, penuhilah butiran-butiran di bawah :-

NAMA :

NO ID :

NO TEL :

JAWATAN YANG DIPOHON :


Senarai jawatan:-

1) Logistik & Pengangkutan

2) Publisiti & Promosi

3) Cenderahati

4) Tugas-tugas Khas

5) Makanan

6) Aktiviti & Protokol

7) Bendahari

8) Setiausaha


Sekiranya terdapat kemusykilan, ringan-ringankanlah tangan anda untuk menghubungi saya.


Saya yang menjalankan tugas,

NORAZILA BINTI KAMARULZAMAN

No tel : 019-7411414

Oovoo : spongegirl

Emel : spongegirl_zila88@yahoo.com

0 comments: