Have an account?

27 July 2008






Pada 18 – 20 Julai yang lalu, seramai 38 orang mahasiswa/i Persatuan Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (PERKASA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama 2 orang pensyarah FKASA telah berkampung si Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor (SMTKS) selama 3 hari 2 malam bagi menjayakan “Program Selangkah Ke Menara Gading”.

Program yang berobjektifkan memberi pendedahan awal kepada peserta tentang suasana pembelajaran di universiti beserta cabaran –cabaran yang bakal dihadapi agar lebih bersedia serta memberi motivasi dan menarik minat para pelajar untuk meneruskan bidang pengajian ke peringkat pengajian tinggi setelah tamat alam persekolahan ini telah menarik penyertaan lebih daripada 110 orang pelajar tingkatan 5. Pengisian program dimulakan dengan taklimat Universiti yang diberikan oleh Cik Roslina Bt. Omar dan Cik Nor Ashikin Bt. Mohd Khairussalleh dari FKASA. Selain itu, program Latihan Dalam Kumpulan juga dimasukkan di dalam program ini dengan mendedahkan pelajar SMTKS dengan modul ”Ice-Breaking”, Ekspresi Dirimu, Pembinaan Model serta modul Matlamat dan Kerjayaku. Selain itu, program ini juga telah mendapat pendedahan khusus oleh En. Wan Nazrul Helmy B. Wan Mohd Zin, Pegawai Khas kepada Naib Canselor UMP dengan ceramahnya yang bertajuk ”Selangkah Ke Menara Gading : Cabaran & Persediaan Menghadapinya”.

Penutup program ini telah disempurnakan oleh Ustaz Ahmad B. Abd Razak, Penolong Kanan Ko-Kurikulum selaku wakil Pengetua SMTKS. Pelbagai maklumbalas yang diterima oleh pelajar SMTKS menyatakan bahawa program ini banyak memberikan manfaat kepada mereka dalam memacu kelangsungan perjalanan hidup mereka selepas alam persekolahan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan oleh generasi PERKASA kelak atas nama membina modal insan serta perjuangan demi bangsa, agama dan negara.



0 comments: