Have an account?

08 August 2008




STUDENT LIFE IN MALAYSIA AND THE UNITED STATES

Pada 25 Julai 2008, UMP dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat dan ERA Consumer Malaysia telah menganjurkan program Student’s Life In Malaysia And The United States bertempat di Hyatt Regency Kuantan Resort. Program yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin Bin Mohd, Timbalan Naib Canselor UMP telah disertai oleh 100 orang pelajar dari UMP dan 10 orang pelajar dari Amerika Syarikat (AS) yang terpilih untuk berkongsi pengalaman dan idea diantara mahasiswa Malaysia dan mahasiswa dari AS. Pembentangan pembukaan yang pertama telah dilakukan oleh pegawai kebudayaan Kedutaan Amerika Syarikat, Dr. Marjorie R. Harrison.

Pelajar-pelajar AS yang terpilih adalah pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program “2008 Summer Program In Malaysia, Globalization In Southern Asia”. Fasilitator-fasilitator yang terlibat adalah terdiri daripada Pegawai dari Kedutaan Amerika Syarikat, pensyarah dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, UMP serta dari ERA Consumer Malaysia. Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam telah mengamanahkan PERKASA untuk menghantar 16 orang wakil pelajar ke program tersebut. Mereka telah menjalani beberapa modul dalam program tersebut seperti

  1. My Impression of Malaysia By an American Student, and My impression of the United States By a Malaysian Student”.
  2. Campus Life and Extra Curricular Activities in Malaysia and the United States
  3. “Popular Culture Among University Student in Malaysia and United States”

Semoga program ini memberi banyak manfaat kepada para peserta dan diharapkan mereka dapat memanfaatkan peluang berkomunikasi bersama penutur sejati Bahasa Inggeris dari AS.


0 comments: