Have an account?

06 February 2009


PENCARIAN AJK PELAKSANA PERTANDINGAN REKABENTUK MODEL BANGUNAN.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga UMP.

Sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (PERKASA) akan mengadakan program Pertandingan Rekabentuk Model Bangunan pada penghujung bulan Februari ini. Sehubungan dengan itu, kami ingin mencari AJK pelaksana bagi menjayakan program tersebut. Peluang adalah terbuka kepada semua ahli PERKASA yang berminat .

Semua AJK yang diperlukan adalah seperti berikut:

1) AJK LOGISTIK & TEKNIKAL(PERSIAPAN TEMPAT) (5 org)
2) AJK MAKANAN & KEBAJIKAN (2 org)
3) AJK TAJAAN DAN CENDERAHATI (3 org)
4) AJK PUBLISITI DAN TUGAS-TUGAS KHAS(2 org)

Penyertaan dari semua warga PERKASA amatlah dialu-alukan. Inilah peluang anda untuk memperoleh pengalaman dalam mengendali dan menjayakan sesuatu program.Sijil akan disediakan.

Kepada sesiapa yang berminat, sila balas memo di e-comm masing-masing secepat yang mungkin beserta dengan butiran-butiran berikut:

NAMA:
NO. IC:
NO. MATRIK:
NO.TELEFON:
JAWATAN PILIHAN:

Segala perhatian dan kerjasama saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, wasalam.

"MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"

Yang menjalankan tugas,

KHAIRULL AZMAN BIN SALEH
Setiausaha Program Pertandingan Rekabentuk Model Bangunan

0 comments: