Have an account?

05 February 2009

TABUNG KEAMANAN DUNIA

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Untuk pengetahuan anda semua, satu program kutipan derma yang dianjurkan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang dijalankan. Kutipan derma ini dijalankan untuk membantu saudara-saudara kita yang berada di Palestin.

Oleh itu, kita sebagai warga UMP yang berintelektual dan berkarisma perlulah prihatin kepada saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan . Demi menjaga keamanan dan keharmonian dunia, marilah kita sama-sama membantu dan menderma untuk 'Tabung Keamanan Dunia', RM 1 amat berharga kepada saudara kita di sana.

Bagi pensyarah/staf yang prihatin, bolehlah merujuk kepada En. Khalimi Johan Bin Abd. Hamid bagi menghulurkan sumbangan untuk 'Tabung Keamanan Dunia' ini.

Sekian, Terima Kasih.

"We stirive to provide excellent and innovative academic programs which are adaptable to stakeholders expectation,producing highly competitive graduates, through qualified associates and state of the art facilities based on the vision of UMP"

Yang Menjalankan Tugas,

SYAFIQAH BT. MOHAMED SALLEH
Exco Kebajikan & Kerohanian PERKASA 08/09

0 comments: