Have an account?

10 April 2009


16 Pasukan sertai pertandingan reka bentuk

KUANTAN – Kerjasama antara ahli membawa kepada kejayaan Kumpulan 10 menjuarai Pertandingan Reka Bentuk Bangunan Perkasa anjuran Persatuan Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (Perkasa), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Pertandingan julung kali itu menerima sambutan hangat oleh mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam dan sebanyak16 pasukan menyertai pertandingan itu.

Kumpulan 10 dianggotai lima penuntut Tahun Dua iaitu Afiq Mohamad Nor, Mohd Syazwan Ramli, Mohd Amirul Hakim Sidek, Ahmad Muaz Mazalan dan Mohd Arif Rusli.

Kemenangan mereka disifatkan sebagai satu penghargaan atas usaha mereka selama beberapa minggu lalu.

Ketua Kumpulan 10, Muaz berkata, mereka mempertaruhkan rekaan dikenali sebagai Arach Tower yang diaplikasikan dalam bentuk sarang labah-labah sebagai struktur utama. “Kami mengambil masa kira-kira seminggu dan setiap ahli kumpulan menyumbangkan tenaga bagi menyiapkan model ini.

“Model ini adalah sebuah taman tema yang dilengkapi hotel dan kemudahan lain yang bertaraf dunia dan ia boleh direalisasikan dalam dunia sebenar,” katanya ketika ditemui pada pertandingan itu, di sini.

Hadir sama, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Prof Dr Idris Zakaria.

Beliau menyifatkan pertandingan itu sebagai batu loncatan kepada mahasiswa untuk mengasah bakat mereka dalam bidang reka bentuk.

Tempat kedua dimenangi Kumpulan Lima yang mempertaruhkan model rekaan bangunan Kompleks Islam yang dikenali sebagai Spiral Starlight.

Manakala tempat ketiga dimenangi Kumpulan 11 yang mempertaruhkan model rekaan menara yang di namakan Starlight Tower.

Johan pertandingan membawa pulang RM500 berserta hamper, pingat dan sijil, tempat kedua (RM300, hamper, pingat dan sijil) dan tempat ketiga (RM200 hamper, pingat dan sijil).
`
`
Akhbar : Sinar Harian

0 comments: