Have an account?

09 April 2009


KEJAYAAN PENGANJURAN PROGRAM PERTANDINGAN REKABENTUK MODEL BANGUNAN PERKASA 2009


ASTAKA UMP - Persatuan Kejuruteraan Awam & Sumber Alam Universiti Malaysia Pahang telah berjaya menganjurkan sebuah program berorientasikan akademik di mana penekanan difokuskan kepada rekaan model bangunan masa hadapan. Program ini telah melalui beberapa fasa dan perubahan konsep yang pada peringkat awalnya menjurus kepada teknologi senibina. Namun begitu, dekan FKASA, Prof. Ir. Ideris Bin Zakaria telah memberikan nafas baru kepada program ini dengan menampung perbelanjaan bajet sepanjang program ini.


Program tersebut telah berjaya menarik penyertaan dari segenap peringkat pengajian dalam Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam sendiri mahupun dari fakulti lain di UMP. Program yang dipengarahkan oleh saudara Wan Mohd. Fakri bin Wan Rahim ini bukan sahaja telah membuka lembaran baru ke arah memperkasakan mahasiswa dari fakulti ini, malahan telah berjaya menjalinkan ikatan silarurahim yang utuh di kalangan mahasiswa UMP. Kehadiran wartawan dari akhbar Sinar Harian juga diharap mampu mempromosikan di samping memberikan informasi kepada komuniti di luar bahawa mahasiswa UMP dan Fakulti Kejuruteraan Awam khususnya mampu mencipta dan menghasilkan rekaan yang hebat.


Pertandingan Rekabentuk Model Bangunan PERKASA ini telah dimenangi oleh wakil pelajar tahun dua ijazah sarjana muda kejuruteraan awam. Johan pertandingan telah merangkul pingat emas, wang tunai berjumlah RM500.00, beserta hamper manakala tempat kedua dan ketiga pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM300.00 dan RM200.00 beserta hamper dan sijil. Rata-rata model yang dipertandingkan adalah bersifat kompetetif dan saingan daripada pelajar diploma juga tidak kurang hebatnya.


Semoga pertandingan ini dapat diteruskan di masa hadapan dan dijangka penyertaan turut akan dibuka kepada IPTA mahupun IPTS di sekitar pantai timur. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK yang telah bergabung tenaga dan mengorbankan masa untuk memastikan kelancaran program ini.


Semoga terus maju jaya di masa hadapan..... Tahniah PERKASA!

0 comments: