Have an account?

23 July 2009



FAKTOR BERLAKUNYA TANAH RUNTUH


Faktor yang berpotensi menyumbang kepada tanah runtuh boleh dibahagikan kepada faktor alam dan faktor manusia. Faktor-faktor alam adalah berkait dengan jenis bahan dan ketebalan, geomorfologi, pemendakan, dan pemototongan cerun. Faktor-faktor manusia termasuk pengubahsuaian cerun, puncak cerun overloading, pengubahsuaian saliran, dan pemindahan tumbuh-tumbuhan.

Tanah runtuh berpunca daripada kegagalan bahan tanah atau batuan yang tidak dapat bertahan dari satu kedudukan akibat beberapa faktor tertentu. Oleh itu, proses susutan jisim tanah berlaku pada permukaan bumi. Punca berlakunya tanah runtuh boleh disebabkan oleh beberapa faktor ringkas iaitu:

Berlakunya luluhawa hakisan (erosion) oleh sungai, glasier atau ombak laut yang menghasilkan tebing atau cerun yang curam dan lebih terdedah kepada permukaan luluhawa.

Penarahan bukit dan penebangan pokok hutan oleh aktiviti manusia juga mengundang risiko berlakunya hakisan yang lebih teruk pada cerun. Tiada lagi tumbuhan sebagai pengikat tanah

Kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak serta mengalir ke tempat lain. Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil

Gempa bumi (earthquakes) yang menghasilkan gegaran dan ketegangan boleh menyebabkan struktur cerun yang sedia lemah mengalami runtuhan atau menyebabkan pergerakan sesar (discontinuity) menjadi lebih aktif lagi

Letusan gunung berapi boleh menyebabkan runtuhan gunung dan menghasilkan mendakan piroklas, hujan lebat, dan aliran lumpur yang banyak dan boleh memasuki sungai-sungai atau tasik
Gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh juga mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah. Aktiviti perlombongan dan pengkuarian yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.

Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh

Hujan lebat yang berterusan juga boleh mengakibatkan tanah cerun menjadi tepu dan longgar serta berkemungkinan besar mengalami runtuhan.

0 comments: