Have an account?

23 July 2009

Susulan Kejadian Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Runtuh...

Bumbung stadium runtuh

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter.
Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).

Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu termasuk pengarahnya, Ahmad Sabri Hussin berada di tempat kejadian bagi mengumpul maklumat serta keterangan berhubung kejadian itu.

Konsultan UK dilantik siasat bumbung stadium runtuh

04/07/2009 4:59pm

KUALA TERENGGANU 4 Julai — Kerajaan Terengganu melantik sebuah konsultan dari United Kingdom (UK) bagi menyiasat punca sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dekat Gong Badak, runtuh pada 2 Jun lepas.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata konsultan itu yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dijangka menyerahkan hasil siasatan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Kita bersetuju melantik sebuah firma dari United Kingdom untuk mengendalikan kerja-kerja siasatan runtuhan bumbung stadium itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi pada 2 Jun lepas, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hampir musnah apabila kira-kira 60 peratus struktur bahagian bumbungnya runtuh.

Stadium berharga RM292 juta itu baru siap kira-kira setahun lepas dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata stadium itu ditutup sehingga kerja-kerja membaikpulih dilakukan sepenuhnya dan ia akan dibuka setelah mendapat jaminan keselamatan daripada kontraktor yang dilantik.

Katanya kerajaan Terengganu bersetuju melantik konsultan swasta itu kerana berpendapat perlunya dua pihak yang menjalankan siasatan tersebut, iaitu bagi kerajaan pusat dan negeri.
Beliau berkata segala perbelanjaan untuk khidmat perunding dari UK itu akan dibiayai sendiri oleh kerajaan negeri.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata beberapa gelanggang yang ada di stadium itu seperti gelanggang skuasy dan bola sepak terpaksa ditutup dan kejohanan-kejohanan yang sepatutnya diadakan di situ, dipindahkan ke tempat lain.

— BERNAMA

0 comments: