Have an account?

19 July 2009

PERJUMPAAN MAHASISWA/I BARU FKASA BERSAMA PERKASA


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Merujuk kepada perkara di atas, satu perjumpaan bersama pelajar-pelajar baharu[kemasukan 09/10] FKASA bersama barisan kepimpinan PERKASA.Berikut merupakan butiran lanjut tentang perjumpaan:-

Tarikh : 20/07/2009
Hari : Isnin Masa : 8.00 malam
Tempat : Blok W,DKU1
Pakaian : Kasual

Sila bawa RM10 bagi tujuan pembayaran yuran keahlian untuk tempoh setahun. Kehadiran anda adalah wajib dan sedikit jamuan ringan akan disediakan.

Sekian,terima kasih


"MEMPERKASA KECEMERLANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"

Yang menjalankan tugas,

(AMRYANA BINTI POHAN)
Timbalan Pengerusi PERKASA 08/09
No Tel : 014-5056211
Skype : am_manah1
Emel : am_perkasa@yahoo.com
Welcome to the new student...







10 April 2009


16 Pasukan sertai pertandingan reka bentuk

KUANTAN – Kerjasama antara ahli membawa kepada kejayaan Kumpulan 10 menjuarai Pertandingan Reka Bentuk Bangunan Perkasa anjuran Persatuan Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (Perkasa), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Pertandingan julung kali itu menerima sambutan hangat oleh mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam dan sebanyak16 pasukan menyertai pertandingan itu.

Kumpulan 10 dianggotai lima penuntut Tahun Dua iaitu Afiq Mohamad Nor, Mohd Syazwan Ramli, Mohd Amirul Hakim Sidek, Ahmad Muaz Mazalan dan Mohd Arif Rusli.

Kemenangan mereka disifatkan sebagai satu penghargaan atas usaha mereka selama beberapa minggu lalu.

Ketua Kumpulan 10, Muaz berkata, mereka mempertaruhkan rekaan dikenali sebagai Arach Tower yang diaplikasikan dalam bentuk sarang labah-labah sebagai struktur utama. “Kami mengambil masa kira-kira seminggu dan setiap ahli kumpulan menyumbangkan tenaga bagi menyiapkan model ini.

“Model ini adalah sebuah taman tema yang dilengkapi hotel dan kemudahan lain yang bertaraf dunia dan ia boleh direalisasikan dalam dunia sebenar,” katanya ketika ditemui pada pertandingan itu, di sini.

Hadir sama, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Prof Dr Idris Zakaria.

Beliau menyifatkan pertandingan itu sebagai batu loncatan kepada mahasiswa untuk mengasah bakat mereka dalam bidang reka bentuk.

Tempat kedua dimenangi Kumpulan Lima yang mempertaruhkan model rekaan bangunan Kompleks Islam yang dikenali sebagai Spiral Starlight.

Manakala tempat ketiga dimenangi Kumpulan 11 yang mempertaruhkan model rekaan menara yang di namakan Starlight Tower.

Johan pertandingan membawa pulang RM500 berserta hamper, pingat dan sijil, tempat kedua (RM300, hamper, pingat dan sijil) dan tempat ketiga (RM200 hamper, pingat dan sijil).
`
`
Akhbar : Sinar Harian

09 April 2009


KEJAYAAN PENGANJURAN PROGRAM PERTANDINGAN REKABENTUK MODEL BANGUNAN PERKASA 2009


ASTAKA UMP - Persatuan Kejuruteraan Awam & Sumber Alam Universiti Malaysia Pahang telah berjaya menganjurkan sebuah program berorientasikan akademik di mana penekanan difokuskan kepada rekaan model bangunan masa hadapan. Program ini telah melalui beberapa fasa dan perubahan konsep yang pada peringkat awalnya menjurus kepada teknologi senibina. Namun begitu, dekan FKASA, Prof. Ir. Ideris Bin Zakaria telah memberikan nafas baru kepada program ini dengan menampung perbelanjaan bajet sepanjang program ini.


Program tersebut telah berjaya menarik penyertaan dari segenap peringkat pengajian dalam Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam sendiri mahupun dari fakulti lain di UMP. Program yang dipengarahkan oleh saudara Wan Mohd. Fakri bin Wan Rahim ini bukan sahaja telah membuka lembaran baru ke arah memperkasakan mahasiswa dari fakulti ini, malahan telah berjaya menjalinkan ikatan silarurahim yang utuh di kalangan mahasiswa UMP. Kehadiran wartawan dari akhbar Sinar Harian juga diharap mampu mempromosikan di samping memberikan informasi kepada komuniti di luar bahawa mahasiswa UMP dan Fakulti Kejuruteraan Awam khususnya mampu mencipta dan menghasilkan rekaan yang hebat.


Pertandingan Rekabentuk Model Bangunan PERKASA ini telah dimenangi oleh wakil pelajar tahun dua ijazah sarjana muda kejuruteraan awam. Johan pertandingan telah merangkul pingat emas, wang tunai berjumlah RM500.00, beserta hamper manakala tempat kedua dan ketiga pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM300.00 dan RM200.00 beserta hamper dan sijil. Rata-rata model yang dipertandingkan adalah bersifat kompetetif dan saingan daripada pelajar diploma juga tidak kurang hebatnya.


Semoga pertandingan ini dapat diteruskan di masa hadapan dan dijangka penyertaan turut akan dibuka kepada IPTA mahupun IPTS di sekitar pantai timur. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK yang telah bergabung tenaga dan mengorbankan masa untuk memastikan kelancaran program ini.


Semoga terus maju jaya di masa hadapan..... Tahniah PERKASA!

05 April 2009

Looking for something that special everyday...


Myspace Quotes

Myspace Quotes

Myspace Quotes