Have an account?

12 March 2009

BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN
.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Fakulti telah diminta oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) untuk mendapatkan 40 orang pelajar tahun 3 (20 - BAA & 20-DAA) untuk menghadiri satu bengkel pengurusan kewangan yang akan dikendalikan oleh pihak luar pada :
.
Tarikh : 4-5 April 2009
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : DKU, Blok W, UMP
Penyertaan : Percuma, makan/minum dan sijil diberikan
.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana menguruskan kewangan dengan berkesan dan melatih pelajar untuk menjadi perunding kewangan yang profesional kelak. Sehubungan itu, pihak Fakulti memohon kerjasama saudara untuk mendapatkan 40 orang pelajar yang berminat untuk menyertai program berkenaan dengan memberikan maklumat lengkap seperti berikut :
.
1) Nama penuh
2) No ID
3) No Kad Pengenalan
.
Senarai nama pelajar yang berminat haruslah diserahkan kepada saya selewatnya pada hari Isnin - 16 Mac 2009. Jika terdapat sebarang permasaalahan boleh berhubung terus dengan saya. Sekian, terima kasih.
.
** BAGI MAHASISWA/I SECOND AND FIRST YEAR YANG BERMINAT ANDA JUGA BOLEH MENGIKUTI DENGAN MEREPLY MEMO INI..
.
SEKIAN, HARAP MAKLUM.
.
"MEMPERKASA KECERMELANGAN KEMEGAHAN BERSAMA"
.
.
YANG MENJALANKAN TUGAS,
MOHD FAUZI BIN ABD GANI
PENGERUSI,
PER. KEJ. AWAM & SUMBER ALAM (PERKASA) 2008/2009
.
013-9144198 / 017-6544812
Skype : spongepogie
no umah: P18/4
.
b.p DEKAN FKASA PENDAFTAR FKASA

0 comments: