Have an account?

13 March 2009

Penyelidikan UMP temui kaedah bersihkan air hujan, bawah tanah sebagai sumber alternatif

Penyelidikan UMP temui kaedah bersihkan air hujan, bawah tanah sebagai sumber alternatif MASALAH bekalan air bersih masih dihadapi penduduk di sesetengah penempatan luar bandar termasuk perkampungan Orang Asli kerana projek penyaluran air terawat ke kawasan berkenaan membabitkan kos tinggi serta tempoh lama disiapkan. Ketiadaan kemudahan asas itu memaksa penduduk terbabit memanfaatkan sumber air semula jadi sedia ada terutama air perigi dan hujan untuk kegunaan harian termasuk memasak serta minuman.

Abdul Syukor berkata, penyelidikan sejak Mei 2006 itu bermula dengan kajian sosial di Kampung Simpai Pekan, Pahang yang dihuni lebih 2,000 penduduk Orang Asli dan tidak mendapat bekalan air bersih berpuluh tahun lamanya. Beliau berkata, kajian di bawah seliaan Prof Madya Dr Abdullah Ibrahim itu turut disertai Suryati Sulaiman, Dr Zularisam Ab Wahid, Zahrizan Zakaria, Aimi Ilmar Ramli, Hasmanie Abdul Halim, Norasman Othman, Shairul Rohaziawati Samat, Kamariah Mat Peah serta Mohd Rashid Ab Hamid. Hasil kajian selama enam bulan itu katanya, menunjukkan sejak sekian lama sumber air penduduk kampung berkenaan adalah air tadahan hujan dan perigi, justeru, mereka amat mengharapkan bekalan air bersih bagi kegunaan harian serta mengelakkan penyakit akibat air tercemar.
`
Tok Batin Marjan dari kampung ini memberi kerjasama terutama semasa kajian sosial dengan harapan penyelidikan ini dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih bagi penduduk kampung berkenaan serta di kawasan lain. Hasil penyelidikan ini juga sudah dikemukakan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan mereka menyatakan kesediaan bekerjasama termasuk dana bagi membolehkan Wasra dibangunkan di perkampungan Orang Asli, katanya. Abdul Shukor berkata, hasil penyelidikan yang memenangi pingat emas dan Anugerah Khas Presiden Korea Institute Of Patent Information di Korea tahun lalu itu menarik perhatian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) yang menawarkan dana RM900,000 bagi membolehkan Wasra dilaksanakan secara rintis di Kampung Simpai Pekan. Setakat ini, Wasra dibangunkan pada skala makmal. Perolehan dana Mosti dalam tempoh terdekat ini membolehkan ia dilaksana secara rintis di Kampung Simpai Pekan sebelum diperluas ke kawasan luar bandar lain hingga ke peringkat antarabangsa seperti Indonesia, katanya.

Akhbar:Berita Harian