Have an account?

06 September 2009

FLOATING TOWER COMPETITION - TERBUKA UMP

floating tower Pictures, Images and Photos

Merujuk perkara di atas, PERKASA di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam bakal menganjurkan sebuah pertandingan berbentuk akademik yang julung-julung kalinya diadakan bersempena Karnival Akademik UMP. Dalam konteks teras fakulti untuk mewujudkan prakarsa-prakarsa bagi membina etos-etos mahasiswa yang dinamik, pertandingan ini dilihat mampu memenuhi aspirasi UMP sendiri untuk mengasah mentaliti mahasiswa yang fleksibel dari perspektif akademik dan kemahiran. Objektif pertandingan ini meliputi:-

i) Apply basic engineering principles.

ii) Identify basic shapes that form structures.

iii) Design a tower for structural strength.

iv) Design and construct floating tower using limited material amounts.

v) Calculate efficiency rating to determine best designed tower and the highest failure load of the tower.

Berikut merupakan butiran program ini:-

DATE : 29 SEPTEMBER 2009

VENUE : FKASA LABORATORY

Selain itu, pertandingan ini akan turut disertai oleh IPTA/IPTS dan sekolah-sekolah luar. Badan-badan pelajar mahupun individu-individu dari UMP sendiri sentiasa dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Borang penyertaan dan maklumat lanjutan berhubung program akan diserahkan kepada pihak pengurusan setiap fakulti.

Sehubungan dengan itu, diharap semoga inisiatif ini mampu menarik minat pelajar sekaligus menjadi perintis dalam memperkenalkan UMP dan FKASA khususnya kepada dunia luar.

Sekian, terima kasih. Wasalam.

Yang bertindak,

Khairull Azman Bin Saleh

AJK Publisit FKASA Floating Tower Competition.

**Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi:-

1) Amaryana Binti Pohan (014-5056211)

2) Khairull Azman Bin Saleh (012-748 7917)

0 comments: