Have an account?

11 September 2009

MINGGU ALAM SEKITAR

Assalammualaikum wmbt,

Adalah dimaklumkan bahawa Radio IKIM.fm dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) akan menganjurkan Forum Bicara Ad-Deen bersempena dengan Minggu Alam Sekitar di Program Academic Carnival 2009 yang akan diadakan di Masjid UMP pada hari Selasa, 29 September 2009 yang bermula 8.30 mlm hingga 10.00 mlm.

Objektif forum ini diadakan bertujuan untuk membincangkan kepentingan memelihara alam sekitar dalam menjalani kehidupan harian sebagai seorang muslim yang berilmu dan beriman.

Untuk pengetahuan, semua staf dan pelajar UMP dijemput hadir dan penceramah jemputan adalah dari Radio IKIM.fm dan UMP sendiri. Bersama-samalah kita menjayakan majlis ilmu ini.

Sekian, terima kasih.

1 comments:

En Norasman Othman said...

Untuk makluman PERKASA, INFO TERBARU......Forum Bicara Ad-Deen akan diadakan di DKU2 Blok W (bukannya di masjid UMP). Harap maklum.