Have an account?

19 July 2010

Pada 17 Julai 2010 Persatuan Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (PERKASA) telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup PERKASA. Kejohanan bowling tersebut telah diadakan di Berjaya Megamall Bowling Center, Kuantan. Lapan pasukan seramai 40 orang telah menyertai kali ini bersama 16 oang ahli jawatankuasa (AJK) badan pelajar PERKASA. Semua yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut telah berkumpul di perhentian bas UMP pada pukul 8.30 pagi bagi sesi pendaftaran serta pembahagian sarapan pagi. Tepat jam 9.15 pagi, peserta-peserta kejohanan bertolak dari UMP ke lokasi pertandingan dengan didahului bacaan doa oleh salah seorang peserta kejohanan. Kira-kira 1 jam kemudian peserta-peserta kejohanan tiba di Berjaya Megamall dan terus ke Megamall Bowling Center. Setibanya di sana, AJK yang bertugas membahagikan pasukan dan kasut mengikut lane yang telah ditetapkan. Pada jam 11.00 pagi pertandingan dimulakan dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Pertandingan ini diakhiri dengan aturcara penyampaian hadiah kepada pemenang. Program kemudiaannya diteruskan dengan sesi bergambar di antara pemenang dan AJK yang terlibat. Masa yang terluang tidak disiakan dengan membuat post mortem berdekatan dengan pusat boling tersebut. Akibat daripada masalah yang tidak dapat dielakkan, bas yang dijadualkan mengambil semua peserta pada pukul 2.00 petang tiba kira-kira 4.15 petang di Berjaya Megamall. Berdasarkan maklum balas yang diterima, semua peserta begitu teruja dan mengharapkan kejohanan ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.

0 comments: