Have an account?

14 July 2010


UMP-SINGAPORE ACADEMIC VISIT 2010

Pada 10,11, & 12 may lalu, PERKASA bersama IMPROSH telah mengadakan lawatan akademik ke singapore. lawatan ini merupakan lawatan akademik yang pertama untuk sesi 2010/2011 perkasa. antara objektif porgrm ini adalah :
• Memperkenalkan dan mempertingkatkan imej UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG dalam menghasilkan mahasiswa/i yang berkaliber dan bertaraf antarabangsa.
• Mengeratkan jalinan dua hala antara UMP (IMPROSH & PERKASA) dengan NUS di bawah School of Bulding dan Department of Civil Engineering dari segi pengkongsian pendapat dan informasi dengan lebih berkesan di antara pelajar berlatarkan pengurusan projek dan kejuruteraan dari kedua-dua universiti.
• Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang tahap pengurusan yang berkesan dan cekap khususnya sistem pengangkutan awam di Singapura.
• Membuat “Benchmarking” di antara ( IMPROSH & PERKASA ) dengan NUS DAN SPMI yang mana merupakan Pejabat Antarabangsa Utama bagi PMI di rantau Asia Pasifik.
• Memberi gambaran sebenar yang lebih luas kepada mahasiswa/mahasiswi mengenai kerjaya yang bakal diceburi selepas tamat pengajian.
• Mempertingkatkan pengalaman serta kefahaman mahasiswa/mahasiswa sebagai persediaan awal menghadapi Latihan Industri kelak.

antara tempat- tempat yang kami lawati ialah :
- site visit ke iskandar waterfront
- lawatan akademik dan pengurusan ke pelabuhan tanjung pelepas
- marina barrage
- changi airport
- newater visitors center
- national university of singapore (NUS)

0 comments: