Have an account?

14 March 2010



Bengkel Pengurusan Organisasi PERKASA.

Pada 13 Mac 2010 (Sabtu) PERKASA telah mengadakan satu bengkel khas untuk Majlis Tertingggi dan Exco –exco PERKASA bagi sesi 2009/2010. Bengkel yang telah dijalankan bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 5.00 petang ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada MT dan Exco PERKASA tentang cara untuk menguruskan organisasi PERKASA supaya lebih efektif dan efisien. Penceramah yang dijemput khas iaitu En Wan Nazrul Helmi Bin Wan Mohd Zaim, Penolong Pendaftar Universiti Malaysia Pahang,sudi hadir untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam pengurusan organisasi.

Bengkel yang terbahagi kepada 3 slot utama iaitu Build The Last, How The Mighy Fall dan yang terakhir Decision Making telah diterangkan secara terperinci oleh penceramah dengan gaya dan cara penyampaian tersendiri.
Dengan berakhirnya bengkel ini, diharapkan ianya dapat memberi impak positif kepada organisasi PERKASA sekaligus dapat menjadi persatuan yang paling aktif dan mantap di Universiti Malaysia Pahang.

0 comments: