Have an account?

28 March 2010


LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA



Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera


Untuk pengetahuan anda semua,untuk julung-julung kalinya PERKASA telah berjaya mengadakan satu lawatan pertama ke Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) ,yang terletak di Jalan Serdang, Kajang. Seramai 38 orang pelajar serta seorang pengiring iaitu En. Mohd Sharulnizam Bin Wahap turut serta di dalam lawatan tersebut.


Kehadiran kami di sambut dengan penuh mesra oleh pihak LLM, walaupun terlewat tiba sedikit dari apa yang dirancangkan. Slot pertama iaitu sesi ceramah diteruskan. Di sini, para pelajar diberi pendedahan mengenai isu sebenar jalanraya atau lebih dikenali sebagai “ Ekspressway” di Malaysia. Sedikit fakta yang ingin di kongsikan, LLM sebenarnya merupakan syarikat yang hanya memegang ekspressway yang bertol sahaja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda bolehlah ke web http://www.llmnet.gov.my/index.html .


Kemudian pada petangnya, para pelajar di bawa ke tapak projek. Di antara tapak projek yang sedang dalam pembinaan adalah Plaza Tol Air Hitam, Suajana Putra yang menelan belanja RM 466 milion.Ia adalah di bawah selaan syarikat konsesi "South-Klang Valey Expressway (SKVE)" .Projek ini telah di mulakan pada 1 Febuari 2008 dan di jangka siap pada 18 May 2010 ini.Pelbagai input yang telah dapat kita perolehi dari pihak kontraktor, consultant, engineer dan wakil pihak LLM. Dari situ, para pelajar akan lebih mudah untuk memahami situasi sebenar di sekeliling kita seterusnya mengaplikasikannya di dalam subjek yang di ambil.


Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua ahli PERKASA yang telah melibatkan diri mereka dalam menjayakan program ini dan komitmen sepenuhnya.Diharapkan juga ahli-ahli PERKASA yang lain akan turut juga melibatkan diri di dalam setiap aktiviti dan program yang akan dijalankan.



peserta lawatan

penerangan di pusat traffic LLM yang merangkumi ke seluruh malysia

menilai kos sebenar projek ini.

salah seorang dari wakil pihak LLM sedang memberi penerangan

plaza tol ayer hitam yang dijangka siap pada mei ini.

0 comments: